Thursday, January 20, 2011

Tiada Cadangan Mengadakan Tanah Perkuburan Bertingkat


Selayang Baru - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Tanah Perkuburan Selayang Baru dan Sg Tua yang telah diadakan ada 30 Dis, 2010 di Pejabat Yang Berbahagia Datuk Penghulu Zamani B. Mohd Karulani telah memutuskan untuk mengadakan satu program gotong-royong mengalihkan pagar yang memisahkan Tanah Perkuburan Selayang baru dan Tanah perkuburan Sg Tua bagi menangani masaalah penduduk disini semenjak 53thn zaman pemerintahan jepun lagi.

Media difahamkan oleh Nazir Masjid Jamiatus Solahiah Sg Tua, Hj Zainal Abidin Mohd Daruddin "tanah perkuburan yang mempunyai keluasan 2.7 hektar bagi kawasan Sg Tua dan 6.6 hektar Kawasan Selayang Baru boleh memuatkan sebanyak capacity 200 buah pusara. Tanah ini merupakan tanah wakaf daripada penduduk dan dia tidak boleh dijual. Tetapi telah menjadi isu hangat pada tahun lepas oleh seorang pengadu mengenai kebersihan kubur".

Terdahulu tanah perkuburan ini dibawah kelolaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tetapi telah ditamatkan kontraknya. Semenjak dari itu, tanah perkuburan ini tidak diselenggarakan dengan sempurna kerana tiada pemantauan daripada mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun ianya telah di serahkan kepada Ahli Jawatankuasa Perkuburan Sg Tua & Kg Nakhoda di dalam Pengurusan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada Januari, 2010.

Sementara itu pula, Ketua Kg Selayang Baru menyatakan "Alhamdulilah walaupun mengambil masa untuk mengembalikan pengurusan pentadbiran tanah perkuburan ini tetapi akhirnya PR dapat menyelesaikaan isu ini dengan baik dengan kerjasama Nazir Masjid Al-Taqwa dan semua yang terlibat bagi mengatasi masaalah ini".

Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan gotong royong untuk alihkan pagar tersebut yang asal sepanjang 20 kaki yang telah memasuki ke kawasan tanah perkuburan selayang baru.
Sebagai Ketua kg Selayang Baru kita mengucapkan terima kasih kepada pihak Nazir Masjid Al-Taqwa, Penghulu Mukim Batu dan semua pengerusi-pengerusi JKKK Kg Sg Tua JKKK Selayang Baru, JKKK Kg Laksamana, JKKK Kg Nakhoda yang begitu prihatin dengan masaalah penduduk disini dan pihak pengurusan kubur. Semoga keprihatinan mereka dalam isu ini memberi keselesaan penduduk sekitarnya, insya-ALLAH.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amirruddin Shari menyatakan " Tanah Perkuburan Islam Sg Tua disini dijangkakan hanya mampu menampung jenazah dalam tempoh lima tahun lagi dan selepas ini dalam peringkat perbincangan berkemungkinan tapak kubur baru akan diadakan di Bukit Lagong, Bukit Idaman Selayang".

Menurutnya lagi, tiada cadangan untuk melaksanakan pembinaan kubur bertingkat bagi mengatasi masaalah tanah yang begitu terhad. Kawasan Bukit Lagong telah diwartakan sebagai tanah Perkuburan Islam Sg. Tua bagi mengatasi masaalah ini. Buat masa ini persekitaran di situ dikatakan terletak di Bukit yang curam dan berbatu.

"Kita masih membuat penilitian secara terperinci lebih lagi untuk keselamatan selain daripada itu kawasan berkenaan juga perlu dikongsi dengan Qariah Masjid Kg Selayang Pandang. Perbincagan 2 hala perlu ada bagi mengelak berlaku kontrovesi pada masa akan datang. Kos pembinaan kubur bertingkat juga adalah tinggi yang melibatkan struktur pembinaan dan masih belum wujud lagi di Negeri Selangor, katanya dalam majlis gotong - royong mengalihkan pagar perkuburan Islam Sg Tua ke sempadan baru yang melibatkan Tanah perkuburan Islam Selayang Baru disini pagi semalam.

Nazir Masjid Al-Taqwa Selayang Baru, Hj Mizan Mamat menyatakan " Walaupun pada mulanya pihak masjid bersetuju untuk memberi keluasan sebanyak 20 kaki namun apabila kita sudah buat ukuran dan mengalihkan pagar tersebut maka kita akan berikan sepanjang 40 kaki . Semoga dengan pembukaan sempadanan Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru diharap mampu menampung jenazah disitu.


Bagaimanapun menurutnya, kawasan perkuburan Selayang Baru, masih banyak ruang bagi menampung keperluan penduduk bagi jangka masa sekitar 10thn lagi.

Nazir Masjid Jamiahtus Solahiah, Hj Zainal Abidin Mohd Darudin pula berkata, "saya mengucapakan terima kasih kepada Nazir Masjid Al-Taqwa dengan pembahagian tanah wakaf terletak bersebelahan satu sama lain itu. Atas keperihatinan beliau terhadap pengurusan kubur disini. Sempadan Kawasan di luaskan disebelah Selayang Baru, bagaimanapun ia masih dalam di bawah Perkuburan Islam Sg Tua, katanya di sidang media. Turut hadir majlis tersebut Ahli Majlis PErbandaran Selayang (MPS) Tn Zulkifli Hamzah dan Tn Hasbullah Ridzuan.

Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI