Bandar Baru Selayang – Majlis Ramah Mesra Warga Emas telah diadakan di Dewan JKKK Selayang Baru disini baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohamad Abd Rahman, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tmn Templer.
Agenda mengadakan program ramah mesra warga emas adalah bertujuan agar warga emas tersebut terutamanya penduduk sekitar selayang tidak merasa tersisih dengan golongan beliawanis sehubungan dengan itu bagi merapatkan ukhwah antara pimpinan dan rakyat.
Ketua Kg Selayang Baru Tn Hj Zulkifli menyatakan hasrat kita mengadakan program ini agar warga emas dapat mengisikan masa mereka dengan aktiviti yang berafaedah. Program ini bukan sahaja untuk bertemu dengan pucuk pimpinan PAS Selayang mahupun Ahli-ahli Majlis MPS ataupun Nazir-nazir masjlid di zon Selayang Baru sahaja tetapi memberi peluang kepada rakyat warga emas untuk berkongsi ilmu agama dan mengatasi masaalah yang mereka hadapi samada masaalah kesihatan, kehidupan dan aduan-aduan persekitaran Kampung mereka untuk diambil tindakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), Ketua Kg dan Ahli-ahli Majlis Perbandaran Selayang.
Sementara itu, Tn Hj Mohamad telah memberi penerangan kepada warga emas yang hadir mengenai Skim-skim yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang mungkin ada segelintir masyarakat masih tidak tahu Negeri Selangor ini diterajui oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan Menteri Besar (MB) Negeri Selangor adalah Ybhg Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katanya, dalam rekod di DUN Tmn Templer Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menunjukkan Kaum Melayu adalah paling rendah untuk merebut peluang ini. Berbeza dengan Kaum Cina dan India. Setiap tahun menunjukkan Kaum Cina dan India telah mengambil kesempatan ini untuk menyertai skim tersebut. “Saya harap semoga rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan parti merebut peluang ini sebaiknya selagi PR memerintah di Negeri Selangor . Skim ini hanya dijalankan oleh Kerajaan PR sahaja yang menjalankan negeri berkebajikan. Walaupun terdahulu semasa 53thn UMNO/BN memerintah skim ini ada tetapi tidak sampai pengetahuan rakyat dan wang tersebut telah diberikan kepada kroni-kroninya kerana ketulusan dalam pentadbiran tidak dilaksanakan oleh UMNO/BN”.
Ini terbukti ketika pilihanraya kecil (PRK) yang telah berlaku di Hulu Selangor betapa pemikiran rakyat di situ tidak begitu peka dengan perkembangan isu-isu semasa dan pentadbiran Kerajaan Negeri pada masa ini. Bahkan rakyat Selangor di kawasan pendalam tersebut tidak mengetahui faedah-faedah yang telah ditawarkan oleh PR kepada rakyat seperti yang telah termaktub dalam manifesto PRU ke 12 yang lalu. Walaupun Kerajaan PR telah mewar-warkan faedah-faedah yang telah diberikan kepada rakyat namun masih ada rakyat disitu tidak mengetahuinya. Skim SMUE apabila diwawarkan di Kawasan tersebut apabila ditanya mereka tahu atau tidak wujud semasa UMNO/BN memerintah, rata-ratanya rakyat mengatakan tidak tahu.
Punca ini berlaku disebabkan kurangnya kepekaan rakyat apatahlagi media dan akhbar-akhbar yang telah di monopolikan oleh UMNO/BN. Media televesyen, wartawan juga sanggup berperanan untuk menerima segala maklumat tipu daya UMNO/BN untuk menipu rakyat. Setiap kenyataan media ada yang diputar belitkan oleh media. Mereka tidak menceritakan hal yang benar. Sekiranya mereka teruskan, maka mereka akan berjawab dengan ALLAH swt kelak apabila tibanya hari kebangkitan nanti.
Mohamad juga telah membuka minda rakyat yang hadir mengenai isu Bukit Botak dimana terdapat 3 nama yang tidak layak memiliki tanah tersebut telah tersenarai untuk menerimanya. Ini semua berlaku semasa pemerintahan UMNO/BN. Mereka memberi kepada kroni-kroninya untuk mengaut keuntungan yang besar dan akhirnya rakyat yang berhak menerima tanah tersebut tidak dapat. Masaalah ini telah diatasi dibawah pentadbiran Kerajaan PR dan kini rakyat telahpun mendapat membina rumah ditanah tersebut.
Selain daripada itu, rakyat yang hadir telah dibukakan pengetahuannya mengenai isu semasa pemerintahan UMNO/BN siapakah yang menghapuskan capacity Sekolah Agama Rakyat (SRA) dan memastikan system pelajaran Agama/jawi dihapuskan. Semua ini berlaku semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad mantan PM. Dan berbagai isu –isu semasa dan besar yang telah berlaku menyebabkan rakyat bangkit dan menentang pentadbiran UMNO/BN pada PRU ke 12 yang lalu.
Katanya lagi, “UMNO/BN sanggup membuat apa sahaja untuk merosakkan minda rakyat. Pemikiran rakyat telah dimasakkan dengan media televesyen terutamnya TV3 yang terang dan jelas bersubahat kepada UMNO/BN”.
Segala kekangan yang dihadapi kini, seharusnya penyokong-penyokong PR menjalankan tugas mereka dengan menyebarkan semua risalah, maklumat terkini melalui media alternative mereka untuk membuka minda rakyat agar rakyat mengetahui perkembangan isu-isu semasa.
Saya yakin, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga kerana setiap agenda yang dibawa oleh UMNO/BN untuk menjatuhkan pentadbiran PR akan dibidas oleh pucuk pimpinan yang berkalibier dan mendapat sokongan rakyat PR. Segala masaalah dan isu bodoh yang ditimbulkan oleh UMNO/BN telah dijawab oleh Pucuk pimpinan PR.
Begitulah juga dengan debat yang ditawarkan oleh Ketua pembangkang PR Dato’ Sri Anwar Ibrahim (DSAI) kepada PM, Najib agar menjawab tawaran PR 100 hari dalam buku jingga. Najib telah menyatakan tawaran tersebut akan membuatkan Negara menjadi muflis jika tawaran PR kepada rakyat terus dilaksanakan.
Betapa penakutnya UMNO/BN terutamanya Najib untuk menerima pelawaan debat tersebut. Sekiranya mereka mempunyai sebab-sebab yang utuh seharusnya debat ini diterima dengan baik bagi menyatakan yang hak dan batil. Sehinggakan tawaran debat kali ke 2 dibuat masih tiada jawapan daripada Najib, ini jelas menunjukkan Najib dan kroni-kroninya begitu takut dengan cabaran PR. Dan disini membuktikan siapakah yang mufliskan Negara, sudah pasti Kerajaan Pusat UMNO/BN yang diterajui oleh Najib yang hanya pentingkan diri sendiri dan kroni-kroninya bukan untuk membantu rakyat.
Segala kelemahan-kelemahan pentadbiran yang dibawa oleh Perdana Menteri (Najib) dan kroni-kroninya kini semakin banyak terbongkar. Semoga dengan kelemahan pentadbiran UMNO/BN membuka minda rakyat untuk menilainya melalui berbagai tekanan yang telah diberikan kepada rakyat pada masa ini, saya yakin rakyat tidak teragak-agak menolak UMNO/BN pada PRU ke 13 nanti, insya-allah. Rakyat sudah pandai menilai terutamanya golongan belia yang begitu peka dengan isu-isu semasa.
Oleh itu, peranan belia pada masa ini amatlah diperlukan dengan membantu menyebarkan risalah dan membuka minda rakyat terutamanya golongan warga emas untuk memberi pemahaman tentang isu-isu semasa memandangkan fenomena Pilihanraya Umum (PRU) semakin hampir, katanya dalam ucapan Majlis Ramah Mesra bersama Warga Emas.
No comments:
Post a Comment