Monday, May 31, 2010

Adun Menjiwai Hati Pesakit


Gombak – Ingin juga turut bersama rakan-rakan seusia dalam Majlis Ramah Mesra Usia Emas yang telah dianjurkan oleh PKM Dun Gombak Setia baru-baru ini, namun keadaan tidak mengizinkan kepada insan- insan yang semakin hari semakin senja usianya.

“Kadangkala rasa berbagai perasaan yang menghantui jiwa apabila diuji dengan berbagai kesakitan. Namun dikuatkan hati untuk teruskan sisa-sia kehidupan ini”. Siapakah mengerti penderitaan seorang pesakit.

Inilah rintihan hati insan-insan warga emas ketika lawatan yang diadakan oleh Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia baru-baru ini.

Sebelum meneruskan tanggungjawab untuk menghadiri Program Ramah Mesra Usia Emas Y.B Dato’ telah menziarahi beberapa orang Warga Emas yang dalam keuzuran di sekitar Tmn Setia Gombak.

Beliau berkata, lawatan ziarah kepada pesakit adalah 1 kewajipan kepada kita sebagai orang ISLAM apabila kita dikhabarkan berita jiran/ rakyat yang mengalami keuzuran.

Semoga dengan kunjungan kita kepada pesakit akan diiringi para malaikat untuk turut mendoakan mereka agar dikurniakan kesihatan yang baik kepada pesakit. Sekurang-kurang pesakit juga merasa terhibur dengan kedatangan kita kerana sudah pasti saat mereka dalam kesakitan mereka memerlukan seseorang untuk memberi kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan ini.

Insya-ALLAH saya berhasrat untuk mengadakan 1 program motivasi kepada pesakit agar mereka dapat kekuatan baru dan tidak merasa kecewa untuk teruskan kehidupan apabila diberi kesakitan. Setiap kesakitan yang diberikan oleh ALLAH swt adalah kifarah kepada kita dan menguji iman kita samada kita redha / tidak, katanya selepas menziarahi pesakit-pesakit warga emas di Tmn Setia Gombak.

Y. B Dato’ Hasan B. Mohd Ali telah memberi sumbangan dan cenderahati kepada pesakit iaitu Che Su Bt Pin, 86thn yang mengalami sakit tua yang kini tinggal serumah dengan anaknya, Hj Ariffin Adnan yang juga mengalami keuzuran.

Selain daripada itu, Y. B Dato’ Hasan juga telah menziarahi Hj. Taib Hj Hasan, usia 70thn , yang kini mengalami stroke. Beliau telah mengalami sakit tersebut selama 7 thn telah dijaga oleh isteri beliau yang tidak bekerja.

Beliau sempat juga berpesan kepada yang turut menghadiri penyampaian sumbangan dengan mengatakan Kasihkan kepada anak-anak kecil kerana ianya mengingatkan kita kepada zaman silam dan hormati orang tua yang mengalami keuzuran kerana disitu kita akan diingatkan oleh ALLAH swt kita juga akan merasa zaman tua dan mengalami kesakitan 1 hari nanti.

Semoga dengan peringatan kata-kata tersebut menjentik hati-hati yang turut bersama beliau agar sentiasa mengingati ALLAH swt, mengingati kematian dengan merebut melakukan perkara – perkara kebaikan, mengasihi anak kecil dan menghormati orang yang lebih tua.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI