Monday, May 13, 2013

RM13 Juta Di Perlukan Bagi Membina Kompleks Pendidikan Islam Seri ALHUDA


Fasa Pertama bakal siap seawal Januari, 2014 bagi memenuhi hasrat ibubapa dan masyarakat umum yang inginkan Sekolah SERI AL Huda Gombak (SERIAHG) berkembang maju seperti sekolah swasta yang lain.
Pengerusi Lembaga Pengelola SERI AL Huda (SERIAHG), Dr Amran Muhammad berkata, sekolah tersebut dibina bukan seperti sekolah kerajaan yang sudah ada dana tersendiri setiap tahun sebaliknya  sekolah (SERIAHG)  merupakan sebuah sekolah swasta yang  dibina hasil titik peluh dan usaha semua pihak terutamanya ibubapa, masyarakat umum .  
Majlis Pecah Tanah oleh Rektor Kolej Universiti Insaniah Kedah Darul Aman, Profesor Datuk Dr Jamil Osman Menurut Dr Amran, (SERIAHG) mempunyai wawasan tersendiri dengan memastikan semua pelajar yang menuntut disini akan mengamal dua konsep  pembelajaran iaitu adab dan peradaban yang berkait rapat dengan akhlak dan sahsiah.
Untuk mencapai matlamat tersebut pihak sekolah memerlukan dana sebanyak RM13 Juta iaitu  bagi Fasa pertama bernilai RM 3 Juta, manakala bagi fasa kedua pula bernilai RM 10 Juta bagi melahirkan ramai tokoh yang beribawa seperti zaman tokoh kegemilangan Islam yang mampu melahirkan pakar sains, jurutera, doktor dan sebagainya.
Sehungan itu, beliau menyeru agar ibubapa perlu melibatkan diri dengan membantu mendapatkan dana bagi memastikan (KPIISALH) dapat dibina  secepatnya demi memberi pembelajaran yang selesa dan sempurna kepada semua pelajar disini. Pembinaan (KPIISALH) bagi Fasa pertama bermula bulan Februari lalu. Tujuan utama   (KPIISALH) dibina melahirkan insan kamil iaitu pejuang dan pendakwah kepada Islam.
Pemberita di fahamkan, tempoh semua pelajar berada di sini selama 13 tahun. Pelajar di peringkat TASKI akan diberi pendedahan mengenai adab, akhlak dan hikmah, manakala di peringkat sekolah rendah mereka di beri pendedahan mengenai penyampaian dari sudut bahasa yang mengunakan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris  dan Bahasa Melayu. Sementara itu, bagi peringkat Sekolah Menengah pula pihaknya berhasrat membina sebuah kompleks  bersepadu pendidikan Islam integratif.
“Pada masa ini, masyarakat tidak fikirkan tentang peradaban lagi kerana terlalu sibuk dengan urusan lain dan amat menyedihkan apabila  peradaban seorang islam itu sudah tidak di amalkan lagi. Justeru untuk atasi masalah yang melanda masyarakat ini maka (SERIAHG) berpendapat  perlu menubuhkan (KPIISALH) bagi melahirkan tokoh-tokoh beribawa dan menjadi sejarah dunia.
Bagi melahirkan tokoh yang beribawa  perlu bermula di peringkat bawah untuk  melahirkan tokoh masa hadapan. Jika untuk melahirkan tokoh yang beribawa di peringkat Sekolah Menengah bagi saya sukar kerana pelajar telah didedahkan dengan berbagai budaya dan pergaulan bebas tanpa had”, ujar Dr Amran.
Ulasnya lagi, “pada zaman kegemilangan Islam anak-anak ketika usia belas tahun telah menjadi seorang pakar seperti ahli tahfiz dan sebagainya, Maka dengan itulah pada saya (SERIAHG) juga mampu melahirkan  tokoh-tokoh yang berjaya   seperti  Pakar Sains iaitu Ibnu Hitam mampu mencipta  Optik,  Al-Jazari Tokoh Kejuruteraan, dan sebagainya”. Beliau kata demikian dalam Majlis Perasmian Pembinaan Pembangunan Fasa Pertama Kompleks Pendidikan Islam Integratif SERI AL HUDA (KPIISALH) baru-baru ini di tapak pembinan, disitu.
Sementara itu, Rektor Kolej Universiti Insaniah Kedah Darul Aman, Profesor Datuk Dr Jamil Osman pula berkata, untuk pembinaan penubuhan sekolah bukan jalan mudah berbagai ujian akan di lalui. Namun perkara ini akan menjadi mudah apabila mendapat kerjasama semua pihak terutamanya penglibatan ibubapa dan masyarakat umum yang prihatin tentang pendidikan anak-anak.
Pembangunan sekolah sekarang ini adalah kebanyakan sekolah swasta integrasi yang menekankan aspek agama dan akademik, katanya.
Menurutnya pendidikan yang terdapat di  semua sekolah kebangsaan tidak mengcukupi untuk di bekalkan kepada semua pelajar sehingga tidak memberi kepuasan kepada ibubapa. Di Sekolah kebangsaan pelajar tidak di dedahkan latihan dan amali tetapi di sekolah swasta integrasi agama pendedahan tersebut diberikan. Justeru ramai ibubapa sanggup korbankan wang untuk menghantar anak-anak  ke sekolah agama integrasi  bagi membekalkan ilmu yang lebih sempurna  untuk melahirkan  ramai golongan tokoh pelajar professional yang mengamalkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Dalam pada itu Datuk Dr Jamil juga turut memberi contoh kebanyakan pelajar di sekolah kebangsaan tidak solat berjemaah dengan guru-guru mahupun dengan rakan-rakan. Apabila pulang ke rumah mereka leka dan terus tidak solat. Hal ini tidak juga di buat pemantauan oleh ibubapa lebih-lebih apabila ibubapa yang bekerja. Tetapi di Sekolah Agama Integrasi  pelajar akan solat berjemaah bersama guru-guru dan rakan-rakan, bertadarus quran, usrah dan sebagainya. Mereka di tarbiyah dengan amal-amal solih. Inilah yang memberi perbezaan antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama integrasi.
Bagi Datuk Dr Jamil, ibubapa yang menghantarkan anak-anak ke Sekolah Agama Integrasi adalah untuk memastikan anak-anak mendapat 5A yang bukan hanya akademik tetapi 5A itu merangkumi Akademik, Agama, Al-Quran, Amali dan Akhlak.  Kebanyakan ramai pelajar yang keluar daripada Sekolah Agama Integrasi Berjaya dengan cemerlang.
“Saya berharap dengan usaha (SRIAHG) membina kompleks pendidikan Islam Integratif SERI Al Huda  (KPIISALH)  ini akan melahirkan ramai tokoh pelajar  professional dan menjadi Sekolah terkemuka di Malaysia”, katanya dalam ucapan Majlis Perasmian bangunan fasa pertama (KPIISALH)  pagi kelmarin. Hadir sama YDP ABIM Wilayah, Ustaz Mohd Muszaki Mohd Ozir, Ketua Kampung Sungai Chincin Tuan Khazari.
Di fahamkan, baru-baru ini SRIAHG telah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor PR sebanyak RM40 Ribu bagi membantu pembinaan Kompleks. 

Editor : Khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI