Friday, February 11, 2011

Taklimat Bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku ke 4


Selayang -Taklimat khas mengenai Bantahan Daftar Pemilih tamabahan bagi suku ke 4 tahun 2010 telah diadakan pagi ini di Pusat khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer.

Pengarah PKM, En. Shaffie Osman berkata, memandangkan Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 semakin hampir kita telah diminta semua DUN dan UPU diperingkat Negeri Selangor memperkemaskan segala gerakkerja daftar pemilih lebih bersistematik dan effektif.

Sebarang bantahan yang hendak dibuat pada suku ke 4 ini boleh dilakukan dengan mengisi Borang B (Tuntutan) dan Borang C (Bantahan). Seorang hanya dibenarkan 10 nama sahaja dibenarkan membuat bantahan dengan bayaran RM10 seorang setiap 1 nama.

Ujarnya, Setiap petugas - petugas yang menjalankan tugas dari rumah ke rumah boleh membuat penyemakan pengundi dengan meletakkan status pengundi di tempat lokaliti yang mereka pergi. Jika terdapat kemusykilan dengan wujudnya nama pengundi hantu, no. rumah yang tidak pernah wujud, 1 rumah terdapat berbagai bangsa dan agama, pengundi telah dikeluarkan daerah mengundi. Petugas boleh membuat bantahan ini secepatnya selewat-lewatnya sebelum 15hb Februari, 2011. Selepas tarikh ini maka sebarang bantahan tidak diterima oleh SPR, katanya.

Sementara itu, Penyelaras DUN Tmn Templer merangkap YDP PAS Kawasan Selayang memaklumkan di Negeri Selangor terdapat 56 DUN. Diperingkat DUN Tmn Templer terdapat 19 Cawangan dan 21 UPU. Jumlah pengundi baru seramai 2985 dan pengundi Pos 186. Dengan penambahan bilangan pengundi ini maka sudah menjadi tanggungjawab kita dalam jemaah PAS/PR mempergiatkan gerak kerja kita.

Bukan masanya lagi untuk kita melengah-lengahkan waktu. Hanya tinggal berapa bulan sahaja PRU ke 13 akan berlaku. Berkemungkinan besar akan berlaku pada Bulan Mei-Jun 2011 bergantung kepada politik yang dimainkan oleh UMNO-BN jika setiap isu berpihak kepada mereka.

Disamping itu, beliau juga telah mengingatkan kepada semua Ketua-ketua UPU DUN Templer yang hadir pagi ini dengan memberi sedikit tazkirah.

Beliau meminta agar semua petugas ikhlaskan hati menjalankan tugas tanpa sebarang rungutan. Bukan semua orang mampu menjalankan tanggungjawab ini melainkan keizinan ALLAH swt dengan memilih siapakah diantara ummatnya yang layak menjalankan tugas tersebut.

Samaada kita menang atau kalah, kita serahkan kepada ALLAH swt yang penting tanggungjawab kita telah selesai. Andainya kita kalah tapi kerja kita sudah buat dengan baik ganjaran pahala diberikan oleh ALLAH tetapi andainya kerja kita tidak buat hanya tahu merungut, maka balasannya diberikan oleh ALLAH. Oleh itu, ikhlaskan hati dalam setiap perkara yang kita lakukan lebih-lebih lagi dalam membantu kerja - kerja perjuangan Islam.

Beliau mengharapkan agar dengan tazkirah diberikan ini dapat memperbetulkan nawaitu semua petugas agar kerja-kerja dilakukan membuahkan hasil yang diberkati oleh ALLAH swt disamping itu memberi ruang kepada ahlinya untuk muhasabahkan diri.

Editor :khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI