Sunday, January 31, 2010

Adun Perihatin terhadap penduduk “Penduduk Kesal dengan pembinaan pembentongan Tambahan”


Gombak – Tidak semestinya dengan pembinaan sesuatu dalam projek akan memberi kesan yang baik kepada penduduk jika tidak dibuat penilaian sebaiknya sebelum projek tersebut dilaksanakan.

Jika tidak diteliti dengan betul dan memikirkan kesan kebaikan dan keburukan sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Sering sahaja penduduk disekitar Pinggiran Batu Caves membuat aduan banjir di kawasan berkenaan kepada pihak Ahli Majlis namunpun begitu tiada tindakan diambil oleh pihak yang harus bertanggungjawab.

Penduduk telah memaklumkan kepada Y.B Dato’ semasa program ” Breakfirst” bersama rakyat baru-baru ini di Pasar Moden Sri Gombak, hal ini terjadi disebabkan pembinaan pembentongan tambahan oleh pihak MPS. Dengan adanya pembentongan tambahan bukan memberi kebaikan tetapi memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya.

Aduan tersebut telah mendapat perhatian YB Dato’ dan beliau berjanji akan melawat kawasan berkenaan bersama pihak MPS, Ahli Majlis, JPS, JKR dalam masa terdekat.

Masa yang dinantikan oleh penduduk telah tiba dan kedatangan beliau telah diraikan oleh beberapa orang penduduk daripada Pinggiran Batu Caves. En. Duraisamy telah memaklumkan masalah utama adalah :-

a) Masalah banjir

En. Duraisamy telah memaklumkan kepada YB Dato’, bahawa pihak MPS telah membina pembentongan tambahan. Dengan adanya pembinaan tersebut, apabila musim hujan kawasan berkenaan kini mudah berlaku banjir.

YB Dato’ meminta agar pihak MPS dapat ambil tindakan segera untuk atasi masalah pembentongan tambahan ini bagi mengelak berlakunya banjir kilat dikawasan tersebut untuk keselesaan dan keselamatan penduduk. Harus diteliti kembali dimanakah terdapat kesilapan dan kekurangan dengan pembinaan pembentongan tambahan ini. Sepatutnya jika dengan adanya pembentongan, tidak akan berlakunya banjir tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu beliau amat berharap MPS, JKR dapat mengambil perhatian dan tindakan secepat mungkin.

b) Pembinaan Lampu Isyarat.

Selain daripada itu Lampu Isyarat yang terdapat di Persimpangan Sri Gombak berhampiran surau Ubudiyah. Didapati kawasan tersebut begitu sesak dengan laluan lintas lebih-lebih lagi waktu pagi & petang.

Dengan kesesakan tersebut sering berlaku kemalangan dan kawasan ini juga terdapat beberapa buah sekolah. Keselamatan pengguna dan pelajar amat dibimbangi oleh penduduk sekitar tersebut.

Langkah yang telah diambil oleh YB Dato’ dalam mengatasi masalah ini ialah meminta pihak JKR & MPS agar dapat ambil tindakan segera bagi atasi masalah ini secepat mungkin dan harus dipandang serius. Harus diteliti kembali, adakah pembinaan lampu isyarat yang diletakkan kawasan tersebut bersesuaian??.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI