Monday, May 13, 2013
Saf Pimpinan Exco Selangor Akan Di Umumkan Selepas Dapat Perkenan Sultan
Shah Alam, 14 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu pelantikan barisan ahli majlis kerajaan negeri (Exco), proses pemilihan telah pun bermula dan akan diumumkan setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan selepas Majlis Mengangkat Sumpah Menteri Besar, hari ini, sebagaimana di bawah.
Berikut adalah kenyataan penuh Khalid:
Alhamdulilah, saya bersyukur kepada Allah SWT akhirnya majlis angkat sumpah telah selamat disempurnakan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku Sultan, kerana telah memberi perkenan serta menyempurnakan majlis angkat sumpah saya sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor yang telah memberi sokongan yang padu kepada saya serta barisan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sehinggakan kami telah diberi kemenangan yang besar sekaligus membolehkan kami mewujudkan kerajaan negeri dengan majoriti mudah dua pertiga.
Begitu juga semua pimpinan Pakatan Rakyat, saya berterima kasih kerana terus memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Saya amat yakin kerjasama kita bersama boleh menghadapi cabaran kuat yang akan mendatang pada penggal kedua ini.
Tidak lupa kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat, saya ingin merakamkan penghargaan atas sokongan serta keprihatinan mereka terhadap keperluan untuk mewujudkan satu proses pemilihan yang adil terhadap pelantikan Menteri Besar.
Tidak lupa juga kepada semua penjawat awam yang selama ini telah menjalankan tugas dengan professional sehinggakan Pakatan Rakyat berjaya menterjemahkan polisi Merakyatkan Ekonomi Selangor serta Hasil Negeri Untuk Rakyat. Saya percaya kerjasama mereka telah membolehkan kita mendapat kejayaan besar pada pilihanraya baru-baru ini.
![]() |
Terima Kasih Rakyat Selangor menyokong PR PRU13 |
Saya juga berterima kasih kepada media tradisional dan arus perdana atas liputan yang telah diberikan. Sebagai kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbirannya, kita menerima kritikan dan persoalan terhadap polisi serta pelaksanaan program kerana ini akan membuat kita berusaha dengan lebih keras lagi.
Tumpuan saya dalam masa terdekat adalah untuk menyambut hasrat Perdana Menteri untuk memulakan proses national reconciliation di mana ujian pertama adalah untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor. Saya telah menyediakan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat berharap beliau akan memberi tindak balas positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA. Selangor memberi komitmen bahawa projek Langat 2 akan dirangkumkan bersama proses penstrukturan semula industri air supaya ia tidak dikendali secara berasingan.
Berkenaan isu pelantikan barisan ahli majlis kerajaan negeri (Exco), proses pemilihan telah pun bermula dan akan diumumkan setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan.
RM13 Juta Di Perlukan Bagi Membina Kompleks Pendidikan Islam Seri ALHUDA
Fasa Pertama bakal siap seawal Januari, 2014 bagi memenuhi hasrat ibubapa dan masyarakat umum yang inginkan Sekolah SERI AL Huda Gombak (SERIAHG) berkembang maju seperti sekolah swasta yang lain.
Pengerusi Lembaga Pengelola SERI AL Huda (SERIAHG), Dr Amran Muhammad berkata, sekolah tersebut dibina bukan seperti sekolah kerajaan yang sudah ada dana tersendiri setiap tahun sebaliknya sekolah (SERIAHG) merupakan sebuah sekolah swasta yang dibina hasil titik peluh dan usaha semua pihak terutamanya ibubapa, masyarakat umum .
Untuk mencapai matlamat tersebut pihak sekolah memerlukan dana sebanyak RM13 Juta iaitu bagi Fasa pertama bernilai RM 3 Juta, manakala bagi fasa kedua pula bernilai RM 10 Juta bagi melahirkan ramai tokoh yang beribawa seperti zaman tokoh kegemilangan Islam yang mampu melahirkan pakar sains, jurutera, doktor dan sebagainya.
Sehungan itu, beliau menyeru agar ibubapa perlu melibatkan diri dengan membantu mendapatkan dana bagi memastikan (KPIISALH) dapat dibina secepatnya demi memberi pembelajaran yang selesa dan sempurna kepada semua pelajar disini. Pembinaan (KPIISALH) bagi Fasa pertama bermula bulan Februari lalu. Tujuan utama (KPIISALH) dibina melahirkan insan kamil iaitu pejuang dan pendakwah kepada Islam.
Pemberita di fahamkan, tempoh semua pelajar berada di sini selama 13 tahun. Pelajar di peringkat TASKI akan diberi pendedahan mengenai adab, akhlak dan hikmah, manakala di peringkat sekolah rendah mereka di beri pendedahan mengenai penyampaian dari sudut bahasa yang mengunakan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sementara itu, bagi peringkat Sekolah Menengah pula pihaknya berhasrat membina sebuah kompleks bersepadu pendidikan Islam integratif.
“Pada masa ini, masyarakat tidak fikirkan tentang peradaban lagi kerana terlalu sibuk dengan urusan lain dan amat menyedihkan apabila peradaban seorang islam itu sudah tidak di amalkan lagi. Justeru untuk atasi masalah yang melanda masyarakat ini maka (SERIAHG) berpendapat perlu menubuhkan (KPIISALH) bagi melahirkan tokoh-tokoh beribawa dan menjadi sejarah dunia.
Bagi melahirkan tokoh yang beribawa perlu bermula di peringkat bawah untuk melahirkan tokoh masa hadapan. Jika untuk melahirkan tokoh yang beribawa di peringkat Sekolah Menengah bagi saya sukar kerana pelajar telah didedahkan dengan berbagai budaya dan pergaulan bebas tanpa had”, ujar Dr Amran.
Ulasnya lagi, “pada zaman kegemilangan Islam anak-anak ketika usia belas tahun telah menjadi seorang pakar seperti ahli tahfiz dan sebagainya, Maka dengan itulah pada saya (SERIAHG) juga mampu melahirkan tokoh-tokoh yang berjaya seperti Pakar Sains iaitu Ibnu Hitam mampu mencipta Optik, Al-Jazari Tokoh Kejuruteraan, dan sebagainya”. Beliau kata demikian dalam Majlis Perasmian Pembinaan Pembangunan Fasa Pertama Kompleks Pendidikan Islam Integratif SERI AL HUDA (KPIISALH) baru-baru ini di tapak pembinan, disitu.
Sementara itu, Rektor Kolej Universiti Insaniah Kedah Darul Aman, Profesor Datuk Dr Jamil Osman pula berkata, untuk pembinaan penubuhan sekolah bukan jalan mudah berbagai ujian akan di lalui. Namun perkara ini akan menjadi mudah apabila mendapat kerjasama semua pihak terutamanya penglibatan ibubapa dan masyarakat umum yang prihatin tentang pendidikan anak-anak.
Menurutnya pendidikan yang terdapat di semua sekolah kebangsaan tidak mengcukupi untuk di bekalkan kepada semua pelajar sehingga tidak memberi kepuasan kepada ibubapa. Di Sekolah kebangsaan pelajar tidak di dedahkan latihan dan amali tetapi di sekolah swasta integrasi agama pendedahan tersebut diberikan. Justeru ramai ibubapa sanggup korbankan wang untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama integrasi bagi membekalkan ilmu yang lebih sempurna untuk melahirkan ramai golongan tokoh pelajar professional yang mengamalkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Dalam pada itu Datuk Dr Jamil juga turut memberi contoh kebanyakan pelajar di sekolah kebangsaan tidak solat berjemaah dengan guru-guru mahupun dengan rakan-rakan. Apabila pulang ke rumah mereka leka dan terus tidak solat. Hal ini tidak juga di buat pemantauan oleh ibubapa lebih-lebih apabila ibubapa yang bekerja. Tetapi di Sekolah Agama Integrasi pelajar akan solat berjemaah bersama guru-guru dan rakan-rakan, bertadarus quran, usrah dan sebagainya. Mereka di tarbiyah dengan amal-amal solih. Inilah yang memberi perbezaan antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama integrasi.
Bagi Datuk Dr Jamil, ibubapa yang menghantarkan anak-anak ke Sekolah Agama Integrasi adalah untuk memastikan anak-anak mendapat 5A yang bukan hanya akademik tetapi 5A itu merangkumi Akademik, Agama, Al-Quran, Amali dan Akhlak. Kebanyakan ramai pelajar yang keluar daripada Sekolah Agama Integrasi Berjaya dengan cemerlang.
“Saya berharap dengan usaha (SRIAHG) membina kompleks pendidikan Islam Integratif SERI Al Huda (KPIISALH) ini akan melahirkan ramai tokoh pelajar professional dan menjadi Sekolah terkemuka di Malaysia”, katanya dalam ucapan Majlis Perasmian bangunan fasa pertama (KPIISALH) pagi kelmarin. Hadir sama YDP ABIM Wilayah, Ustaz Mohd Muszaki Mohd Ozir, Ketua Kampung Sungai Chincin Tuan Khazari.
Di fahamkan, baru-baru ini SRIAHG telah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor PR sebanyak RM40 Ribu bagi membantu pembinaan Kompleks.
Editor : Khaulah Azwar
MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Angkat Sumpah Penggal Kedua
Shah Alam, 14 Mei : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru saja pagi tadi mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang .
Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.
"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik", kata beliau.
Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.
Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.
Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
![]() |
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang |
![]() |
Surat perjanjian menjalankan tugas dan amanah ditandatangani Oleh MB Selangor |
Editor : Khaulah Azwar
Sunday, May 12, 2013
PRU13 Jelas Rakyat Tolak UMNO
Rakyat sudah menolak kepimpinan Umno / Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13.
Data yang dikeluarkan SPR, daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.
Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat tidak mustahil penolakan lebih besar berlaku pada PRU 14. Bagi kami, rakyat boleh menerima kekalahan jika ianya dimainkan atas ‘padang yang sama rata’ tanpa ada unsur ‘berat sebelah’ dan ketelusan keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh rakyat.
Kami berkeyakinan anak muda yang memberikan sokongan kepada PAS / Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13 ini akan terus memberikan sokongan pada PRU 14 yang akan datang.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata PR harus melipatgandakan usaha memberikan kesedaran kepada generasi muda untuk mendaftar sebagai pemilih dan memberi kesedaran untuk berubah kepada mereka.
“Anak muda perlu bangkit dengan kesedaran pada PRU 14 akan datang dan bukannya menyerahkan apa yang berlaku pada PRU 13 ini sebagai ‘pematah semangat’ bagi memberikan kesedaran kepada rakyat yang selama ini ‘ditipu’ dengan tipu daya semata-mata.
“Tidak ketinggalan juga tahniah kepada kepimpinan PAS / PR amnya dan ada diantara mereka pimpinan muda khasnya yang telah diberikan mandate oleh rakyat. Kekuatan dalam PAS / PR akan memberikan semangat kepada rakyat yang selama ini memberikan sokongan bagi memastikan Umno / BN akan tumbang juga kelak. Kami seru, jom anak muda kita bangkit mempertahankan maruah Negara kita yang selama ini dicemar dengan kronisme dan korup yang perlu dipulihkan oleh rakyat!” katanya dalam satu kenyataan.
Kem Mahabbah Mentor Mentee Bantu Pelajar Bersifat Kepimpinan
Gombak, 13 Mei : Kem Mahabbbah Mentor Mentee EMAS SERI
Al-Huda siri ketiga akan diadakan pada Julai, 2013.
AJK,BAKA Hajah Rusnani Nasir berkata,
Alhamdulilah Kem Mahabbah Mentor Mentee
Emas yang berlangsung pada 23 Mac lalu
hampir 100 pelajar dari tahun 3 sehingga 6 telah mengikutinya.
Dengan mendapat kerjasama semua
pihak, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan siri kedua pada 7 April
dan siri ketiga akan berlangsung pada 7 Julai, 2013 ‘Kuliyyah of Education’
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
Menurut Rusnani, program ini
merupakan satu program usahasama di antara Kelab Titian Wahyu UIAM dengan BAKA
Seri Al Huda, dan merupakan program pertama bagi tahun 2013 di bawah projek
EMAS Kelab Titian Wahyu di bawah bimbingan CENSERVE UIAM. Pelajar-pelajar UIAM
yang merupakan ahli-ahli Kelab Titian Wahyu bertindak sebagai mentor atau
pembimbing bagi pelajar-pelajar Seri Al Huda yang berada di tahun 3, 4 dan 5.
Jelas beliau lagi, selain pelajar diberikan berbagai slot,
ibubapa juga diberikan sesi taklimat oleh pihak Kelab Titian Wahyu dan ucapan oleh
Profesor Madya Dr. Omar bin Zakaria selaku Pengerusi BAKA, ujarnya.
Sementara itu, Guru Besar Seri Al Huda,
Hajah Surayah Sarit pula berkata, alhamdulilah program Mentor Mentee yang
diadakan setiap tahun untuk pelajar tahun 3 sehingga 6 mendapat sambutan yang
amat baik dari kalangan ibu bapa .
Para peserta telah didedahkan dengan
pelbagai aktiviti menarik di sepanjang program antaranya aktiviti berkumpulan
bagi memupuk semangat bekerjasama dan sifat kepimpinan yang perlu ada dalam
diri pelajar, aktiviti riadah seperti ‘explorace kids’ dan permainan bermodul,
skil komunikasi, qiamullail, persembahan berkumpulan dan sebagainya.
Saya berharap projek EMAS ini akan
terus mendapat sokongan dan sambutan daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar Seri
Al Huda dan mencapai objektif dan matlamat yang digariskan, kata Surayah kepada
media.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Comments (Atom)