Sunday, May 12, 2013

Kem Mahabbah Mentor Mentee Bantu Pelajar Bersifat Kepimpinan



Gombak,  13 Mei : Kem Mahabbbah Mentor Mentee EMAS SERI Al-Huda siri ketiga akan diadakan pada Julai, 2013.


AJK,BAKA Hajah Rusnani Nasir berkata,  Alhamdulilah Kem Mahabbah Mentor Mentee Emas yang berlangsung pada 23 Mac  lalu hampir 100 pelajar dari tahun 3 sehingga 6 telah mengikutinya.

Dengan mendapat kerjasama semua pihak, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan siri kedua pada 7 April dan siri ketiga akan berlangsung pada 7 Julai, 2013 ‘Kuliyyah of Education’ Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Menurut Rusnani, program ini merupakan satu program usahasama di antara Kelab Titian Wahyu UIAM dengan BAKA Seri Al Huda, dan merupakan program pertama bagi tahun 2013 di bawah projek EMAS Kelab Titian Wahyu di bawah bimbingan CENSERVE UIAM. Pelajar-pelajar UIAM yang merupakan ahli-ahli Kelab Titian Wahyu bertindak sebagai mentor atau pembimbing bagi pelajar-pelajar Seri Al Huda yang berada di tahun 3, 4 dan 5.

Jelas beliau lagi,  selain pelajar diberikan berbagai slot, ibubapa juga diberikan sesi taklimat   oleh pihak Kelab Titian Wahyu dan ucapan oleh Profesor Madya Dr. Omar bin Zakaria selaku Pengerusi BAKA, ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar Seri Al Huda, Hajah Surayah Sarit pula berkata, alhamdulilah program Mentor Mentee yang diadakan setiap tahun untuk pelajar tahun 3 sehingga 6 mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan ibu bapa .

Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik di sepanjang program antaranya aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat bekerjasama dan sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri pelajar, aktiviti riadah seperti ‘explorace kids’ dan permainan bermodul, skil komunikasi, qiamullail, persembahan berkumpulan dan sebagainya.

Saya berharap projek EMAS ini akan terus mendapat sokongan dan sambutan daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar Seri Al Huda dan mencapai objektif dan matlamat yang digariskan, kata Surayah kepada media. 

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI