Tuesday, November 13, 2012

Najib lupa ke Projek Kondomonium Batu Caves Projek UMNO??

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terlupa untuk menyelidik pemilik sebenar projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sebelum membuat pengumuman untuk membatalkan projek tersebut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dihubungi memberitahu adalah satu perkara yang melucukan apabila pihak yang meluluskan projek tersebut ingin membatalkannya semula bagi mendapatkan sokongan undi.

"Dia (BN) yang lulus lepas dia pulak hendak batalkan, ini tindakan yang amat melucukan.

"Saya rasa Najib tidak membuat penyelidikan sepenuhnya siapa pemilik projek tersebut sebelum beliau mengumumkan pembatalan sekiranya BN menawan Selangor," jelasnya.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat  turut menyatakan tindakan Najib itu dilihat amat terdesak apabila sokongan dari orang Cina dan India terhadap BN mula merosot.

"Beliau ingin mendapat kembali undi dari kaum India sebab itulah terpaksa membuat pengumuman yang memalukan.

"Walhal semua rakyat sudah mengetahui siapa sebenarnya pemilik projek kondominium tersebut, sudah lima tahun tanpa ada pengumuman tiba-tiba bila hampir pilihan raya pengumuman tersebut dilakukan," sambung beliau lagi.

Semalam, Najib telah mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

Beliau membuat pengumuman itu ketika  berucap di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan kompleks Batu Caves.

Namun sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu dalam kenyataan pada 7 November memberitahu kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek tersebut bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

Recharged Jihad, Jom Tengok Video PAS Gombak




Alhamdulilah, moga dengan terbitnya video clip PAS gombak, akan terus berusaha untuk memantapkan gerak kerja menentang kezaliman UMNO pada PRU13 nanti Insya-Allah..

Uncle Kong, Zaim, Rashid, sahabat2 dan sahabiah lain, tahniah atas kerjasama ini. Allahhuakhbar.

3 Jenis UMNO.

Kuala Kangsar : Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan bahawa dalam UMNO ada tiga jenis yang perlu diketahui oleh setiap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. demikian kesimpulan yang dibuat oleh  beliau ketika menyampaikan ceramah di Pekan Karai, Kuala Kangsar baru-baru ini.

Menurut beliau dengan mengetahui dan mengenali golongan-golongan yang berada dalam UMNO ini ianya akan memudahkan ahli Pakatan Rakyat untuk memasang stratagi bagaimana untuk mendekati mereka dan seterusnya bagi mendapatkan undi ketika pilihanraya umum nanti.

Golongan pertama ialah Ahli UMNO yang berada dalam UMNO untuk mencari makan, golongan ini tidak sukakan UMNO tetapi kerana desakan dan keperluan hidup maka mereka mendekati UMNO hanya semata-mata duit sahaja. Golongan ini sukar untuk didekati kerana selagi UMNO bernyawa maka selagi itu jugalah mereka akan hidup bersama UMNO.

Golongan yang kedua ujar beliau pula adalah ahli UMNO yang betul-betul berjuang demi bangsa, agama dan negara. Namun golongan ini sebenarnya tertipu dengan pelbagai slogan tiruan UMNO.

seterusnya adalah goloongan yang benar-benar ikhlas menyertai UMNO tanpa mengira penat lelah memepertahankan dan memperjuangkan umno, majoriti golongan ini berada dikampung-kampung dan mereka inilah yang berjuang untuk UMNO.

Kesimpulannya, daripada tiga jenis golongan ini, golongan kedua dan ketiga adalah golongan yang boleh didekati, namun ahli dan penyokong perlulah bijak dalam mengatur strategi supaya undi mereka ini diperolehi dalam pilihanraya umum nanti. ujar beliau lagi.

Tingal Urusan Dunia Seketika Untuk Bersama Sambut Maalhijrah 1434H

Alhamdulilah, untuk beberapa jam lagi kita semua akan masuk tahun baru islam Maal Hijrah 1434H. 

(Pakat-pakat tinggalkan urusan dunia kita untuk penuhkan masjid dan surau berhimpun sebelum asar). Bawalah ahli keluarga, anak-anak kita untuk sama menyambut maalhijrah.

(Set alarm, kalau kita memang orang yang paling sibuk, jam 5.30 pm balik atau jika di office lagi, kita bertanggungjawab ajak kakitangan sama-sama solat jemaah doa akhir tahun). Setiap tahun memang ingatkan sahabat sahabiah, adik2 kampus kalau tidak pasti yang merungus kenapa tak ingatkan..


Sama-sama mengangkat tangan dengan membaca doa akhir tahun. Semoga amal diterima, terhapusnya dosa kita lakukan tanpa disedari dengan bina kehidupan baru menjadi mukmin sejati, insya-Allah.

Apakah persiapan kita untuk bertemu tahun maalhijrah sudah dilakukan. 

Sebelum tutup kamus 1433H, apakah kita sudah melihat pencapaian yang telah kita perolehi?? 

Justeru, sebelum kita menutup terus dairy kehidupan sebagai khalifah, marilah kita bersama-sama muhasabahkan diri, mengapa  matlamat kita tidak tercapai, jika tercapai alhamdulilah tetapi seandai sebaliknya maka seharusnya kita list kembali dimana silapnya. 

Untuk tahun ini, bukan sekadar untuk hijrahkan diri kita sendiri tetapi berusahalah untuk membawa dan mengajak orang-orang yang terhampir dengan kita terutamanya ahli keluarga untuk hijrah. 

Bukan semudah itu, untuk membawa ahli keluarga untuk hijrahkan diri, namun kita hanya mampu lakukan dengan beri kesedaran melalui dakwah bil hal, doa dan tawakal. 

Hidayah itu Allah SWT yang berikan kepada hambanya. jangan sekali kita berputus asa.. Terus, dan teruskan kehidpuan ini dengan menjadikan sabar sebagai pakaian kehidupan kita walaupun di kritis. Hidup ini memang banyak ujian dan tribulasinya.

Sesungguhnya Allah tidak uji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Tiap apa yang berlaku ada hikmah daripada Allah SWT sebagai penghapus dosa, kasih sayangnya pada umatnya. 

Untuk tidak membuang masa, penulis tidak berniat untuk celoteh panjang lebar kerana masih banyak tugas perlu dilaksanakan. Sedikit coretan untuk kita sama-sama menguzlahkan diri kearah kebaikan untuk keluarga, masyarakat dan orang-orang sekeliling kita. 

HIJRAH yang paling baik adalah meninggalkan segala apa yang Allah larang ..
  
Jom hijrahkan diri kepada yang lebih baik..! semoga makin bertambah umur, semakin banyak amal kebaikan yang kita lakukan.. :')

SELAMAT TAHUN BARU BUAT AHLI KELUARGA TERCINTA, EMAK, UMMI dan semua guru-guru yang mendidik, semua sahabat-sahabiah seperjuangan. 

Suara Editor : Khaulau Azwar 

Sunday, November 11, 2012

JAIS dialukan siasat Nurul Izzah Leraikan Kekeliruan


Kerajaan UMNOlah harus disalahkan dalam isu murtad

SHAH ALAM, 12 NOV : Kerajaan Umno-BN seharusnya menyalahkan diri sendiri berhubung isu umat Islam murtad kerana sejarah membuktikan ia berlaku di zaman pentadbirannya apabila permohonan sebahagian umat Islam diluluskan bagi tujuan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes murtad di sisi Islam adalah satu kesalahan besar yang tidak sewajarnya dibenarkan.

Menurutnya, kenyataan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
pada tahun lepas terdapat sejumlah 168 permohonan murtad diluluskan, perlu direnung secara serius oleh kerajaan Umno-BN sebelum menyalahkan pihak lain dengan isu yaang belum pasti kesahihannya.

“Kita pun rasa pelik macam mana majlis agama boleh meluluskan untuk orang murtad kerana kalau dilihat dalam peraturan Islam, murtad ini satu kesalahan besar dan tidak sepatutnya jabatan agama atau menteri yang bertanggungjawab membuat kelulusan.

“Sepatutnya mereka yang nak murtad itu dibimbing dan dipertahankan akidah melalui majlis bimbingan atau dihantar ke program pemantapan akidah. Kita rasa dukacita dengan kenyataan tersebut apabila permohonan mereka diluluskan, maka apa sebenarnya kita perlu mendapat penjelasan lanjut daripada beliau (Jamil Khir),” katanya  dalam sidang media  hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, bagi pimpinan PAS isu berkaitan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim secara tiba-tiba diperbesarkan oleh pemimpin Umno-BN dengan laporan di media arus perdana kawalannya.

Beliau berkata, isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan dan maklumbalas daripada Nurul Izzah sendiri perlu bagi penjelasan sebenarnya terhadap apa dinyatakan.

“Apa sebenarnya yang diucap? Bila kita mengulas laporan Utusan Malaysia sebab Utusan Malaysia memang memfitnah dan memutarpelitkan kenyataan sebenar.

“Saya fikir isu ini bukan untuk mencegah dan menyelamatkan soal akidah kerana sebelum ini Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, langsung tidak dikritik oelh pemimpin Umno-BN pun dan juga kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menolak hukum hudud,” katanya.

Dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”yang berlangsung baru-baru ini, Nurul Izzah selaku penalis didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Nurul Izzah bagaimanapun menafikan perkara itu dan hadir membuat penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sabtu lepas.

PAS Malaysia Hantar Memorandum Sebar Fitnah LGBT

“Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT….”

Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima beberapa panggilan dan pertanyaan dari pihak media berkenaan kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan-wartawan.

Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.

Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti kompenan di dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang mencetuskan fitnah ini bahkan yang menyebarkan fitnah ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai akhlak yang mulia. 

Membuat satu-satu kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan manakala menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan dan kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan ?

Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.

NASRUDIN HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI