Shah Alam , 5 Julai: Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan
Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi mengumumkan Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM 9.141 juta bagi pembangunan
pertanian dan industri asas tani di seluruh Selangor bagi sepanjang tahun ini.
Beliau
berkata, peruntukan itu meliputi pelbagai aktiviti pertanian bagi meningkatan
ekonomi Selangor dan pendapatan petani.
Antaranya
pembangunan taman agro teknologi sebanyak RM 1.4 juta, pembangunan tanaman
makanan (RM 5.04 juta), pembangunan tanaman industri (RM 300,000),
pembangunan industri bunga dan taman hiasan (RM 200,000).
Juga
diperuntukan adalah pembangunan industri asas tani (RM 1.251 juta), pembangunan
pertanian bersepadu (RM 700,00) dan pembangunan tanah terbiar (RM 200,000).
“Ia
adalah usaha bagi memperbanyakkan industri hiliran di Selangor,” kata Sallehen
ketika menjawab pertanyaan mulut Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan (Pas)
dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) petang semalam.
Beliau
merangkap ADUN Sabak menambah lagi, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan utama
terhadap peningkatan hasil tanaman padi.
Usaha
lain katanya adalah projek taman kekal pengeluaran makanan, pembangunan tanaman
sayur-sayuran di samping membantu petani yang mengusahakan tanaman lain. Semua
projek yang dilakukan akan dibuat pemantauan yang rapi bagi melihat kemajuan
yang dilakukan oleh para petani di negeri ini.
Editor :Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment