Thursday, May 27, 2010

Tanah Pusaka dicerobohi, dimanakah sikap kemanusian?


Gombak – Menjadi masalah besar apabila aset pusaka yang amat berharga untuk diwarisi kepada ahli keluarga bagi meneruskan kehidupan telah dicerobohi oleh orang luar.

Warga Emas yang berasal daripada Bt 12 1/2 Gombak yang mempunyai tanah yang luas merasa terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang suka mengambil kesempatan kepada orang yang lemah.

Hjh Khansiah dan Hj Ismail melahirkan kekecewaan beliau apabila hak mereka telah diambil tanpa perbincangan terlebih dahulu. Berbagai cara dan inisatif telah mereka lakukan untuk mendapatkan keadilan dan hak mereka kembali.

Dengan tidak mempunyai pengalaman yang luas untuk menguruskan hal tersebut, mereka merasakan tiada tempat untuk mengadu lagi setelah segala urusan telah dibuat aduan kepada pihak polis dan lawyer tidak juga mendatangkan hasil yang baik sehingga kini.

“Mengapa sikap sedemikian harus ada dalam diri kita sebagai insan yang diciptakan oileh ALLAH swt mengambil hak orang lain yang sudah pasti bukan milik kita, tidakkah terdetik dihati mereka, perasaan serba salah dan takut akan balasan yang diberikan oleh ALLAH swt kelak??”.


Inilah rintihan hati kedua warga emas Hjh Khansiah Manap bersama suami beliau Hj. Ismail Wahab didalam perbualan bersama wartawan PKM. Keresahan hati mereka mengenai tanah pusaka yang diberi oleh ibubapa mereka semenjak 1941 telah dibina sebuah rumah banglo oleh tn rumah tersebut.

Wartawan PKM, telah difahamkan oleh Hjh Khansiah, menurut beliau Rumah banglo yang dibina dengan menggunakan sebanyak 2 lot tanah tanpa pengetahuan, perbincangan dan kebenaran mereka terlebih dahulu.

Semasa pembinaan tersebut dijalankan Hjh Khansiah dan suaminya telah bertemu dengan tn rumah tersebut untuk bersama membincangkan hal ini dengan baik dengan mengukur tapak tanah namun tn rumah tersebut tidak memberi kerjasama.

Retetan daripada itu mereka telah membuat laporan polis dan melantik lawyer untuk menguruskan masalah ini, namun masalah tersebut masih berlarutan sehingga kini dan tidak bertemu jalan penyelesaian yang baik. Segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan.

Jesteru itu jalan terakhir, beliau bersama suaminya telah membuat aduan ini kepada Y.B Dato’ Hasan untuk mencari menangani masalah ini.

Pertemuan 2 mata yang telah dibuat baru-baru ini untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kedua warga emas tersebut iaitu Y.B Dato’ telah memberi cadangan agar mereka bertemu dengan pihak lawyer yang telah dilantik agar mengeluarkan notis susulan dan tindakan yang wajar akan dikenakan kepada mereka sekiranya mereka yang terlibat dalam kes pencerobohan dengan membina rumah ini tidak memberi kerjasama dan menghadirkan diri dalam kes perbicaraan, katanya lagi.

Selain daripada itu Y.B Dato’ juga telah meminta agar dibuat aduan kepada pihak Pej. Tanah untuk memberi gambaran dan mendapatkan solusi yang terbaik, kerana pejabat tanah juga mengetahui segala urusan pembahagian tanah. Segala dokumentasi pasti ada di pejabat tersebut, katanya.

Semoga dengan cadangan yang diberikan oleh Y.B Dato’ serba sedikit dapat membantu mereka untuk mengatasi segala masalah ini dengan secepat mungkin.

Editor : khaulah azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI