Saturday, February 6, 2010

Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Infrastruktur di Kg tengah 1


Gombak – Kehadiran YB Dato’ YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam / Adun Gombak Setia bersama MPS, JPS, JKR, Pej. Tanah, Ahli Majlis, MPS di Zon Gombak, Ketua-ketua Kg., Nazir Masjid baru-baru ini di Kg. Tengah 1, bagi melihat kawasan-kawasan bermasaalah serta menaiktaraf infrastruktur sedia ada dari satu tempat ke satu tempat di sekitar Gombak.

Ketibaan YB Dato’ telah disambut oleh Ketua Kg dan beberapa orang penduduk di Kg. Tengah bagi melihat sistem perparitan yang masih tidak dinaiktaraf.

YB Dato’ telah difahamkan oleh penduduk dan ketua kg. bahawa laluan jalan raya yang sediada, adalah terlalu sempit kadangkala menyebabkan kenderaan akan berselisih dan terpaksa berundur untuk memasuki kawasan pedalaman di Kg. Tengah.

Ekoran daripada pemasalahan tersebut, kenderaan yang melalui kawasan berkenaan sering sahaja masuk dalam parit/longkang kerana lampu jalan yang tidak terang dan longkang juga tidak dinaiktaraf.

Selain daripada itu, apabila musim hujan, banjir juga mudah berlaku dan air longkang telah memasuki rumah penduduk disekitar kawasannya.

Ahli Majlis, MPS Zon 11 Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong apabila meninjau di kawasan tersebut terutama melihat di dalam longkang beliau berkata ” Sikap masyarakat yang sukar diubah kerana tidak mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan walaupun disekitar rumah sendiri”.

Walaupun kerap diadakan kempen kebersihan alam sekitar tetapi masyarakat masih tidak dapat membuang sikap mereka dan kesannya adalah kawasan mereka dihinggapi Lalat, Air sukar mengalir apabila sampah sarap dibuang dalam longkang ini menyebabkan Nyamuk Aedes mudah membiak dan akhirnya kawasan berkenaan dikatakan Kes Demam denggi tertinggi.

Beliau melahirkan rasa kesal keatas sikap masyarakat yang kadangkala sering mengatakan bahawa Ahli Majlis MPS, JPS tidak mengambil perhatian diatas pemasalahan yang berlaku apabila dibuat aduan.

Tetapi adakah mereka sedar bahawa setiap aduan dibuat telah diambil perhatian oleh pihak berkuasa tetapi yang tidak memberi kerjasama adalah diri kita sendiri yang suka membuang sampah merata tempat. Sikap negatif ini sukar dibendung oleh mereka sendiri.

Pn Khatifah berkata lagi, seandainya kita semua bekerjasama, ambil berat terhadap kebersihan alam sekitar, insya-ALLAH tidak berlakunya masalah longkang tersumbat dan lain-lain.

Beliau berkata ketika bersama membuat lawatan di Kg. tengah bersama YB Dato’ dan semua agensi ” Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan masalah kemelut hidup. Kita perlu cari dimana puncanya atau tujuannya. Kita perlu kembali ke pangkal ” Back to Basic” bermula daripada diri sendiri.

Mari kita selami dan kenali siapa kita yang sebenarnya ” Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Dan untuk membaiki manusia baikilah hatinya.” Masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati” katanya.

Setelah mendengar dan melihat kawasan berkenaan, YB Dato’ telah memberi cadangan agar pihak JKR, MPS, JPS membuat laluan sehala sahaja dan bagi masalah longkang pula beliau berpendapat perlu dinaiktaraf dan longkang tersebut perlu ditutup. Lampu jalan juga harus dibaiki untuk keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI