Kuala Kangsar : Ketua
Penerangan PAS Pusat, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan bahawa
dalam UMNO ada tiga jenis yang perlu diketahui oleh setiap ahli dan
penyokong Pakatan Rakyat. demikian kesimpulan yang dibuat oleh beliau
ketika menyampaikan ceramah di Pekan Karai, Kuala Kangsar baru-baru ini.
Menurut
beliau dengan mengetahui dan mengenali golongan-golongan yang berada
dalam UMNO ini ianya akan memudahkan ahli Pakatan Rakyat untuk memasang
stratagi bagaimana untuk mendekati mereka dan seterusnya bagi
mendapatkan undi ketika pilihanraya umum nanti.
Golongan
pertama ialah Ahli UMNO yang berada dalam UMNO untuk mencari makan,
golongan ini tidak sukakan UMNO tetapi kerana desakan dan keperluan
hidup maka mereka mendekati UMNO hanya semata-mata duit sahaja. Golongan
ini sukar untuk didekati kerana selagi UMNO bernyawa maka selagi itu
jugalah mereka akan hidup bersama UMNO.
Golongan
yang kedua ujar beliau pula adalah ahli UMNO yang betul-betul berjuang
demi bangsa, agama dan negara. Namun golongan ini sebenarnya tertipu
dengan pelbagai slogan tiruan UMNO.
seterusnya
adalah goloongan yang benar-benar ikhlas menyertai UMNO tanpa mengira
penat lelah memepertahankan dan memperjuangkan umno, majoriti golongan
ini berada dikampung-kampung dan mereka inilah yang berjuang untuk UMNO.
Kesimpulannya,
daripada tiga jenis golongan ini, golongan kedua dan ketiga adalah
golongan yang boleh didekati, namun ahli dan penyokong perlulah bijak
dalam mengatur strategi supaya undi mereka ini diperolehi dalam
pilihanraya umum nanti. ujar beliau lagi.
No comments:
Post a Comment