Begitu pahit ingin menelannya untuk menerima semua  kenaikan harga barang keperluan asas namun   apakan daya rakyat terpaksa akur menerima hakikat kerana tidak mampu untuk melawan melainkan Kerajaan Negeri  Pakatan Rakyat (PR) memainkan peranan dengan mengambil inisatif untuk mengajak rakyat bangkit dan lawan dengan pemerintahan kerajaan pusat yang bukan membela rakyat tetapi  telah memberi penindasan yang keterlaluan.
Rungutan demi rungutan dari rakyat telah didengar dengan kenaikan harga barang oleh mereka (UMNO/BN). Bagi menutup kemarahan rakyat pada Kerajaan Pusat (UMNO/BN) maka media massa akan menjadi agen penyelamatnya.   Gerakan menemuramah rakyat dan pengguna dilakukan diseluruh negara.   Kenyataan rasa  harus menyatakan persetujuan yang tidak terhingga oleh pengguna disiarkan   di dalam media cetak dan media elektronik  perlu dipaparkan walaupun pahit nak menelan kerana telah diberi ugutan oleh UMNO/BN.
Tinjauan Krew TVsel membuat pantauan kenaikan harga barang kepada rakyat  baru -baru ini benar-benar memberi bukti bahawa rakyat dinegeri  selangor khususnya memberontak dengan kenaikan harga barang yang  keterlaluan. Ikuti suara rakyat  mengenai Isu kenaikan harga barang di  Selayang Baru.

En Sapuan Sahar, berusia 58thn slogan 
“Rakyat  Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”   tidak seharusnya digunakan oleh UMNO/BN. Mereka seharusnya memikirkan semasak-masaknya dengan slogan yan dilaungkan. Kalau benar Rakyat Didahulukan, pencapaian di utamakan mengapa tidak sampai sebulan, rakyat dikejutkan  dengan satu pengisytiharan kenaikan  harga petrol Ron95, gula, minyak  diesel dan gas. Apakah ini hadiah istimewa UMNO/BN kepada rakyat.
Pimpinan UMNO/BN kena fikir secara waras jangan hanya mencari keuntungan semata-mata.  Bagaimana tekanan yang dihadapi  oleh rakyat yang berpendapatan rendah. Saya yang merupakan seorang peniaga pasar malam yang hanya mendapat keuntungan 1 hari sahaja tidak sampai RM10. Dengan pendapatan yang tidak tetap begitu menjadi tekanan kepada saya untuk membiayai anak-anak yang masih belajar.
Belum lagi sewa rumah sebanyak RM380 sebulan.  Terus terang saya katakan semenjak ekonomi semakin naik ,  saya begitu tertekan kerana sudah 2 bulan sewa rumah tertunggak. Alhamdulilah  anak-anak mampu berfikir mereka membantu saya untuk mencari duit lebih agar dapat membiayai bil-bil tertunggak. sedikit demi sedikit bebanan saya terungkai juga. Namunpun begitu, saya tidak mahu mereka lalai dalam pelajaran mereka. Untuk itu bagi mendapat duit yang lebih tulang empat kerat ini perlu dibantingkan demi memberi rezeki kepada isteri dan anak-anak.
Katanya lagi, Harga minyak masak dahulu kita dapat membeli dengan harga RM0.80 sekilo tetapi kini RM2.50 sekilo. Mungkin mereka tidak rasa kesusahan rakyat kerana mereka berpendapatan tinggi. Cubalah mereka berada tempat kami yang boleh dikira sebagai fakir miskin apa perasaan mereka??.   Jika itupun mereka tidak mampu berfikir saya yakin PRU ke 13 rakyat akan menolak UMNO/BN.

Pn. Rohana Nasir berusia 44thn. Beliau yang telah memulakan perniagaan dengan menjual nasi berlauk, ikan bakar dan sebagainya semenjak 2006. Katanya, walaupun orang nampak saya sudah berjaya dalam pernigaan namun pada hakikatnya rasa 1 keperitan sebagai seorang peniaga. Sewa Kedai yang dikenakan sebanyak RM500. Barang keperluan dapur  seperti bawang besar  begitu ketara kenaikkannya iaitu sebanyak RM16  pada hari ini, esok pula, kata penjual borong bawang akan dinaikkan sebanyak RM18 untuk 1 guni.  4 hari sebelum ini saya hanya membeli sebanyak RM7 seguni sahaja. Begitu juga denga harga minyak. Semakin naik dan pagi ini saya puas mencari minyak masak tiada stok jualan.  Suami terpaksa mencari stok minyak di k.lumpur.
"Budget untuk membeli keperluan barang dapur  dahulu hanya RM200 tetapi kini 2 kali ganda rasa sukar untuk saya terima".
Justeru itu, kami mohon kepada Kementerian Pengguna Sabri Chik agar dapat turun kepadang dengan membuat siasatan harga pasaran. Jangan hanya mendiamkan diri, katanya.

Roslee Mohd Tahir, ketika ditemui  dikedai makan, beliau menyatakan ketidakpuasan hati kepada Kerajaan UMNO/BN dalam mentadbir negeri ini. Ujarnya selagi ada slogan di malaysia yang dibawa oleh Kerajaan Pusat,  pasti akan menjahanamkan rakyat. Ini disebabkan mereka  langsung tidak mempunyai hati perasaan dengan mengenakan berbagai tekanan kepada rakyat. Apabila rakyat melawan mereka beri ugutan. Ini permainan politik kotor mereka.
Untuk membeli Santan kelapa  terdahulu RM4.80 sekilo, kemudian naik ke RM5.20. Ada sekali tu ada juga  kenaikan sebanyak RM7.00 sekilo santan. saya betul -betul terkejut kerana isteri  saya meniaga nasi lemak. Jadi kamia da menyimpan rekod perniagaan pembelian  barangan dapur.  Kemudian baru-baru ini baru diturunkan kembali kepada RM5.20.  
Bukan setakat barang keperluan dapur tetapi dengan hasrat mereka untuk menaikkan 37% harga air juga akan memberi kesan kepada rakyat. Terdapat berbagai aduan yang saya terima daripada kawan-kawan mengenai meter paip ditukarkan oleh syabas. Dengan penukaran ini Bil Pengguna naik begitu banyak. Dan ada pula yang terima menyatakan bil mereka tertunggak sedangkan bil tersebut sudah dibayar.
Untuk bagi rakyat leka dengan tekanan kenaikan harga barang maka UMMNO/BN cuba mainkan isu akidah. rakyat terlupa seketika dengan keperitan kehidupan mereka lalui masa ini.
Kalau nak dibangkitkan banyak perkara perlu kita sebarkan mengenai kerja kotor UMNO/BN hanya tunggu masanya rakyat bangkit dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menolak kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN kepada rakyat malaysia, katanya.

Sveera Sundai a/p Sinnasamy melahirkan rasa satu bebanan juga kerana dengan pendapatan yang rendah tidak mampu untuk membeli barangan dapur. Anak-anak yang sudah berumahtangga semua duduk jauh dan tidak pedulikan saya lagi. Saya terpaksa kerja dengan lebih kuat bersama suami untuk menjaga menantu yang tidak bekerja kerana sakit.  Katanya "Kami terpaksa menjaga menantu  dan cucu, kerana anak lelaki saya  sudah meninggal  dunia baru-baru ini. Kita amat berharap agar Kerajaan UMNO/BN tidak sewenang-wenangnya memberi penekanan kepada rakyat malaysia. Seharusnya mereka menjaga kebajikan rakyat," katanya.
Sementara itu, Ketua Kg Selayang Indah Tn Hj Bashrom B. Kapai, pihak beliau sering menerima rungutan-rungutan penduduk disekitar selayang. Mereka sering menyatakan ketidakpuasan hati dengan kenaikan harga barang dapur yang keterlaluan dan mendadak semenjak akhir-akhir ini.
Seharusnya UMNO/BN memikirkan masaalah pengguna rakyat di malaysia ini. Lebih-lebih lagi rakyat yang bependapatan rendah /asnaf. Saya rasa bersimpati dengan mereka. Hendak dibantu rasa diri sendiri juga tidak berkemampuan. Namun apa yang mampu ditolong dengan memberi borang fakir miskin, ibu tunggal kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)DUN Tmn Templer agar dapat memberi bantuan kepada mereka. Ibarat PKM seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula rasanya kerana sering membantu rakyat yang menghadapi kesusahan.

Jesteru itu, pada saya slogan 
“Rakyat  Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”   hanya ibarat topeng sahaja. Hanya untuk menyedapkan hati rakyat mendengar tetapi menderita untuk menerimanya kerana tidak tahu siapa yang didahulukan adakah rakyat atau Kroni UMNO/BN didahulukan??, katanya.
Bashrom juga  menyatakan "Apabila pengumumkan harga barangan yang  disubsidikan dinaikkan harganya  maka akan kedengaranlah suara pemimpin  kerajaan yang akan menyatakan  bahawa negara terpaksa melalui peristiwa  ini kerana bebanan kos untuk  menanggung subsidi yang tinggi".
"Itu semua  perkara yang biasa kita  dengar. Yang tidak biasa kita dengar adalah  kenapa kerajaan tidak  memotong subsidi kepada syarikat-syarikat penjana  tenaga persendirian  atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas  yang tingg ataupun  mengurang belanja yang tidak perlu? Dengarnya,  kerajaan mahu beli jet  pejuang dengan alasan kos penyelenggaraaan jet  MiG-29 tinggi. Yang mana  lebih tinggi, beli baru ataupun  penyelenggaraan? Tidak kisah yang mana  lebih tinggi kerana dengan  membeli jet pejuang yang baru tentu ada  ‘tangan ajaib’ yang akan dapat  komisyen. Jika selenggara sahaja di mana  nak disapu yang sepatutnya  dapat disapu".
 Namun,  harapan pemerintah untuk menutup kemarahan dan kekesalan rakyat  tidak  kesampaian apabila masih ada kumpulan manusia di negara ini yang  tidak  mudah tertipu dengan lakonan dan tipu muslihat pemerintah.
Kumpulan  yang terdiri daripada parti pembangkang dan NGO akan meneruskan  tradisi  membela rakyat yang mana sebelum ini slogan ‘tradisi membela  rakyat’  cukup sinonim dengan parti pemerintah.
Apabila kumpulan rakyat prihatin  membantah dengan kenaikan harga   minyak dan lain-lain lagi ini mula mengecam tindakan kerajaan maka   bermulalah episod yang lebih dramatik dengan kenyataan media, edaran   risalah dan tidak mustahil selepas ini akan diadakan himpunan aman   secara besar-besaran sama ada di ibu kota atau di bandar-bandar besar   untuk menyedarkan rakyat bahawa kenaikan harga minyak, gula dan gas   sebenarnya dapat dielakkan jika kerajaan tidak boros dan bijak dalam   berbelanja.
Apabila himpunan aman mula disebutkan maka tunggulah satu lagi kenyataan   yang akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang akan   mengatakan bahawa mana-mana rakyat yang terlibat dengan perhimpunan   haram di sekian-sekian tempat akan ditangkap.  Apabila himpunan aman dilakukan maka ramailah yang akan ditahan atas   pelbagai tuduhan. Selepas itu dituduh demonstrasi menyebabkan peniaga   hilang pendapatan, harta awam dirosakkan dan pelbagai lagi lontaran yang   diberikan oleh UMNO/BN kepada Kerajaan Negeri dan Rakyat. Semoga dengan rintihan hati rakyat pihak berkuasa mampu menilai sebaiknya dan rakyat juga agar dapat mengimbas kembali dengan tekanan yang mereka alami dibawah pentadbiran UMNO/BN dan apakah bantuan kerajaan Negeri dalam membela nasib rakyat, ujarnya.
Editor : Khaulah Azwar