Sunday, January 31, 2010

YB DHMA – Menaiktaraf Masjid Simpang 3


Gombak – Masjid/surau adalah rumah ibadat untuk diimarahkan oleh semua qariah agar rumah ibadat tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua umat ISLAM.

Tiada maknanya jika rumah ibadat ini kelihatan besar, terdapat berbagai perabot teetapi tiada dikunjungi oleh masyarakat yang beragama ISLAM. Oleh itu sebagai Nazir Masjid dan semua AJK yag diberikan amanah dalam mentabir sebuah masjid/surau haruslah memainkan peranan sebaiknya untuk mengimarahkan rumah ibadat ini agar tidak kelihatan suram dan sunyi tanpa pengunjung.

Alhamdulilah di Kaw Gombak yang telah ditadbir bawah YB Dato’ Hasan selaku Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam, beliau telah memainkan peranan sebaiknya bagi memastikan masjid/surau mengadakan berbagai program samada santapan rohani ataupun program remaja.

Kini terdapat berbagai inisatif yang telah disusunkan oleh JAIS/ PKM Dun Gombak Setia bagi mendorong remaja-remaja mendekati masjid. Hanya dorongan ibubapa untuk memainkan peranan dengan mendorong anak-anak mengikuti program tersebut.

Tidak ketinggalan juga setelah memantau insfrastruktur dibeberapa kawasan gombak, YB Dato’ bersama semua pengiring beliau telah membuat lawatan ke masjid simpang 3 baru-baru ini dan beliau telah memberi cadangan agar dibawah jejantas berhadapan masjid tersebut hendaklah di Tar untuk tempat letak kenderaan.

Beliau berpendapat, dengan mentarkan kawasan tersebut bukan sahaja boleh meletakkan kenderaan malahan boleh dimanfaatkan untuk dijadikan ruang solat lebih-lebih lagi apabila tiba solat jumat mahupun musim perayaan yang sudah pastinya semua masjid / surau akan dipenuhi oleh masyarakat ISLAM untuk solat berjemaah.

Semoga keperihatinan dan cadangan yang bernas diberikan oleh YB Dato’ untuk keselesaan masyarakat dapat diterima semua pihak dan diambil tindakan oleh pihak JKR, MPS untuk kebaikan umat ISLAM dalam mengimarahkan masjid/surau sebagai bekalan kita dialam barzakh.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI