Wednesday, February 10, 2010

Jangan diskriminasi Adun Pakatan - Nizar

IPOH, 10 Feb: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mahu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mendiskriminasi Adun Pakatan dan menunjukkan keikhlasan jika benar-benar mahu mereka memberikan kerjasama.

Pada sidang media di Pejabat PAS Perak malam tadi, beliau berkata, Adun Pakatan sedia memberikan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan negeri namun segala sekatan ke atas Adun Pakatan Rakyat perlu dihentikan.

Ianya termasuk tidak menghalang peruntukan kepada setiap Adun Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.

Adun Pakatan juga perlu diberi kebenaran menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk kebaikan rakyat.

Nizar juga mahukan Kerajaan BN Perak memberikan ruang yang secukupnya kepada Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.

Pada sidang media itu juga Nizar turut menyatakan rasa sedihnya di atas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada Zambry, sambil menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh negara.

Keputusan yang dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan tersebut katanya, memperlihatkan seolah-olah menyokong kerajaan haram di Perak dengan hujah-hujah yang tidak konsisten berbanding dengan kes-kes yang hampir sama berlaku di Sabah.

Mengenai kemungkinan beliau membuat rayuan ‘review’ terhadap penghakiman tersebut, Nizar menegaskan beliau tidak berminat dan tidak mahu membuang masa kerana urusannya sangat rumit.

Nizar memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan sihat serta berkesan dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan dalam masa yang sama akan meneruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat yang prihatin terhadap masalah rakyat.


Juara Rakyat bukti Umno lemah

ALOR SETAR, 10 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, apabila pemimpin Umno menyatakan program Juara Rakyat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) membuktikan BN sudah hilang sokongan rakyat.

Sehubungan itu, tegasnya, PAS tidak tergugat dengan program Juara Rakyat yang sedang dianjurkan oleh Umno di seluruh negeri kebelakangan ini.

"Program tersebut hanyalah sebuah program turun padang bagi pemimpin parti mereka mendekati rakyat. Oleh kerana itu, PAS yang menerajui Pakatan Rakyat (PR) di Kedah tidak akan tergugat sedikit pun dengan program yang mereka anjurkan.

"Apabila pemimpin mereka menyatakan program tersebut mampu untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat Kedah kepada Barisan Nasional (BN), maka ia seolah-olah membuktikan BN sendiri sudah hilang sokongan rakyat dan cuba untuk meraih semula sokongan tersebut. Sekaligus ia membuktikan kelemahan diri mereka sendiri," ujarnya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, seandainya rakyat negeri ini tidak menyokong BN atau Umno, maka ini bererti rakyat juga menolak Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau juga menyelar dakwaan Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang mendakwa kerajaan negeri gagal menangani krisis air.

“Dakwaan Shafie gangguan air di Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech dan Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah tidak wajar dan bermotifkan politik semata-mata. Kedua-dua kawasan tersebut mempunyai dua situasi yang berbeza, tiada berlaku krisis air seperti didakwa oleh beliau di sana.

"Eloklah beliau meninjau masalah air di kawasannya sendiri di Semporna, Sabah terlebih dahulu, sebelum membuat kenyataan tidak tepat di negeri ini," katanya.

Menurutnya, gangguan bekalan air yang berlaku di Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech kerana bencana alam sehingga menyebabkan air di kawasan tersebut tercemar dan proses rawatan yang dijalankan mengambil masa sehari.

Tambahnya, gangguan itu juga adalah kerana aliran air yang tercemar kerana sisa-sisa kebakaran dari kawasan berhampiran.

Jelasnya, bekalan air di UUM tidak mencukupi kerana tidak dapat menampung permintaan penduduk yang telah bertambah sehingga mencecah seramai 30,000 orang berbanding sebelum ini hanya 15,000 orang.


Bangkit dengan semangat membara - Presiden PAS





KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.

Monday, February 8, 2010

Keputusan yg amat mendukacitakan..Dimanakah KeADILAN???





PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.














Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

p/s : Khaulah Said : Ana rasa benar2 terkilan dgn apa yg berlaku dinegara kita skrg. Sistrem Demokrasi yg tiada ketulusan lagi. Kalau Betul mr Zambry sorg yg benar, tidak merampas kuasa sambutlah cabaran PRK Negri perak ini. Bubar Parlimen.. Rakyat M'sia terutamanya di Negeri Perak sudah pasti merasa kecewa.. Berendamkan Airmata menyimpan satu perasaan kebencian yg meluat dihati keatas parti BN. Jika Parlimen dibubarkan ana pasti sokongan rakyat masih lagi berpihak pada PAS walaupun kini berbagai propaganda yg dimainkan oleh UMNO utk menjatuhkan PAS.

Tetapi....ingatlah ALLAH juga merancang yg terbaik utk kemenangan ISLAM..cuma kita sendiri kena bangkit & LAWAN dgn laknatuallah daripada jentera2 & pimpinan2 UMNO.. kalau tidak ..sudah pasti..utk mencapai kemenangan amatlah jauh sekali dgn sifat kita yg tiada hati utk bertarung demi utk perjuangan ISLAM... lihatlah Walaupun rakyat bangsa Cina/India..

seingat ana.. semasa bertugas di perak.. masya-allah hati ana tertanya2 dan merintih mengapa bangsa lain boleh memberi sokongan padu pada parti PAS. Mereka lilit bendera PAS di badan mereka sepanjang berkempen..setiap rumah mereka dipenuhi dengan bendera PAS.. bendera PAS menjadi kebanggaan mereka.. ye.. inilah BENDERA ISLAM yg harus dikibarkan diseluruh pelosok DUNIA..


Ana yakin janji ALLAH yg pasti.. pasti akan berlaku sesuatu diluar dugaan..rakyat akan bertindak dan lebih membuka mata dgn apa yg berlaku kini.. doa dipanjatkan agar rakyat seluruh m'sia bersatu hati.. teruskan kerja2 dakwah dan jgn berlengah... buangkan sifat kemalasan diri, pentingkan diri..kini bukan masa utk berlengah seminit kita terlepas.. musuh telah memasuki ruang2 utk menyebarkan dakyahnya..HANCUR UMNO...

Cita2 utama ana dan semua pejuang ISLAM sudah pastinya adalah mengkuburkan UMNO..walaupun mengambil masa..ttp kalau ALLAh sudah berkata QUN FA YAKUN..maka akan terjadilah... tunggu dan lihat... ALLAHHUAKBAR...

Saturday, February 6, 2010

Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Infrastruktur di Kg tengah 1


Gombak – Kehadiran YB Dato’ YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam / Adun Gombak Setia bersama MPS, JPS, JKR, Pej. Tanah, Ahli Majlis, MPS di Zon Gombak, Ketua-ketua Kg., Nazir Masjid baru-baru ini di Kg. Tengah 1, bagi melihat kawasan-kawasan bermasaalah serta menaiktaraf infrastruktur sedia ada dari satu tempat ke satu tempat di sekitar Gombak.

Ketibaan YB Dato’ telah disambut oleh Ketua Kg dan beberapa orang penduduk di Kg. Tengah bagi melihat sistem perparitan yang masih tidak dinaiktaraf.

YB Dato’ telah difahamkan oleh penduduk dan ketua kg. bahawa laluan jalan raya yang sediada, adalah terlalu sempit kadangkala menyebabkan kenderaan akan berselisih dan terpaksa berundur untuk memasuki kawasan pedalaman di Kg. Tengah.

Ekoran daripada pemasalahan tersebut, kenderaan yang melalui kawasan berkenaan sering sahaja masuk dalam parit/longkang kerana lampu jalan yang tidak terang dan longkang juga tidak dinaiktaraf.

Selain daripada itu, apabila musim hujan, banjir juga mudah berlaku dan air longkang telah memasuki rumah penduduk disekitar kawasannya.

Ahli Majlis, MPS Zon 11 Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong apabila meninjau di kawasan tersebut terutama melihat di dalam longkang beliau berkata ” Sikap masyarakat yang sukar diubah kerana tidak mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan walaupun disekitar rumah sendiri”.

Walaupun kerap diadakan kempen kebersihan alam sekitar tetapi masyarakat masih tidak dapat membuang sikap mereka dan kesannya adalah kawasan mereka dihinggapi Lalat, Air sukar mengalir apabila sampah sarap dibuang dalam longkang ini menyebabkan Nyamuk Aedes mudah membiak dan akhirnya kawasan berkenaan dikatakan Kes Demam denggi tertinggi.

Beliau melahirkan rasa kesal keatas sikap masyarakat yang kadangkala sering mengatakan bahawa Ahli Majlis MPS, JPS tidak mengambil perhatian diatas pemasalahan yang berlaku apabila dibuat aduan.

Tetapi adakah mereka sedar bahawa setiap aduan dibuat telah diambil perhatian oleh pihak berkuasa tetapi yang tidak memberi kerjasama adalah diri kita sendiri yang suka membuang sampah merata tempat. Sikap negatif ini sukar dibendung oleh mereka sendiri.

Pn Khatifah berkata lagi, seandainya kita semua bekerjasama, ambil berat terhadap kebersihan alam sekitar, insya-ALLAH tidak berlakunya masalah longkang tersumbat dan lain-lain.

Beliau berkata ketika bersama membuat lawatan di Kg. tengah bersama YB Dato’ dan semua agensi ” Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan masalah kemelut hidup. Kita perlu cari dimana puncanya atau tujuannya. Kita perlu kembali ke pangkal ” Back to Basic” bermula daripada diri sendiri.

Mari kita selami dan kenali siapa kita yang sebenarnya ” Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Dan untuk membaiki manusia baikilah hatinya.” Masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati” katanya.

Setelah mendengar dan melihat kawasan berkenaan, YB Dato’ telah memberi cadangan agar pihak JKR, MPS, JPS membuat laluan sehala sahaja dan bagi masalah longkang pula beliau berpendapat perlu dinaiktaraf dan longkang tersebut perlu ditutup. Lampu jalan juga harus dibaiki untuk keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk.

Editor : Khaulah Azwar

Sambutan hangat ceramah Anwar di Ayer Tawar

Kes tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan secara memualkan sedikitpun tidak menjejaskan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin besar negara.

Kehadiran ribuan rakyat di dewan Kutien, Ayer Tawar malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PR negeri Perak. Program ceramah Perdana anjuran PR Perak sempena setahun rampasan kuasa oleh BN terhadap kuasa rakyat mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Siri program setahun rampasan kuasa sejak dilancarkan seminggu yang lalu sentiasa mendapat sambutan hangat rakyat.

Tohmahan UMNO BN kononnya rakyat tidak bersama PR adalah meleset. Pengaruh Anwar ternyata semakin menebal walaupun kes perbicaraan yang sedang berjalan sekarang cukup memualkan dan menjijikkan, namun rakyat yakin itu semua konspirasi jahat UMNO BN.

Program tersebut juga mengukuh dan mengeratkan hubungan akrab antara sesama pimpinan PR negeri Perak dan Pusat. UMNO BN menjaja kononnya PR semakin rapuh ekoran isu di Pulau Pinang yang sengaja dicipta dan dimainkan oleh media.

Dulu mereka memainkan isu perpecahan PR di Kedah, kemudian Selangor kini Pulau Pinang pula. Semuanya gagal belaka. PR semakin utuh dan kukuh. Rakyat pula semakin hilang keyakinan kepada UMNO BN.

Kehadiran YB Lim Kit Siang yang mewakili DAP Pusat di Dewan Kutien memusnahkan harapan UMNO BN yang mahu melihat PR berpecah dan bergeseran. Kebanyakan semua pimpinan PR negeri Perak hadir dalam program malam tadi.

Pagi esok pimpinan PR akan menjelajah seluruh Perak bertemu rakyat di setiap DUN. Mereka akan singgah di beberapa tempat orang ramai seperti kedai kopi, pasar raya, berjamaah di masjid untuk solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Kemuncak program ialah ceramah gempur di Parit Buntar dan Teluk Intan.

Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB DS Nizar.

p/s: Khaulah Azwar said : Erm, rasa berdebar2 ana dibuatnya apabila mendengar berita menyatakan selasa ini semua masyarakat m'sia akan mengetahui siapakah layak menjadi MB di Negeri Perak?? Rasa penat, dibuatnya..rasa ana kenapale perlu dibuat PRK perak thn lepas kalau jadi begini. Kenapa UMNO tak boleh terima kenyatan bahawa yang selayaknya memegang jwtn MB adalah Sdr. Nizar??

Nasib masyarakat negeri perak diuji pampasan kuasa oleh Muka tak tahu malu yg bergelar MB skrg, Mr Zambry...Berbagi tektik kotor dimainkan oleh puak pimpinan UMNO.. tetapi ana yakin perancangan ALLAH adalah yg terbaik..

Doa sering dipanjatkan agar negeri2 di pakatan rakyat sentiasa dibwh penjagaan lembahyung rahmat ALLAH swt hendaknya, andai jd sebaliknya maka sabar, muhasabah diri perlu ada dlm diri kita semua kerana itulah cubitan ksh syg ALLAH pd kita agar lebih bekerja kuat, pertahankan kemenangan ISLAM melalui perbaiki amal dan kerja2 jemaah kita dgn lebih mantap.

Semoga kesatuan hati kita akan diberi oleh ALLAH dalam membantu agamaNya semuanya berkemungkinan.. ada hikmah tersendiri semoga rakyat boleh menilai dimana yg haq dan batilnya.. waallahualam...

Wahai Menteri, berhentilah beretorik


Kerajaan meluluskan 100,000 pekerja asing baru untuk tempoh lima bulan kerana permintaan syarikat untuk pekerja asing semakin meningkat. Peningkatan ini berlaku berikutan pemulihan ekonomi.

Kerajaan mengambil langkah itu juga kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk menerima tawaran syarikat berkaitan.

Sementara syarikat berkaitan pula ketika diminta oleh kerajaan menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik pekerja tempatan tidak sanggup melakukan demikian.

Itu petikan kenyataan menteri. Boleh baca di bawah sekali. Saya musykil dalam beberapa perkara.

Pertama, betulkah 100,000 pekerja asing itu untuk keperluan industri atau untuk keperluan kroni? Bukankah ramai pemimpin Umno berniaga ‘orang’? Dan, mereka menjadi kaya dengan perniagaan itu.

Kedua, betulkah rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan? Atau, syarikat berkenaan tidak mahu mengambil pekerja tempatan kerana mengelak tanggungan bebarapa kos yang tidak perlu ditanggung ke atas pekerja asing?

Ketiga, kerajaan berkata ekonomi negara semakin pulih. Kalau begitu, mengapa syarikat tempatan tidak bersedia menawarkan gaji yang setimpal untuk pekerja tempatan?

Bagi saya, kerajaan bohong dan bermain silap mata dalam isu ini. Bagaimana?

Pertama, kalau dikatakan pekerja tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan, itu bohong di siang hari. Kalau ada pun bilangannya sangat kecil. Bukan rakyat tidak mahu bekerja tetapi sektor perkilangan tidak bersedia menerimanya. Sektor perkilangan ada alasan tersendiri.

Pengalaman berada di syarikat swasta sekarang, setiap hari ada sahaja permohonan daripada lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk bekerja termasuk di sektor perkilangan. Mereka sanggup bekerja walau pun secara kontrak, bahkan dengan gaji yang seadanya. Asalkan mereka ada kerja.

Bukan pekerja yang memilih pekerjaan tetapi sektor industri yang memilih.

Kedua, kalau ekonomi negara sudah pulih, sepatutnya sektor perkilangan bersedia menaikkan gaji setimpal untuk pekerja tempatan. Mereka mengambil pekerja asing kerana bebanan kewangan. Kerajaan berbohong dengan kenyataan ekonomi negara sudah pulih.

Ketiga, pengambilan pekerja asing dibuat untuk penjimatan kos operasi. Mereka boleh ditamatkan perkhidmatan termasuk diperah keringat mereka dengan mudah oleh majikan. Di samping itu ramai pemimpin Umno yang tumpang senang dan kaya dengan pengambilan pekerja asing.

Pengurangan jumlah pekerja asing juga bukan sepenuhnya bertolak daripada kebertanggungjawaban kerajaan dalam isu ini tetapi lebih kepada ‘pengalihan isu’. Isu sebenarnya, Malaysia bukan lagi tumpuan pekerja asing. Di samping ‘bangkai’ cari makan dengan berniaga pekerja asing yang dibuat oleh pemimpin Umno / BN sudah tidak boleh ditutup lagi.

Pemimpin Umno / BN usah berbohong dengan perkara ini. Kepada bapa menteri, cukup-cukuplah dengan retorik ekonomi semakin pulih. Mengaku sajalah bahawa Umno / BN memang telah hilang stamina untuk memulihkannya.

Rakyat sudah tahu itu semua. Cuma rakyat menunggu masanya sahaja.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI