Thursday, May 27, 2010

Pihak Pemaju Harus Berbincang Dan Peka



Gombak – Setiap pekerjaan yang hendak dilakukan perlu perbincangan, mengkaji dan sebagainya agar setiap apa yang dilakukan mendatangkan kebaikan dan tidak memudaratkan mana-mana pihak terutamanya penduduk persekitaran yang telah sekian lama menduduki kawasan perumahan di persekitaran Pinggiran Batu Caves.

Lawatan tapak tanah lapang yang dikenal pasti oleh Ahli Majli MPS, Zon 9 En. Rahim Kasdi, dimana didapati kawasan tersebut telah dicerobohi untuk dibina tapak perumahan.

Menurut perwakilan AJK JKP Zon 9 yang hadir dalam lawatan tersebut En. Zainal Anuar berkata, ” Beliau telah dimakumkan oleh beberapa orang penduduk bahawa kawasan ini akan dibinakan kawasan perumahan, tetapi pihak pemaju tidak pernah membincangkan kepada pihak berkuasa kerana kawasan ini juga tidak diketahui apakah statusnya samada tanah kerajaan mahupun tanah “private”. Pembinaan ini juga tidak mendapat kelulusan daripada pihak TMB katanya.

Jesteru itu, dengan mendapat berbagai keluhan daripada penduduk maka JKP Zon 9 telah memanjangkan masalah ini kepada PKM Dun Gombak Setia, agar Y.B. Dato’ Hasan dapat turun padang untuk melihat keadaan tanah lapang tersebut. Adakah ianya bersesuaian untuk dibina kawasan perumahahan.


Lawatan turun padang bersama Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia di Pinggiran Batu Caves baru-baru ini bersama MPS, Syabas, TMB, Polis, Pej. Tanah telah melihat insfrastruktur kawasan tersebut.

Y. B Dato’ berpendapat kawasan yag hendak dibangunkan dengan menjadi kawasan perumahan ini perlu mendapat status tanah adakah ia milik kerajaan/tanah “Private”. Selain daripada itu beliau juga memberi gambaran kepada semua yang hadir jika kawasan cerun begini hendak dibinakan kawasan perumahan sudah pasti akan berlaku tanah runtuh kerana didapati kawasan ini juga tidak mempunyai tebing, laluan saluran perparitan, cerun, berbukit dan sebagainya.

Beliau berkata, ” Pihak pemaju harus peka dan berbincang dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membina sesuatu projek perumahan kerana kita tidak mahu berbagai masalah akan timbul dikemudian hari dan memberi kemudaratan kepada penduduk sekitarnya dan bakal pembeli rumah.

Menjadi 1 kesilapan juga, jika pihak pemaju yang ingin membuat projek prumahan tidak mendapat kelulusan daripada mana – mana pihak, dan boleh dianggap menceroboh kawasan, katanya”.

Beliau berkata lagi ” Saya juga bimbang keselamatan rakyat disini sekiranya pihak pemaju meneruskan hasrat untuk menjalankan projek ini. Sebelum terjadi perakara tidak diingini maka saya amat berharap MPS, JKR, TMB, Pejabat Tanah dan Pemaju yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk kita bersama berbincang untuk kebaikan semua pihak. Kita tidak mahu perkerjaan yang dilakukan ini hanya untuk mengaut keuntungan sebelah pihak tetapi memberi kerugian besar kepada pembeli rumah akan datang”. Ulasnya panjang lebar kepada yang hadir.

Retetan daripada itu,Y. B Dato’ telah meminta agar pihak PKM Dun Gombak Setia, En. Kamarul untuk mengadakan mesyuarat bersama pejabat tanah secepat mungkin dan kepada pihak JKP Zon 9 harus mengenal pasti pemaju manakah yang telah memasuki kawasan ini untuk dijadikan kawasan perumahan agar kita semua dapat mengadakan mesyuarat bersama mengatasi masalah yang timbul.

Y. B Dato’ Hasan amat berharap agar penduduk persekitaran Zon 9 (Pinggiran Bt Caves) bertenang dan insya-ALLAH akan diatasi masalah ini secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak.


Semoga lawatan Y.B Dato’ bersama MPS, JKR, Polis, Syabas, TMB, AJK JKP Zon 9 serba sedikit akan mengubat kerisauan penduduk di Pinggiran Batu Caves.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI