Sunday, December 26, 2010

MNIR tunggu keputusan Mais Isu Susur jejambat

RAWANG – Penyelesaian isu susur jejambat memasuki rezab Masjid Nurul Iman Rawang (MNIR), Batu 17, menyebabkannya masih belum dibuka sehingga kini kerana menunggu keputusan pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Penasihat Pemuafakatan Nazir-nazir Masjid Selayang, Mohamad Abdul Rahman memberitahu perkara demikian berkata, pihaknya berharap Mais dapat memberikan kata putus berhubung perkara itu secepat mungkin.

Menurutnya, gesaan itu adalah susulan lawatan turun padang Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada bulan Februari lalu.

“Dalam pertemuan dengan Exco yang lalu telah menetapkan (MAIS) dengan kerjasama pentadbir MNIR membuat keputusan berhubung isu pemaju telah 'mengambil' tapak masjid seluas 13,885 kaki persegi ini untuk membina jejambat itu.

“Kita amat berharap MAIS cepat memberi jawapan kerana sudah 10bulan berlalu masih tiada jawapan untuk membuat keputusan kerana pihak masjid tidak mahu nanti dikatakan mengganggu atau melengah-lengahkan kelancaran menaiktaraf pembangunan terlibat,” katanya.

Mohamad berkata demikian selepas pertemuan bersama ahli kariah MNIR bagi menerangkan berhubung status isu Surau A-Hidayah Rawang, Kampung Melayu Pekan Rawang yang dikatakan akan dirobohkan oleh UMNO/BN bagi menghilangkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (PR) , di MNIR selepas solat Jumaat di situ, kelmarin.

Turut hadir bersama dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Penerangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharom; Nazir MNIR, Ilham Akhbar Harun dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Md Sabri Md Taib.

Dalam pada itu, menurut Mohamad, isu timbul yang timbul sebelum ini berikutan sebahagian tapak MNIR telah sah didapati dimasuki pemaju terbabit, tanpa keizinan, perbincangan bersama dan tiada pengesahan dokumentasi.

“Jika susur ini hendak dibuka nantipun pun kita harap, masalah kesulitan khariah untuk masuk ke kawasan masjid ini dengan cadangan meletakkan lampu isyarat dan masalah keselamatan, dapat ditangani. “Kita dimaklumkan pengawasan susur ini adalah dibawah pentadbiran pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jadi, kita cadangkan MAIS bersama pihak masjid, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, JKR, Pejabat Tadbir Agama Islam dapat bincangkan isu ini,” katanya. Tegasnya, sebelum ini pemaju terbabit telah mengambil tanah itu tanpa menghormati pihak masjid dan sekiranya kawasan susur berkenaan hendak diambil pun, ia perlu mengambilkira kehendak pihak MNIR yang mewakili khariah.

Difahamkan, isu turut sama dituntut berkenaan pengambilan tanah masjid itu ialah sama ada pampasan perlu dilunaskan oleh pemaju berkenaan kepada pihak masjid. Laluan susur masih ditutup Walaupun siap disiapkan sepenuhnya oleh pemaju sejak lebih setahun lalu, pentadbir MNIR menegaskan tidak akan membuka laluan susur jejambat sepanjang kira-kira 100 meter bersebelahan masjid itu.

Kawasan tersebut telah ditutup dengan meletakkan penghadang batu konkrit kerana untuk menjaga keselamatan pengguna yang melalui laluan ini. Ilham berkata lagi, “susur memasuki tanah masjid (dari arah Bandar Baru Rawang ke arah Selayang) terbabit tidak akan dibenarkan dibuka sehingga persetujuan dicapai”. “23 Disember lalu, pihak masjid mendapati terdapat usaha pihak tertentu cuba mengalihkan penghadang batu itu. Pada kita sepatutnya ia tidak berlaku, kerana sekiranya dibuka ia akan memberikan masalah kepada kariah ingin masjid.



Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI