“ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (As-Shaff:10-12)
Kunci kepada sebuah perjuangan adalah niat yang ikhlas kerana Allah SWT, syaratnya pula adalah bersungguh-sungguh dalam berjuang serta tidak berputus asa dan akhirnya adalah menjaga kesinambungan serta penerusannya.Wahai saudaraku,Kini, yang tinggal adalah bergantung pada diri sendiri, teruslah berbekal dan seterusnya teruskanlah perjuangan. Tanpa rasa bosan untuk memohon kepada Allah agar membeli sedikit persembahan kita.
Nak pergi/tidak,dengan keadaan kesihatan krg memuaskan pd ketika ini.. tp bila teringat Surah Altaubah Nescaya ana rasa amat bimbang jika ana terlalai hal2 dunia semata2..
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat, dan BERJIHADLAH dengan harta dan dirimu di jln ALLAH. Yang demikian itu adalah lbh baik bgmu jika kamu mengetahui. {Al-Taubah:41} dan
Semoga allah sentiasa ingatkan ana dikirimkan shbt2 utk membantu ingatkan ana yg lemah. Tabahkan hati dan kuatkan semangat moga setiap langkah dilalui diampun segala dosa dan sekiranya ada pahala disedekahkan pd kedua org yag amat ana kasihi. Moga mereka mdpt keberkatan kehidupan dunia akhirat..insya-allah. SMS ana terima daripada DMPNS khidmat diri diperlukan untuk berjihad Ke Manek Urai.. masanya telah tiba.. kini ana terpaksa tinggalkan Bonda yang amat dikasihi seketika.. ya-ALLAH lembutkan hati Ibuku untuk meredhai pemergianku ke Medan Jihad..
katakanlah Jika bapa2, anak2, saudara mara, isteri2 , kaum keluargmu, harta kekayaanmu yg kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yg kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada ALLAH dan Rasulnya dan dari berjihad di Jlnnya, maka tunggulah sampai ALLAH mendtgkan keputusannya" dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik.{Al-Taubah:24}
"Mak.. eila nak g Kelantan ni ada keje nak buat.. Mak redhakan pemergian eila ye,, nak g esok til 16/7 ni.. Erm.. mak diam dan senyum..ok tp ingat jgn g sorg diri..bawa shbt2.. Syukran ya-ALLAH membuka & lembutkan hati Ibuku semakin hari dirinya semakin memahami tanggungjwb ku diluar sana"
K.Lin & Ustzah maryam minta ana tunggu di MTD Gombak tp lewat le coz depa ada Usrah Qiadi K. Selangor.. Erm ana ok je.. sementara tunggu shbt2 ana pun teruskan keje mengupdatekan Blog Gombak dan kemaskini Blutin.. sibuk punya sibuk tengok2.. dh hampir 9:30mlm ana terpkas pergi rmh Ustzah khatifah untuk hantar surat menyurat Isu yg dilontarkan oleh Sinar apabila di Kawasan Samudera membuat provokasi dewan masyarakat yg digunakan oleh Kumpulan Dikir barat.. panas saja hati tp kuatkan iman dan beri kekuatan pd ustzah dlm hadapi ujian ini..ana hanya mampu menolong siapkan semua bukti surat2 yg dikeluarkan oleh MPS tetapi tidak diendahkan oleh mereka utk berbincang bersama kami..
Ana nak sebelum pergi Ke Medan pertempuran semua isu ini selesai..setiap kali P.raya kecil ada saja provok dilakukan oleh BN pada pihak PAS.. sabar jele..
Alhamdulilah 8/7/2009 ana bertolak dgn sabahat2 untuk meneruskan perjuangan ini, ana pergi bersama Muslimat K.Selangor..(ana, K.Ruz, K.Su, K.Sal, K.sarimah, K.gayah, Utz Tarmizi) kami bertolak 9:00am.ana tak bawa kereta rasa janggal pula selalu g mana2 mmg kenderaan fisabillah ini dibawa tapi memandangkan perjalana terlalu jauh nak jimat tenaga & kos shbt2 minta bawa 1 kete.. shbt2 lain dah bertolak mlm tadi.. Setiba di Pahang dlm pukul 12tgh kami semua berhenti tgh jln bila tgk musim buah menggugat iman.. apa lg secara kebetulan dlm Kete tu semuanya hantu durian... erm ana tak blh nak mkn bnyk sgt rasa kepala pening2 lalat pula.. dgn breakfirst lambat tadi.. lps semua dh kenyang mkn kami teruskan perjalanan tiba2.. di Institut Pendidikan Sultan Afzan.. Kete kami rodanya pecah.. alhamdulilah nasib baik ustz Tarmizi perasan.. kalau tak sure mati syahid kami di tengah jln..
Hampir 2 minggu kami di M.Urai mnjlnkan tgjwb disini.. perkara yg ana tak blh lupa.. suasana P.Raya kecil di Kelantan amat berbeza kalau dibandingkan di Negeri2 lain yg pernah ana turun. Disini kami ditarbiyahkan oleh Tok guru dgn menggalakakan semua org berpuasa sunat, pesta ibadat tidak tinggal disini dgn melakukan Qiammulail.. walaupun bekalan air teputus bukan 1@2 hari tp sepanjang ana berada disini.betui2 menguji kesabaran maklumle kena angkut air di tmpt lain.. rasa kurang selesa sedikit.. tp inilah tarbiyah ALLAH pd kami..sabar dan redha.. Ana ingat ana tak mampu utk melakukan puasa sunat Rejab dan puasa utk kemenangan M. urai..kerana keadaan darurat. sahurpun hanya minum air kosong.. alhamdulilah ada jg benda nak mkn.. bukan xde nasi.. ada tp tekak ana yg tak lalu nak mkn mgkn kepenatan selera kurang.. just lps sahur terus kami melakukan Qiam bersama shbt2.. titisan airmata kami semoga ALLAH merrimanya sbg tanda keinsafan. Disini ana lihat walaupun waktu P.Rya berjalan Tok Guru pesan pd kami semua jgn lupa minta kami buat solat hajat.. kami diajar sedikit demi sedikit formula daripada Tok Guru.. Alhamdulilah moga ilmu yg diberi olehnya dpt dimanfaatkan pd kami sebagai pelapis pejuang ISLAM.. insya-allah..
Shbt2 SMS & tel ana bertanyakan khbar dan situasi P.Raya M Urai.penat jg nk bercerita.. tp ana cerita jg utk membakar semangat SHBT2 agar tidak membekukan diri.. lambaian JIHAD sedang memangggil jgn bila ana ceita bekalan air teputus maka kita jd lemah.. anggplah ini tarbiyah ALLAH pd kita.. cuba kita bayangkan bagaimana peperangan para shbt nabi dulu ye?? banyak ujian & rintangan mereka lalui tp mereka melalui dgn sabar & redha. Alhamdulilah kemenangan ISLAM sentiasa pd Umat ISLAM...tp kalau nak banding dgn perjuangan kita skrg amat jauh berbeza krn kita ditempatkan tempat kediaman, makan masya-allah melimpah ruah... tp kalau kita tgk zmn shbt nabi saw dulu bagaimana?? Mereka sanggup ikat perut menahan lapar.. kalau ada minuman mereka utamakan shbt2 lain dpd diri sendiri, tp kita?? jgn harap kalau blh nak kenyangkan perut sendiri, air botol kalau ada 1 botol mahu ditegukkan semua??betui tak?? moga kita ubahle sikap kita yg jika da suka pentingkan diri sendiri..buangkanlah sft2 mazmumah..nasihat utk diri ana yg lemah jg.. so jadikanlah pengalaman shbt2 Nabi saw sebagai ikutan kita yg BERJIHAD di Jln ALLAH....
Erm paling best kalau dulu ana paling tak suka mkn budu. tp bila dh duk disini tiap2 hari dihidangkan budu.. so blh dikatakan mslmt Selangor jd hantu budu.. waktu nak balik puas kami singgah kedai cari budu tp begitu sukar utk mndptkannya.. akhirnya kami dpt juga bila masuk ke Pekan.. alhamdulilah ada jg rezki.. apa lg beli le 12 btl kiriman shbt2 utk dibawa KL..
laluan ke Institut Sultan Afzan. Panas betul2 menguji kesabaran
Pemandangan Suasana Kg menyejukkan mata.. rasa tenang bila melihat keindahan alam ciptaan TUHAN..
Alhamdulilah ada juga insan lain utk membantu kami..untuk tukar tayar. hampir 30m' kami nak gantikan tayar..
Alhamdulilah hampir siap keje kami...dalam hati ana hanya mampu berdoa dan membaca alamnasyrah semoga ALLAH mudahkan urusan kami dan melindungi perjalan kami.. Alhamdulilah kami sampai ke destinasi Manik Urai..2pm.. Sungguh membakar semangat bila melihat perang poster, Bendera berkibar2.. lebih menaikkan semanagt foto2 Ulama' berkibaran Doa2 digantung sana sini.. Selamat BERJUANG BUAT SEMUA ANSARUALLAH..
Petugas PAS bertungkus lumus di Bagsar Panas, yg kononnya pihak Berkuasa SPR, POLIS menyatakan tiadak ada Pondok Panas dan tidak dibenarkan buat kerja2 rayu Undi.. ttp pada waktu ptg 2hari sebelump.Raya.. ana dan beberapa ptgs.. round.. & menjadi tanda tanya..kenapa pihak BN ada pondok panas,. ana rasa depa nak sabotaj PAS lagi.. so.. ana cuba dpt kepastian daripada penghulu JPN Kelantan (K.Ros)..bila ditanya dia pun cakap tak pasti.. jd diminta kami semua bertahan jgn berundur selagi tidak ada kata putus daripada pimpinan..Keadaan menjadi haru..kenapa semua blh terjadi??? Bekalan air juga telah terputus semenjak petugas Negeri sel & Negeri lain dtg.. bila dilihat pondok2 polis yg membanjiri M.Urai seramai 3000 anggota menbuat penduduk rasa cemas.. dan takut..
kenangan bersama Aisyah.. sebelum dia balik..kesian dia.. nak bertugas sampai mengundi tapi bila dpt maklumat takde pondok panas keje pun tak banyak nak buat dia diarah balik..menitis airmatanya..puas ana pujuk adik sorg ni.. tp apakan daya transport kami semua dh penuh kalau ana bawa kete insya-allah pasti blh teruskan perjuangan ini..tentu ada hikmahnya so tinggalle ana & 15org yg setia menanti di Manik urai.. mengenangkan ada tgjwb disini maka ana takkan berundur walaupun selangkah.. Moga yg tinggal sedikit ini ALLAH pelihara kami istiqamah sehingga akhirnya.. moga segala kelemahan kami di 1kan antara satu sama lain pertahankan kememangan di Manik urai.. Insya-ALLAH...
Menjadi kebanggaan ana apabila melihat semangat perjuangan dihati2 warga emas, mereka setia menanti di tempat rayu undi.. suasana ketika ini panas tp tidak sedikit pun hati kami utk melangkah pergi... meninggalkan kawasan ini...
Erm.. suasana ptg 1hari sebelum mengundi..dalam menziarahi pengundi..sempat jg mereka menghidangi kami buah2an.. kenyang mkn buah kali ini... alhamdulilah hilang demam, sakit tekak dan batuk ana..dpk disini..
Subhanaallah.. sgh rasa tenang dihati bila melihat deruan air sungai dan pemandangan kehijauan.. di LATAREK, semua yg ada dimukabumi ini sentiasa berzikir pd mu Ya ALLAH tp adakah hati2 manusia sering mengingatimu dgn membasahi lidahnya dgn Zikurallah??sebaliknya dgn lidah mereka mengumpat, dgn lidah mereka berkata dusta..Ingat Nabi saw berpesan pd kita pelihara Hati dan lidahmu... hati menjadi raja kpdnya..
hehe.. sempat jg berposing dgn kekanda sorg ni.. sama2 study dulu..ustzah roz.. tinggalle dia sorg tempat ana mengadu dlm gerak kerja.. nasib baik ada asst kalau tak, mahu ana menangis..coz.. setiba di KLNTN dah baik demam, batuk selesema ibu jari ana pula terseliuh... akibat dihimpit dgn sit kete angsa.. ujian ALLAH.. namun tidak buat ana untuk tidak blh melakukan gerakkerja.. yg sakit ibu jari tp yg lain alhamdulilah..ALLAH kurniakan semuanya baik so jgn jdkan alasan utk tidak buat keje...
Suasana pagi mengundi 14/07/2009... waktu 7:30am pengujung sdh ramai di pondok bangsar PAS.. penyokong dimerata negeri memberi semangat kpd calon Abe Uji.. dan pimpinan PAS yg lain..
Membuat persiapan Khemah dan buah tangan utk adik2 kecil, sementara ibubapa mengundi mereka ditinggalkan di pondok kami.. so dptle Belon dan manisan utk mereka...
hehe.. ni bukan upacara tiup belon, tp kami diminta tiupkan belon utk diisikan gula2..utk diberi pada adk2 kecik..
ALLAHHUAKHBAR... AYAHANDA yang dikasihi & dihormati mengunjung ke setiap Bangsar Panas.. shbt2 menghulurkan tangan memberi salam tanda penghormatan pd Tok Guru Nik Aziz.. Ya-ALLAH panjangkan usianya kurniakan kesihatan yg baik atas dirinya. amiin ya rab.
Ana, K. rus, K. sal. membuat rayu undi.. penat jg nak paham bahasa org kelantan ni..
Petugas Muslimat yg bertungkus lumus beri kerjasama dlm rayu undi..
provokasi Polis & BN yg mereka adakan.. adake patut mereka suruh ptgs PAS alih ke kedudukan di seberang jln.. pihak polis minta salah sorg keluar utk bg kejesama bg taklimat.. nama ana disebut oleh Ptgs Gombak tp ana taknak pergi coz sebaiknya biarlah muslimin yg punyai kekuatan lbh dpd muslimat bersuara tp kami semua protes dgn cadangan polis & BN utk kami beredar.. akhirnya mereka tak mampu buat apa2.. berani depa masuk pondok Bangsar kami mmg BN tak mkn saman..muka tak malu pipi tersorong2.. masuk rmh org c uba belajar hormat.. ni tidak... ei..geramnya le.. PENCEROBOH betul...
berbagai cara dimainkan oleh pihak parti untuk menyedarkan rakyat, agar keluar BARISAN masuk BULATAN...:)
apa kena le demoi ni.. asyik buat huru hara je le..
ADui dah 3:30ptg.. ana cuba checklist pegundi.. masyaalah masih 430 pengundi yg tak keluar mesti ada something yg tak kena lg ni.. ana minta muslimin tempatan pergi ke rumah pengundi yg msh tak keluar mengundi.. tp sgh mengecewakan bila mereka pergi ada mengatakan mereka tidak dibenarkan keluar mengundi wang sogokan di beri Rm1000 setiap seorg dan I.C pengundi di ambil... dimanakah KEADILAN.. YA-ALLAH hancurkan segala perangcangan kejahatan mereka..
YA-ALLAH sgghnya kami tidak berdaya melawan musuh2 mu.. hanya kepadamu kami mohon pertolongan berikan kami keuatan pertahankan kemenagan ISLAM, bukankanlah pintu hati pengundi utk menjlnkantgjwb mereka dgn baik, hancurkan pangkatan BARISAN NASIONAL serta para pemimpin mereka, kucar kacirkan segala organisasi mereka, berikanlah hidayahmu pada mereka kembali utk ke pangkal jln.. jgn kau sesatkan hati mereka terus menerus perbetulkan akidah akhlak mereka.. amiin ya rab...
Rest sat.. sempat lagi berposing dgn adik Khadijah & K Rus.. cantik kete ni dgn sticker tok guru..
K.Ros kiri, ana tengah, Adik Khadijah X-UTM
Inilah Ummi walaupun usia semakin lanjut tp hatinya begitu kental utk terus berjihad ke Jln ALLAH.. dtg sini naik bas dpd Gombak ke M.urai.. masya-allah ummi2 hari tu puas ana buat iklan sapa nak g tp xde pun reply tgk2 ummi g sorg2 naik bas .. nasib baik tak jd apa2..
Setiap kali kami dihimpit dicerca dgn petugas BN.. doa kami panjatkan itulah senjata utama kami.. kata Tok Guru mung jgn lupa sehari sblm mengundi kita semua Puasa Sunat, Solat hajat jgn sekali ditinggalkan...mohon pertolongan ALLAH..
Erm. man ana nak lalu ni ye..penyokong PAS terlalu ramai.. alhamdulilah.. semoga diberi keuatan bermujahadah...teruskan perjuagan SHBT2..
Yop My Uncle jg ada disini.. YB Dr Hatta Ramli... sentiasa membuat gimik2 yg melucukan membakar semangat perjuangan shbt2..
ALLAHHUAKHABAR ayahanda sdh dtg ke tempat bangsar kami...
Kenangan bersama shbt2 seperjuangan di manik Urai selepas 5ptg.. slm perpisahan.. jom kita siapkan diri utk xpdc seterusnya kibarkan bendera mlm ni g tmpt pengumuman peti undi utk kira undi..
Doa dipanjatkan laungan azan dibaca setiba masuk waktu solat.. tp amat menjadi pelik bila dilihat pihak BN, Polis yg tidak meberi penghormatan.. mereka sering mengejek,
membaut memek2 muka yg tidak senonoh .. hanya ALLAH yg layak membalas perbuatan mereka..
Yg Setia menanti. bersama k. Ruz.. di manik urai.. biarlah shbt2 balik akak kita ada tgjwb disini..
Moga shbt2 sentiasa dokan kita.. semua yg setia menanti.. masing2 ada tgjwb diluar sana...
Pesta Buah2han disini.. sempat jg mereka hidangkan kami berbagai buah2an rezki2..
Huhu.. jom akak kita amik foto di rmh Selangor.. baru je balik merayu undi..penat gile.. air dh terputus sepanjang kami disini tp alhamdulilah nasib baik ada air terjun...
Wahai pihak polis balik le pej.. disana msh bnyk tgjwb nak dibuat.. bukan dok sini buat kacau..
menakutkan pengundi di Menik Urai...
Nak mkn buah mari2.. free sokmo.. dh tak larat mkn durian, rambutan, rambai dll.. kenyang..nanti blik KL nak mkn kena beli..so lantak le habis2san... selagi tak masuk HOSPITAL
masa nile pihak polis minta ptgs PAS bergalih tempat tp ditentang oleh semua ptgs coz sini lokasi kami kenapa kami pula kena alih.. sepatutnya BN bukan kami...
Huhu..penat sgt.. cuba teka sapa ni??? hehe.. ni cucu m.sue. tmpt kami tumpang kediaman.. kesian dia.. betui2 penat nmpk, lps solat magrib tiba2 tertidur berselibung kotak..
cak inilah saya..jgn kacau ye... penat ni...
Ya Allah Ya Rahman, peliharalah aku dari dosa-dosa yang inginku tinggalkan.....
Ya Allah, janganlah kau tinggalkan aku dari pemerhatianmu, janganlah kau biarkan aku hanyut dari mengAgungkanMu, janganlah kau biarkan aku menggantikan tempatMu dihati ini dengan dunia yang terlalu kecil nilainya disisiMu, jadikanlah aku manusia yang dipercayai kerana imanku kepadaMu. jadikanlah aku orang yang dicintai kerana cintaku kepadaMu, jadikanlah aku orang yang tinggi darjatnya kerana aku mengagungkanMu, jadikanlah aku orang yang sentiasa sedar bahawa dunia ini tidak lain dari sekadar ujian sejauh mana cintaku padaMu.....
Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari perkara-perkara yang boleh mensyirikkanku padaMu...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, janganlah kau beri kebahagiaan kepadaku di dunia ini andainya ia menjadikanku sengsara di akhirat nanti, janganlah Kau temukan aku dengan seseorang yang akan kucintai andainya ia akan menjauhkan aku dari sisiMu di akhirat nanti, janganlah Kau berikan aku kekayaan di dunia andainya ia akan menyebabkan aku gagal dalam hisabku di akhirat nanti.....
Rumah sapa ni ye??? Pemimpin BN hikdup begitu Mewah, mengambil kesenangan dgn menggunakan duit rakyat?? ttp jauh amat berbeze dgn sft pimpinan PAS.. bg mereka hidup biarlah bersederhana.. jgn sekalai menggunakan duit rakyat yg bukan milik kita??
Pembangunan yg diimpikan ttp rakyat begitu terseksa dgn mainan pihak BN.. tabur janji begitu bnyk tp selepas P.raya... semua tinggal 1000 janji Kosong belaka.
No comments:
Post a Comment