Monday, May 2, 2011

12 orang pelajar SAMMTAJ perolehi 11A SPM 2010


Shah Alam – Seramai 131 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Shah Alam telah mencapai keputusan yang cemerlang.

Pengetuanya, Pn.Asmawati bt Ahmad Ishak berkata, “ alhamdulilah berkat usaha semua pihak guru-guru, keluarga pelajar akhirnya sekolah ini telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Seramai 12 orang pelajar telah memecah rekod dengan mempereolehi 11A dalam peperiksaan tersebut.”

Berbagai kaedah dilakukan oleh pihak sekolah dengan mendapat kerjasama daripada guru-guru diantaranya mengadakan peperiksaan gerak gempur (secara mengejut), kerap mengadakan ujian, ceramah motivasi dan akhirnya solat hajat untuk pelajar-pelajar bersama guru-guru dan ahli keluarga mereka. Ini adalah bertujuan bagi menguji persiapan mental dan memantapkan rohani dan jasmani mereka sebelum menduduki peperiksaan SPM yang menentukan masa depan mereka.

Dengan adanya ujian seperti ini, saya yakin pelajar-pelajar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Segala perasaan cemas untuk menghadapi peperiksaan yang menentukan hala tuju mereka tidak dirasai lagi kerana telah kerap diadakan ujian yang berlaku bila-bila masa sahaja.

Ini adalah salah satu kaedah yang dilakukan oleh guru-guru disini. Alhamdulilah berkat usaha inilah akhirnya keputusan SPM 2010 telah membuktikan keberkesanannya sistem tersebut. Kita hanya mampu berusaha membantu pelajar-pelajar namun hakikatnya mereka sendiri yang menentukan corak kehidupan mereka. Sekiranya mereka ingin berjaya dengan cemerlang maka seharusnya mereka sendiri yang perlu meningkatkan usaha mereka.

Ujarnya lagi, untuk menjadi pelajar yang cemerlang, mereka seharusnya membuangkan segala sikap negatif dalam diri mereka. Pelajar yang cemerlang seharusnya menanamkan sifat-sfat yang positif. Keyakinan diri adalah faktor yang penting perlu ada dalam diri setiap pelajar untuk meraih kejayaan. Sentiasa bersoal jawab dalam diri antaranya, “Saya mampu jadi terbaik seperti orang lain. Kalau mereka boleh mencapai 11A dalam pelajaran mengapa ini tidak boleh berlaku dalam diri saya”. Persoalan-persoalan seperti ini seharusnya ada dalam diri semua pelajar.

Selain daripada itu, pembentukan “Team building” juga mampu menolong pelajar – pelajar tersebut untuk meyakinkan diri mereka dalam mengatasi segala kemusykilan yang timbul dalam subjek pelajaran yang mereka hadapi. Dengan perbincangan dua hala ini sekali gus merangsang dan menguatkan ingatan mereka dalam pelajaran, ini berbeza jika mereka belajar dengan sendirinya tanpa melibatkan mana-mana “team building”.

Menurutnya, dengan pencapaian yang diperolehi oleh semu pelajar –pelajar sekolah ini, ianya telah mengharumkan nama sekolah kerana telah berjaya meningkatkan GPS sekolah kepada yang lebih baik. Tahniah sekali lagi saya ucapkan buat semua pelajar.

Akhirnya segala perancangan yang baik telah melahirkan insan kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi berlandaskan al-Quran dan As-sunnah. Tahniah juga kepada guru-guru subjek yang bertungkus-lumus membantu pelajar dalam persiapan menghadapi SPM, katanya.

Antara nama pelajar yang telah mengharumakan nama sekolah dengan mencapai kejayaan yang cemerlang 11A dalam SPM 2010 ialah NUR JANNAH NOR 'AZAM, SYAZA IZHAR HISHAM, AISYAH SHAHIRA ABDUL HAMID, MUHAMMAD FAKRUDDIN GHAZALI, MUHAMMAD NAIM MUSTAFA, NOR IMAN FITRI NOR HANEM, MUHAMMAD AZMI OMAR; SITI KHADIJAH SHAHNON, SITI SARA HAMIDUN, MUHAMMAD HAZWAN OMAR, MOHD ADLI BADARUDIN, FATIN IZZATI HASNUL HADI


KEPUTUSAN SPM

11 A = 12 orang
10 A = 4 orang
9 A = 7 orang
8 A = 9 orang
7 A = 17 orang
6 A = 21 orang
5 A = 23 orang
4 A = 12 orang
3 A = 15 orang
2 A = 6 orang
1 A = 3 orang
0A = 2 orang

GPS = 2.52 (BPI sistem)

Selaku pengetua sekolah ini, saya sentiasa meletakkan harapan yang tinggi semoga sekolah ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lebih cemerlang demi mencapai visi sekolah SAMTTAJ UNGGUL 2013, insya-allah.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI