Tmn Pinggiran, Gombak – Kehilangannya sukar diterima oleh isteri, anak-anak dan saudara mara terhampir. Bagaikan tidak percaya akhirnya suami dikasihi pergi juga. Rintihan hati seorang balu anak dua apabila ditemui di Masjid Khairiah baru-baru ini.
Mohamad a/l K.P Abdullah, 54thn telah pulang kerahmatuallah akibat mengalami penyakit “setticemia with underlying and amapiastic large lympmoha” (Kanser tulang). Allahyarham menangung penyakit ini selama setahun yang lalu.
Berita kematian ini telah diketahui oleh Y.b Datuk Hasan Mohamed Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia merangkap Datuk Pesuruhanjaya PAS Negeri Selangor. Beliau bersama rombongan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia telah mengunjungi isteri dan anak-anak arwah di Masjid Khairiah dengan menunaikan solat jenazah bersama qariah penduduk disitu.
Kunjungan Y.B Datuk Hasan bersama rombongan membuatkan Siti Armah Nawi dan anaknya Firdaus merasa terharu kerana kesudian ADUN menghadirkan diri untuk menunaikan tanggungjawab sebagai saudara semuslim dengan menunaikan solat jenazah bersama. Solat jenazah telah diimamkan oleh Hj Raja Abdul Kadir Raja Omar.
Siti Armah ketika bertemu Y.b Datuk Hasan berkata, “suami saya menderita penyakit ini setahun yang lalu dan berbagai perubatan telah dilakukan. Sepanjang hidupnya beliau hanya mendapatkan rawatan rapi di Hospital sahaja. Namun apakan daya akhirnya allah swt lebih menyayanginya”.
Hasan yang telah mendengar penjelasan tersebut telah menyampaikan ucapan takziah buat balu dan anak-anak arwah. Katanya, “Dibawah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya, maka saya ingin menyampaikan wang ehsan bagi membantu keluarga puan untuk menguruskan urusan jenazah dan untuk mengadakan kenduri arwah suami yang telah pulang kerahmatuallah. Sabar dalam hadapi ujian ini. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan diterima disisi ALLAH swt hendaknya”.
Sementara itu pula, Nazir Masjid Mej. (B) Hj Ayub Dollah pula berkata, “Insya-allah bagi pihak masjid kami akan adakan kenduri tahlil 3 malam berturut-turut dan akan bersama menghadirkan diri juga untuk mengadakan tahlil arwah di rumah allahyarham. Kita harap semua ahli qariah disini dapat bersama dalam kenduri tersebut”, katanya.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment