Thursday, January 20, 2011

90 Pelajar di raikan Majlis Kecemerlangan Pelajar


Bandar Baru Selayang - Dalam tempoh 3 thn pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), Kerajaan Negeri Selangor masih meneruskan agendanya iaitu “Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar UPSR, PMR sesi 2010”.

Majlis ini telah dilaksanakan di semua kawasan Negeri Selangor dengan mendapat kerjasama antara Ahli-Ahli Majlis, Ketua Kg dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) disetiap kawasan bagi meraikan pelajar tanpa mengira perkauman.

Seramai 90 orang pelajar yang telah Berjaya memecah rekod dengan pencapaian 7A didalam peperisaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A1 diperingkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kawasan Selayang.

Semua pelajar -pelajar tersebut telah diraikan oleh Ahli Majlis MPS /JKP Zon 3 dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tmn Templer dan Ketua Kg Selayang Baru.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Abd Rahman, Penyelaras DUN Tmn Templer dengan menyampaikan Sijil Penghargaan Kecemerlangan Pelajar dan memberi hadiah saguhati dalam bentuk wang tunai kepada pelajar.

Menurut Mohamad ‘Kejayaan Kerajaan Negeri Selangor PR dalam pentadbiran Ekonomi, maka kerajaan negeri bersetuju untuk memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlangnya.

Sumbangan ini adalah bertujuan bagi menggalakkan semua pelajar agar tingkatkan usaha mereka lebih gigih lagi kerana mereka merupakan pelapis untuk menerajui Negara pada masa hadapan, ujarnya.

Sementara itu, Ng En Hui dari Sek. Ren. Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) yang memperolehi 7A dalam UPSR melahirkan rasa gembira kerana kejayaan yang diperolehi ini diraikan oleh Kerajaan PR bersama keluarganya yang turut hadir hari ini.

Kita rasa usaha kita selama ini dihargai oleh pimpinan PR selain daripada keluarga. Sebelum Kerajaan PR memerintah, kakak saya yang telah menduduki peperiksaan 4thn lepas, tidak berpeluang merasakan majlis penghargaan seperti ini. Kita harap program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa, katanya.

Magendran a/l Ramachandran Sek. Men. Keb. Darul Ehsan Selayang yang memperolehi 8A1“rasa terharu kerana diraikan majis seperti ini. Sementara ini, saya masih menunggu keputusan untuk memasuki MRSM untuk meneruskan pengajian saya agar dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. Terima kasih kepada Kerajaan PR yang sudi meraikan rakyat dengan kejayaan yang kami perolehi tanpa mengira kaum.

Pelajar yang hadir bersama ibubapa/penjaga berkesempatan untuk mengambil sesi pengambaran bersama pucuk pimpinan PR di Dewan JKKK Selayang baru baru-baru ini.


Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI