Kes tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan secara memualkan sedikitpun tidak menjejaskan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin besar negara.
Kehadiran ribuan rakyat di dewan Kutien, Ayer Tawar malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PR negeri Perak. Program ceramah Perdana anjuran PR Perak sempena setahun rampasan kuasa oleh BN terhadap kuasa rakyat mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Siri program setahun rampasan kuasa sejak dilancarkan seminggu yang lalu sentiasa mendapat sambutan hangat rakyat.
Tohmahan UMNO BN kononnya rakyat tidak bersama PR adalah meleset. Pengaruh Anwar ternyata semakin menebal walaupun kes perbicaraan yang sedang berjalan sekarang cukup memualkan dan menjijikkan, namun rakyat yakin itu semua konspirasi jahat UMNO BN.
Program tersebut juga mengukuh dan mengeratkan hubungan akrab antara sesama pimpinan PR negeri Perak dan Pusat. UMNO BN menjaja kononnya PR semakin rapuh ekoran isu di Pulau Pinang yang sengaja dicipta dan dimainkan oleh media.
Dulu mereka memainkan isu perpecahan PR di Kedah, kemudian Selangor kini Pulau Pinang pula. Semuanya gagal belaka. PR semakin utuh dan kukuh. Rakyat pula semakin hilang keyakinan kepada UMNO BN.
Kehadiran YB Lim Kit Siang yang mewakili DAP Pusat di Dewan Kutien memusnahkan harapan UMNO BN yang mahu melihat PR berpecah dan bergeseran. Kebanyakan semua pimpinan PR negeri Perak hadir dalam program malam tadi.
Pagi esok pimpinan PR akan menjelajah seluruh Perak bertemu rakyat di setiap DUN. Mereka akan singgah di beberapa tempat orang ramai seperti kedai kopi, pasar raya, berjamaah di masjid untuk solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Kemuncak program ialah ceramah gempur di Parit Buntar dan Teluk Intan.
Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB DS Nizar.
p/s: Khaulah Azwar said : Erm, rasa berdebar2 ana dibuatnya apabila mendengar berita menyatakan selasa ini semua masyarakat m'sia akan mengetahui siapakah layak menjadi MB di Negeri Perak?? Rasa penat, dibuatnya..rasa ana kenapale perlu dibuat PRK perak thn lepas kalau jadi begini. Kenapa UMNO tak boleh terima kenyatan bahawa yang selayaknya memegang jwtn MB adalah Sdr. Nizar??
Nasib masyarakat negeri perak diuji pampasan kuasa oleh Muka tak tahu malu yg bergelar MB skrg, Mr Zambry...Berbagi tektik kotor dimainkan oleh puak pimpinan UMNO.. tetapi ana yakin perancangan ALLAH adalah yg terbaik..
Doa sering dipanjatkan agar negeri2 di pakatan rakyat sentiasa dibwh penjagaan lembahyung rahmat ALLAH swt hendaknya, andai jd sebaliknya maka sabar, muhasabah diri perlu ada dlm diri kita semua kerana itulah cubitan ksh syg ALLAH pd kita agar lebih bekerja kuat, pertahankan kemenangan ISLAM melalui perbaiki amal dan kerja2 jemaah kita dgn lebih mantap.
Semoga kesatuan hati kita akan diberi oleh ALLAH dalam membantu agamaNya semuanya berkemungkinan.. ada hikmah tersendiri semoga rakyat boleh menilai dimana yg haq dan batilnya.. waallahualam...
No comments:
Post a Comment