Monday, May 31, 2010

Israel Sedia Langgar Piagam PBB Halang Bantuan Ke Gaza


Tentera Israel menyerang seangkatan kapal-kapal membawa 10,000 tan bekalan makanan dan perubatan ke Gaza.

Lebih 16 orang maut ditembak dan berbelas cedera apabila askar rejim Zionis menyerbu Freedom Flotilla hari ini.

Kapal ini diserang di perairan antarabangsa, 65 kilometer dari pesisir pantai Gaza. Sedutan kapal utama, Mavi Marmara, menunjukkan tentera Israel menaiki kapal itu dibayangi helikopter tentera rejim.

Wartawan al-Jazeera Jamal Elshayyal yang menyertai konvoi terbabit melaporkan askar Israel menggunakan peluru hidup dalam operasi ini. Wartawan dan jurukamera Astro Awani juga dipercayai berada di atas kapal yang sama.

Perhubungan dengan dunia luar terputus dan nasib mereka tidak diketahui.

Gerakan Bebaskan Gaza memberitahu bahawa tentera Israel melepaskan tembakan sebaik sahaja menyerbu kapal-kapal terbabit. Kapal yang berjaya dirampas kini ditunda ke bandar Haifa bagi mengelakkan wartawan-wartawan yang menanti di pelabuhan Ashdod.

Israel dilaporkan bersedia untuk melanggar segala piagam PPB bagi memastikan bantuan perubatan dan makanan ini tidak sampai kepada penduduk Gaza, yang menjadi mangsa sekatan ekonomi Israel-Mesir.


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI