Sabak Bernam : Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan
Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi telah merasmikan Pertandingan memancing GP Selangor 2013 baru-baru ini di
Sungai Lang.
Dalam ucapannya beliau berkata, acara yang julung kali diadakan
di Selangor dijangka mampu meningkatkan industri pelancongan domestik selain
meningkatkan pendapatan penduduk tempatan terutama peniaga kecil dan sederhana.
Selain itu, dengan adanya program memancing ini ia bukan sahaja
meningkatkan industri pelancongan, perikanan bahkan mampu menarik berbagai kaum
dan peringkat usia untuk bersama menjayakan program-program kemasyarakatan dan
sekaligus dapat mengenali antara satu sama lain, katanya.
Menurut Sallehen
yang merupakan ADUN Sabak seramai 837
peserta telah menyertai pertandingan ini.
Katanya, program ini telah mendapat sambutan luar biasa. Ramai
rakyat disini hadir awal pagi untuk
menyertai pertandingan ini mungkin dengan hadiah-hadiah yang lumayan diberikan
mampu memikat hati rakyat khususnya golongan belia dan remaja. Apa yang kita
lihat peserta yang menyertai pertandingan ini bukan hanya golongan lelaki
tetapi golongan wanita juga telah menyertai pertandingan ini dan mampu menjadi
Naib Juara. Jelas membuktikan wanita sekarang mempunyai banyak kelebihan dan
perlu di hargai golongan lelaki.
Tambah beliau, antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada
peserta ialah hadiah wang tunai setiap pusingan dan hadiah cabutan bertuah
bonanza, microwave, juara grand slam Proton
Exora dan lain-lain disediakan.
Juara setiap siri membawa pulang wang tunai RM40,000, kedua
RM12,000 dan ketiga RM6,000. Pemenang keempat hingga ke-20 menerima wang tunai
dan hadiah iringan.
Sehubungan itu
Sallehen juga mengucapkan tahniah kepada semua pemenang antaranya yang telah
menjadi Juara GP Selangor 2013 Ibrahim Kasan (Perak), berjaya menangkap
ikan sembilan seberat 0.590, Naib Juara,
Siti Kamariah Mohamed Sabari
(Selangor) dengan menangkap ikan
sembilang 0.480, tempat ketiga Mat Alwi, (Perak), dapat menangkap ikan pari seberat 0.305.
Ibrahim Kasan berkata, alhamdulilah saya tidak menjangka mampu
menjadi juara GP Selangor 2013. Penyertaan saya hanya untuk mengisi waktu
lapang dan juga merupakan hobi. Tapi hari ini saya telah dipilih menjadi juara.
Program yang dianjurkan kerajaan negeri mampu menyatukan masyarakat berbilang
bangsa tanpa kira pemahaman politik. Semoga tahun akan datang terdapat berbagai
program disediakan bagi mendorong masyarakat menyertainya.
Siti Kamariah Mohamed Sabari pula berkata, walaupun saya wanita
namun memancing merupakan hobi saya. Dengan dorongan dan cabaran keluarga maka saya sahut cabaran
mereka dan mampu menjadi Naib Juara. Jelas membuktikan golongan wanita sekarang
tidak boleh di pandang sebelah mata. Wanita mampu melibatkan diri dalam apa
juga selagi ia tidak melanggari syariat Islam. Terima kasih kepada ADUN Sabak
kerana mampu mengadakan program ini yang telah melibatkan semua peringkat usia
menyertainya.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment