Monday, May 2, 2011

SAMTTAJ melahirkan insan kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi


Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam Selangor,ditubuhkan pada 30 Ogos 1982 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Siap pembinaan pada November 1983 dan mula beroperasi sepenuhnya 1984 dengan sejumlah 320 murid lelaki yang diambil dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Klang. Bilangan gurunya pula terdiri daripada 24 orang guru.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (D.Y.M.S) telah berkenan merasmikan sekolah pada 19 Mac 1987. Pada tarikh itu juga, SAMT Tengku Ampuan Jemaah digunakan menggantikan nama Sekolah Menengah Agama Tinggi Shah Alam.

Pada tahun 1996-20000 SAMTTAJ terpaksa berpindah menumpang di Sekolah Rendah Agama Medan Harun Petaling Jaya apabila JAIS menubuhkan IPTS diberi nama Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR). KISDAR kemudiannya berpindah ke Bangi setelah kampus baru siap dan SAMTTAJ kembali beroperasi semula ke Shah Alam.

Media difahamkan oleh pihak sekolah, jumlah pelajar SAMTTAJ sekarang ialah 432 perempuan dan 340 lelaki. Seramai 550 orang pelajar yang tinggal di asrama, 220 pelajar lelaki dan 330 pelajar perempuan. SAMTTAJ mempunyai 21 buah kelas yang terdiri daripada tingkatan satu sehingga tingkatan 5 dan 4 kelas aliran sains tulen, masing-masing dua kelas untuk tingkatan empat dan lima.

Sekolah ini juga mempunyai Kemudahan Prasarana seperti pusat sumber, makmal sains teras,fizik, kimia dan biologi, musolla, dewan seminar, dewan besar, kafetaria, dewan makan,pejabat,bilik guru, bilik mesyuarat, bilik operasi SPBT, Bilik Kaunseling, Bilik Displin, Stor Kokurikulum, Bilik ICT dan Bilik Peperiksaan. Jumlah guru dan kaki tangan kini meningkat seramai 54 orang.

Pada 24 Disember 2004, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Kerajaan negeri Selangor dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan kesemua 23 buah Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor termasuk SAMTTAJ ke Kementerian Pelajaran yang kemudiannya disebut sebagai kelompok SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dibawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Sehingga sekarang SAMTTAJ dan SAM Negeri Selangor yang lain berada dibawah naungan Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI