Wednesday, July 10, 2013
Tazkirah : Ibubapa Genius. Coz I Luv My Mama, Ummi, Abi Pls try
Siri peringatan tazkirah ramadhan ke 2 buat diriku yang lupa. terima kasih akhie Zaidy, and Utz Zamri Mantop yang tidak jemu memberi tazkirah yang amat bermakna sebelum mendirikan rumah tangga perlu lengkapkan ilmu dunia dan akhirat untuk membentuk keluarga sakinah. Tidak ada niat dihati untuk di tuju kepada sesiapa tetapi satu perkongsian ilmu, jika baik amalkanlah jika tidak abaikan. Moga jadi ayah, walid, abi, ummi, emak, mama, bonda yang di kasihi Allah dalam membentuk anak2. Sebab syg maka perlu untuk berkongsi sesuatu.. Bacalah sampai habis moga ilmu yang sedikit jika diamalkan dapat pahala kepada yang memberi. Jazakallah..
1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.
2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah SAW
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri
19 orang menyukai ini.
Ummie Anjai abah....Kamaruddin Ramli....baca nie....
18 Juni pukul 11:02 melalui seluler · 1
Zaridah Abdul Aziz tersentuh hati membacanya,,.para ibu bapa wajib baca-.ada antaranya sama dng pesanan arwah emak,.tiba2 rasa rindu kat arwah.
Ummie Anjai subhanallah.......
Rosniza Ismail share
22 jam yang lalu melalui seluler

- Azwar Khaulah anak muridku paling aktif di kelas.. yeah wahai ayah, ibu, walid,abi, ummi, emak, mamam, fahamilah jiwa anak2... dpd kecil mereka perlukan kasih syg dan perhatian sehinggalah apabila mereka sdh mendirikan rmh tangga. peranan ibu ayah, ummi, walid, abi, emak, abh, ayah amat penting dalam membentuk anak2. Anak2 akan mencari kita saat jiwa, hati resah gelisah. itu bagi anak yang tahu menghargai ibubapa mereka. mooga jadilah ibubapa yang sikasihi allah dan sebgai anak jdilah anak2 quratul ain pada mereka meskipun diberi ujian. peringatan buat diriku yang lupa.. doakan moga ana jadi ummi yg soliha, yg menghargai anak dalam kehidupan kita.. kerana ia adalah amanah allah yang perlu di jaga dengan baik. syukran atas peringatan buat diri ana yang sering terlupa. mantop
Monday, July 8, 2013
Pemenang Memancing Ikan GP Selangor Bawa Pulang Wang Tunai RM40 Ribu
Sabak Bernam : Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan
Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi telah merasmikan Pertandingan memancing GP Selangor 2013 baru-baru ini di
Sungai Lang.
Dalam ucapannya beliau berkata, acara yang julung kali diadakan
di Selangor dijangka mampu meningkatkan industri pelancongan domestik selain
meningkatkan pendapatan penduduk tempatan terutama peniaga kecil dan sederhana.
Selain itu, dengan adanya program memancing ini ia bukan sahaja
meningkatkan industri pelancongan, perikanan bahkan mampu menarik berbagai kaum
dan peringkat usia untuk bersama menjayakan program-program kemasyarakatan dan
sekaligus dapat mengenali antara satu sama lain, katanya.
Menurut Sallehen
yang merupakan ADUN Sabak seramai 837
peserta telah menyertai pertandingan ini.
Katanya, program ini telah mendapat sambutan luar biasa. Ramai
rakyat disini hadir awal pagi untuk
menyertai pertandingan ini mungkin dengan hadiah-hadiah yang lumayan diberikan
mampu memikat hati rakyat khususnya golongan belia dan remaja. Apa yang kita
lihat peserta yang menyertai pertandingan ini bukan hanya golongan lelaki
tetapi golongan wanita juga telah menyertai pertandingan ini dan mampu menjadi
Naib Juara. Jelas membuktikan wanita sekarang mempunyai banyak kelebihan dan
perlu di hargai golongan lelaki.
Tambah beliau, antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada
peserta ialah hadiah wang tunai setiap pusingan dan hadiah cabutan bertuah
bonanza, microwave, juara grand slam Proton
Exora dan lain-lain disediakan.
Juara setiap siri membawa pulang wang tunai RM40,000, kedua
RM12,000 dan ketiga RM6,000. Pemenang keempat hingga ke-20 menerima wang tunai
dan hadiah iringan.
Sehubungan itu
Sallehen juga mengucapkan tahniah kepada semua pemenang antaranya yang telah
menjadi Juara GP Selangor 2013 Ibrahim Kasan (Perak), berjaya menangkap
ikan sembilan seberat 0.590, Naib Juara,
Siti Kamariah Mohamed Sabari
(Selangor) dengan menangkap ikan
sembilang 0.480, tempat ketiga Mat Alwi, (Perak), dapat menangkap ikan pari seberat 0.305.
Ibrahim Kasan berkata, alhamdulilah saya tidak menjangka mampu
menjadi juara GP Selangor 2013. Penyertaan saya hanya untuk mengisi waktu
lapang dan juga merupakan hobi. Tapi hari ini saya telah dipilih menjadi juara.
Program yang dianjurkan kerajaan negeri mampu menyatukan masyarakat berbilang
bangsa tanpa kira pemahaman politik. Semoga tahun akan datang terdapat berbagai
program disediakan bagi mendorong masyarakat menyertainya.
Siti Kamariah Mohamed Sabari pula berkata, walaupun saya wanita
namun memancing merupakan hobi saya. Dengan dorongan dan cabaran keluarga maka saya sahut cabaran
mereka dan mampu menjadi Naib Juara. Jelas membuktikan golongan wanita sekarang
tidak boleh di pandang sebelah mata. Wanita mampu melibatkan diri dalam apa
juga selagi ia tidak melanggari syariat Islam. Terima kasih kepada ADUN Sabak
kerana mampu mengadakan program ini yang telah melibatkan semua peringkat usia
menyertainya.
Editor : Khaulah Azwar
Saturday, July 6, 2013
Rakyat Mesir Mahu Jawatan Morsi Sebagai Presiden Di Kembalikan
Mesir : Lebih 4 juta demonstran berkumpul di Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul.
Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan.
Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi’, Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: di pentas.
Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: ‘Semua urusan rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dan lain-lain dianggap batal).
Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah:
1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini.
2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf.
3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang.
4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu.
5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi, bukan orang yang lari.
ADUN Sumbang RM100 Ribu Kemudahan Padang Futsall Untuk Belia dan Remaja (TJU)
Taman Jasa Utama : Belia dan
remaja sekitar DUN Batu Caves rasa terharu apabila kemudahan sukan telah
dilengkapi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves , Amiruddin
Shaari.
Shamsul Saad penduduk daripada Taman
Jasa Utama (TJU) berkata, alhamdulilah semenjak Pakatan Rakyat (PR) memerintah
belia dan remaja di sekitar DUN Batu Caves merasa berpuas hati apabila
kelengkapan sukan seperti padang futsall,
pingpong, dewan badminton telah disediakan banyak kawasan.
Sebelum PR memerintah kelengkapan
sukan untuk kami tidak disediakan dengan sempurna walaupun telah dibuat permohonan kepada pihak
berwajib namun menjadi satu kekecewaan kepada penduduk disini apabila pihak berwajib
menyatakan tiada peruntukan untuk kemudahan sukan.
“alhamdulilah kini impian belia
di kawasan ini inginkan sebuah tapak padang futsall telah tercapai di bawah
pemerintahan kerajan PR dalam masa tahun
kedua. Pada tahun pertama padang futsall di sekitar DUN batu Caves telah banyak
disediakan mengikut kawasan dan apa yag kita lihat ia mendapat sambutan rakyat khususnya golongan belia dan remaja”,
kata Shamsul.
Menurut Shamsul sebelum ini
kawasan tersebut merupakan tanah lapang yang digunakan untuk kenduri tetapi telah di naiktaraf menjadi padang futsall. Dengan
adanya padang futsall ibubapa tidak risau lagi keselamatan anak-anak mereka
yang sebelum ini sering balik lewat, pergi cybercafé, lepak, lumba motor haram
dan sebagainya.
Beliau menambah, “semenjak padang
futsall yang baru dirasmikan oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari kini
sebanyak 10 pasukan ditubuhkan yang terdiri daripada belia dan remaja”,
ujarnya.
Sementara itu, ADUN Batu Caves,
Amiruddin Shaari dalam ucapan perasmiannya pula berkata, golongan belia dan
remaja perlu manfaatkan padang futsall ini dengan sebaiknya. Adalah menjadi
tanggungjawab bersama dengan kemudahan yang diberikan semua pihak perlu menjaga
dengan baik.
Ibubapa tidak perlu risau lagi untuk mencari anak-anak
mereka khususnya golongan remaja yang masih di bangku sekolah. Carilah mereka
di padang futsall. Saya yakin mereka akan berkumpul beriadah bersama
teman-teman disini. Selain padang futsall kita juga menyediakan kemudahan asas
lain dalam Dewan orang ramai seperti pimpong, kaarem, dan dat, kata Amir .
Amiruddin merangkap Timbalan Exco Belia dan Sukan menambah lagi,
padang futsall ini akan mula beroperasi pada 23 Jun, 2013. Saya juga suka
mencadangkan agar pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) membuka kedai perniagaan
bagi menarik ramai belia dan sukan untuk bersukan. Dengan kemudahan kedai
menjual makanan dan minuman ia akan menambah kos pendapatan untuk JKP dikawasan
ini.
Insya-Allah saya akan sumbangkan
dana sebanyak RM20 ribu untuk membantu mereka membuka perniagaan disini, kata
Amiruddin kepada pemberita di padang futsall (TJU) selepas merasmikan padang
futsall.
Ahli Majlis MPS Zon 12 Zulkifli Hamzah pula berkata, “insya-allah
dalam masa terdekat kita akan besarkan Dewan orang ramai yang telah dilengkapan dengan kemudahan sukan untuk
keselesaan semua pengguna dan penduduk disekitar ini”.
Majlis perasmian telah diadakan
dengan begitu meriah permainan bunga api, perlawanan persahabatan kategori bawah 12 tahun antara pasukan TJU dengan Sungai Tua, manakala kategori remaja pula 18 tahun kebawah dengan kategori vateren yang berlawan dengan menggunakan kain pelekat.
Setiap pasukan yang menyertai
pertandingan ini telah diberikan cenderhati dan hamper .
Hadir sama dalam majlis perasmian
Ahli Majlis MPS Zon 12, Zulkifli Hamzah,
Ketua-ketua Kampung Zon Batu Caves dan wakil penduduk.
Editor : Khaulah Azwar
Friday, July 5, 2013
Pembangunan Desa Ikut Kesesuaian Tempat
| Kg Sg Pusu telah menjadi Kaw. Perumahan Tmn Desa Gemilang |
Shah Alam : Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi menjelaskan bahawa pembangunan luar bandar yang menjadi tumpuan kerajaan negeri bagi penggal terbaru ini akan dibuat berdasarkan kesesuaian penduduk setempat.
Kata beliau, Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran yang sesuai dengan penduduk samada pertananian, pembangunan dan lain-lain lagi.
Menurut Sallehen, perkara ini akan dijalankan serentak dengan program-program kerajaan negeri yang lain iaitu memberi fokus membandarkan Kampung. Jadi apa yang dirasai oleh orang Bandar dapat dirasai juga orang kampung,
Sallehen merangkap ADUN Sabak menambah lagi, setakat ini satu jawatankuasa sekratariat yang di ketuai pegawai perhubungan politik, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sudahpun di tubuhkan.
Dengan adanya jawatankuasa ini maka akan ramailah yang akan terlibat seperti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Saifuddin, saya dan semua ketua-ketua kampong dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamtan Kampung (JKKK).
JKKK sudah mula melakukan kerja mereka. Buat masa ini kita dalam peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan ketua kampong, kata Sallehen selepas sidang DUN.
Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Pusu, Gombak Mohd Yunus pula berkata, alhamdulilah semenjak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah rata-rata penduduk di sekitar Kg. Sg Pusu merasa berpuas hati dengan kemajuan, kerjasama yang diberikan.
| UMNO Perintah 1962 surau tidak boleh solat Jumaat PR boleh sokmo. |
Terdahulu Kg. Sg Pusu yang di bina pada tahun 1962 tidak di bangunkan tetapi dalam tempoh tahun pertama 2009 apabila PR memerintah banyak perubahan dibawa.
Jalanraya telah dilebarkan, di tar, perparitan telah dinaiktaraf, surau telah dijadikan tempat solat jumaat, dan Bas juga telah dibenarkan masuk ke kawasan kampnug ini.
Namun kita harap kerajaan negeri dapatlah turun padang dengan menyediakan sebuah masjid di kawasan perkampungan ini memandangkan seramai hampir 1000 penduduk muslim disini terpaksa keluar kawasan untuk solat jumaat.
Meskipun surau telah dibenarkan untuk solat jumaat namun tidak mengcukupi menampung muatan penduduk disini untuk solat berjemaah.
Dengan kemudahan infrastruktur yang telah dinaiktaraf tidak berlakunya banjir, pembangunan perumahan telah banyak dinaikkan yang sekaligus memberi keselesaan kepada rakyat. Rakyat disini juga telah mengambil inisatif dengan bercucuk tanam seperti sayur-sayuran, pokok getah, menternak ayam kampung, itik dan sebagainya
| Exco Agama, Sallehen Mukhyi |
Segala kemudahan diberikan telah dimanfaat sebaiknya oleh rakyat dan dapat membela nasib mereka yang tidak mempunyai peluang pekerjaan.
Usaha kerajaan negeri yang mengurus negeri dengan telus dan berkebajikan telah terbukti dalam tempoh 2 tahun pemerinhan PR disini, kata Yunus kepada pemberita pagi tadi.
Editor : Khaulah Azwar
Thursday, July 4, 2013
Peruntukkan Lebih RM 9 juta Untuk Pembangunan Pertanian
Shah Alam , 5 Julai: Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan
Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi mengumumkan Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM 9.141 juta bagi pembangunan
pertanian dan industri asas tani di seluruh Selangor bagi sepanjang tahun ini.
Beliau
berkata, peruntukan itu meliputi pelbagai aktiviti pertanian bagi meningkatan
ekonomi Selangor dan pendapatan petani.
Antaranya
pembangunan taman agro teknologi sebanyak RM 1.4 juta, pembangunan tanaman
makanan (RM 5.04 juta), pembangunan tanaman industri (RM 300,000),
pembangunan industri bunga dan taman hiasan (RM 200,000).
Juga
diperuntukan adalah pembangunan industri asas tani (RM 1.251 juta), pembangunan
pertanian bersepadu (RM 700,00) dan pembangunan tanah terbiar (RM 200,000).
“Ia
adalah usaha bagi memperbanyakkan industri hiliran di Selangor,” kata Sallehen
ketika menjawab pertanyaan mulut Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan (Pas)
dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) petang semalam.
Beliau
merangkap ADUN Sabak menambah lagi, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan utama
terhadap peningkatan hasil tanaman padi.
Usaha
lain katanya adalah projek taman kekal pengeluaran makanan, pembangunan tanaman
sayur-sayuran di samping membantu petani yang mengusahakan tanaman lain. Semua
projek yang dilakukan akan dibuat pemantauan yang rapi bagi melihat kemajuan
yang dilakukan oleh para petani di negeri ini.
Editor :Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)






