Monday, June 18, 2012
Tazkirah : Fahami ISLAM Sebaiknya
Sunday, June 17, 2012
Reading Break 15m’ Dapat Sambutan
Berikutan kejayaan Program “15 Minutes Reading Break” yang diperkenalkan di seluruh Selangor semenjak Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana dan Pesta Buku Selangor pada 2010, Program ini diteruskan tahun ini.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata “pencapaian dengan catatan rekod bacaan serentak hampir 15,000 orang.
Ia sangat membanggakan dan menimbulkan idea bagi mengembangkan program itu ke semua daerah dengan tujuan memupuk minat membaca di kalangan rakyat”.
Menurutnya, budaya membaca di kalangan masyarakat perlu dipupuk dari peringkat awak usia supaya ianya menjadi amalan dalam kehidupan.
“ Bagi menggalakan anak-anak suka membaca, sudah pasti ibubapa harus tanamkan diri suka membaca terlebih dahulu.
“Cara untuk mendidik anak-anak yang malas membaca ialah apabila melihat orang dewasa membaca.
“Apabila Anak –anak melihat semuan orang suka membaca maka mereka juga akan suka membaca, itulah cara paling mudah dan berkesan untuk anak-anak meminati hobi dikenali membaca.
“Dalam program tersebut kita telah berjaya mewujudkan satu budaya membaca melibatkan semua peringkat usia dan masyarakat hingga mencipta rekod membasa selama sejam di peringkat kebangsaan.
Maka dengan kejayaan ini Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah membawa program ini ke semua daerah di negeri ini,” katanya dalam majlis perasmian Program “15 Minutes Reading Break” Daerah Kuala Langat di Dataran Banting di sini.
Seramai lebih 1,100 peserta termasuk pelajar, guru-guru, ibu bapa dan tetamu lain hadir dalam program berkenaan.
Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Mastura Mohamad.
Najib Di Desak Hentikan Keresahan Semua Bakal Haji

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu segera mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum PRU-13 akan datang bagi menghilangkan keresaan yang dihadapi bakal haji pada waktu ini.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, selagi perdana menteri itu tidak mengumumkan bila tarikh PRU-13 akan diadakan, selagi itu bakal haji berada dalam keresahan dengan desas-desus yang ditimbulkan.
"Najib perlu mengumumkan tarikh pilihan raya supaya orang Islam dapat mengerjakan haji secara aman dan tenteram.
"Mereka boleh membuat perancangan jika sekiranya tarikh pilihan raya diadakan pada bulan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor, di Auditorium Jubli Perak, Bangunan SUK, di sini, pagi tadi.
Beliau mengulas spekulasi yang mengatakan pilihanraya akan diadakan pada musim haji iaitu pada bulan Zulhijah atau pertengahan Oktober sehingga pertengahan November.
Awal minggu lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti yang terlibat secara langsung dalam pilihanraya seperti calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya agar menangguhkan rancangan untuk menunaikan ibadah haji ekoran desas desus itu.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perdana menteri kini berada dalam kebingungan untuk menentukan tarikh tersebut ekoran pelbagai masalah sedang dihadapinya yang menjejaskan BN secara keseluruhan.
"Beliau menghadapi beban berat menggalas isu isterinya, dalaman parti, Bersih 3.0 yang tersebar ke seluruh dunia dan isu beliau sendiri dikait dengan Scorpene," katanya.
Facebook PAS Selangor

Terdahulu dalam program hari ini, PAS Selangor turut melancarkan laman peminat Facebook mereka.
Ianya sebagai medium rasmi PAS negeri menyalurkan maklumat khususnya dalam mendekati golongan belia di negeri itu.
Face "PAS Selangor" itu boleh akses di pautan https://www.facebook.com/pas.selangor .
Hadir sama program hari ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, Timbalan Pesuruhjaya Iskandar Abdul Samad, Sallehem Muhyi, Khalid Samad, Setiausaha Mohd Khairuddin Othman, Bendahari Izham Hashim, Ketua Penerangan Saari Sungip.
Selain itu turut hadir Ketua Dewan Ulama Ustaz Mohamad Zain Abdul Rahman, Ketua Pemuda Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan, Ketua Muslimat Wan Hasrina Wan Hassan dan kepimpinan dari kawasan seluruh negeri.
Dianggarkan lebih 2,000 orang hadir dalam program fasa pertama ini sebelum himpunan besaran akan diadakan di Stadium Kuala Selangor pada 15 Julai 2012 nanti.
Thursday, June 14, 2012
Ustaz Yahya: Murabbi tak pernah lelah mendidik
Program mereka yang sering ana bawa adik-adik kampus untuk penuhkan ilmu dalam dada.
Ye kerana sedar ilmu Allah itu maha luas, semakin di cungkil, semakin dalam. Maka dengan itulah senantiasa mendampingi insan-insan yang kata-katanya penuh hikmah.
Menitis juga airmata ini, murabbi ku pergi untuk selamanya :(
Baru bulan lepas ana kehilangan wan yang dikasihi, kini ana kehilangan murabbi yang banyak membimbing diri yang dhaif.
Kadangkala semangat untuk meneruskan kehidupan ini bagaikan ombak, sekejap naik, sekejap turun.
Semangat meneruskan kehidupan yang di kumpul beberapa minggu sejak kehilangan wan, kini badai ombak hempas lagi..
Ya-Allah bagilah kekuatan pada hambamu yang lemah.:(
Siapa yang ikuti pengajian allahyarham pasti rasa kehilangan besar.
Cuti baru-baru ini, ana bertemu dengan Dr Supyan, Maha suci Allah, ketika itulah katanya perlu siapkan assignment secepatnya.
Ana terkedu, sempatkah..kenapa ana berkata macam tu, fikiran ana amat kuat pada murabbi ini.. oo semua ada hikmahnya..
Wah, Ustaz Yahya masih muda bertenaga” kata saya teruja pada teman apabila melihat Ustaz Yahya yang kelihatan merenung para peserta program musim sejuk anjuran MISNA. Bersebelahnya ialah almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga kelihatan masih bertenaga. Berselang sejam lebih selepas itu, teman saya wartawan Harakah, Nazri menelepon dengan suara cemas “Ustaz Yahya telah dijemput untuk berkelana ke alam abadi”.
Airmata terasa deras mengalir kerana tokoh murabbi PAS ini sangat tidak asing dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS). Anak muda aktivis gerakan Islam negara ini rasanya semua mengenali dengan dekat sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis oleh Ikhwanul Muslimin.
Almarhum juga adalah tokoh ulama PAS Pusat yang juga begitu akrab dengan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz Yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Saat itu, kesan daripada percikan kebangkitan Islam, negara dahagakan sentuhan ulama-ulama haraki dan beliau sebaris namanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rusdi, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar dan nama-nama besar lain penggerak tarbawi. Tidak menjadi rahsia bahawa kesan daripada tarbiah beliau kepada ahli PAS terutama pemuda PAS di penghujung dekad 1970an dan awal 80an, akhirnya berlaku transformasi kepimpinan pada tahun 1982 yang dikenali sebagai kepimpinan ulama.
Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan. Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu membuncah ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong. Almarhum juga di belakang penubuhan ILHAM dan juga menggerakkannya.

Hari ini dan seterusnya kita akan merindui sang murabbi ini, suara lirihnya juga tatapan mata bahagia dalam program tarbiah.
Nuansa sentiasa untuk mengukuhkan jamaah yang kita cintai, kerana kita dan almarhum menjiwai setulusnya bahawa tarbiah adalah tunjang kekuatan perjuangan. Gagah dan konsistennya harakatul ummah pada hari ini ialah kerana tarbiah yang berterusan untuk para pendokongnya. Kita ahli-ahli PAS tidak akan menjadi pahlawan kesiangan yang sarat dengan mimpi-mimpi indah untuk merengkuh Putrajaya namun mengambil mudah dan culas dengan program tarbiah.
Penulisan kami yang lemah, diabadikan untuk murabbi yang di kasihi.
Solat Jenazah Allahyarham Ust Yahya Othman : ¤ 15 Jun 2012 (Jumaat) ¤ Jam 9.00 Pagi ¤ Masjid Labok (Berdekatan Rumahnya), Machang
Pergi Tak Kembali-Ustaz Yahya Othman
Kalau org Pas tak kenal lelaki dalam gambar ni,tak tahu aku nak cakap ape...........Korg pergi mengaji lagi ler nampak gayanye......
AL-FATIHAH................
Mangsa Pukul Tuntut Rugi RM70 Ribu pada Ketua Wanita UMNO








