
|

|
|
| Pemuda PAS akan menyiasat dakwaan seorang anak seorang pemandu lori diperalatkan untuk menyertai demonstrasi membantah akta ISA, Sabtu lalu, dengan memberinya "baju merah untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan". "Kami akan siasat perkara ini berhubung dakwaan seorang bapa itu. Kita tak paksa orang menganggotai Unit Amal. "Kita akan siasat dengan Pemuda Pulau Pinang untuk dapatkan maklumat lanjut," katanya setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad. Kamaruzaman, yang juga timbalan pengerusi sekretariat himpunan tersebut, berkata keahlian Unit Amal disertai sukarela, termasuk penyertaan dalam demonstrasi 1 Ogos lepas. Mengakui unit tersebut turut disertai remaja dan juga anggota dewasa, beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan pemandu lori Abdul Aziz Ibrahim dan pembabitan anaknya Muhamad Azreen, 15. "Kita tidak paksa mereka untuk hadir ke perhimpunan, kita hanya menggalak sesiapa yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan tersebut. "Kalau betul (ahli) Unit Amal (terlibat), kita akan keluarkan kenyataan," kata Kamaruzaman kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan Abdul Aziz dan anaknya itu. Pemandu itu dilaporkan berkata anaknya cedera di bahagian mata kanan dan mulut tetapi penganjur "bersikap lepas tangan selepas kejadian itu." Muhamad Azreen dilaporkan dihantar pulang ke rumahnya di Permatang Rawa, pagi Ahad lepas. Kamaruzaman mengakui terdapat dua lelaki dewasa yang menganggotai Unit Amal PAS Pulau Pinang terlibat dengan kemalangan di Bukit Beruntung – dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau bagaimanapun tiada maklumat tentang 18 lagi anggota rombongan itu termasuk Muhamad Azreen, yang dilaporkan menaiki sebuah bas, yang dirawat sebagai pesakit luar. Sehubungan itu, selepas berakhir demonstrasi itu kira-kira 4 petang, beliau bersama Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menziarahi kedua-dua lelaki dewasa itu di hospital berkenaan. Tambahnya, seorang daripada dua lelaki itu mengalami kecederaan belakang yang serius dan memerlukan pembedahan. "Kita telah membuat tabung untuk membantu dua ahli Unit Amal tersebut. Kita jumpa doktor yang merawat, dan beri jaminan akan ditanggung bersama PAS," kata Kamaruzaman lagi. Menurutnya lagi, beliau tidak dapat memastikan kecederaan yang dialami oleh seorang lagi mangsa kerana sedang tidur. "Kita akan urus dengan Pemuda Pulau Pinang," katanya, sambil menambah kedua-dua lelaki tersebut tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) - seperti dilaporkan - sewaktu kunjungannya. p/s: Khaulah Azwar said : Nampaknya pihak Media & BN bersetongkol utk mengambil kesempatan dgn mengadakan tuntutan ganti rugi kpd penganjur GMI, kalau pihak polis FRU tidak buat kacau pasti tidak berlaku kacau bilau dlm himpunan ini.. Sepatutnya rakyat yg meniaga kena peka, kenapa bimpunan ini dibuat cuba bayangkan kalau isteri, anak, suami mereka yg kena merengkok dlm tahan ISA tanpa disiasat 9thn.. apa perasaan mereka??atau ALLAH bagi hati perassaan pd mereka sudah mati? kepada pihak BN dan polis jgn main bara lebih2 sgt..hukum ALLAH pasti akan berlaku.. ALLAH bersama org2 yang teranaya..Cuba kita bayangkan ada ke org yg meniaga boleh dpt keuntungan 1 hari RM700 yg jual kuih & minuman, yg pakaian dll pula RM70, 000.. masya-allah jgn ambil kesempatan apa yg berlaku, setitis duit yg dituntut utk kegunaan kepentingan diri sendiri akan menjadi darah daging kita yg pasti akan diperjwb di alam barzakh.carilah rezeki dgn cara yg halal dan jln yg betul.Duit blh dicari tp seksa alam kubur bagaimana???????? ALLAH bg kita fikiran utk berfikir secara waras bukan mengikut kata hati..rugi dunia blh dicari ttp kalau rugi tiba di alam barzakh bagaimana?? Sepatutnya org2 yg meniaga ni kena buat tuntutan ganti rugi pd Pihak BN, mereka hyg kena bertanggungjwb segala kerugian, kalau depa x buat serangan BODOH mcm ni, tak berlaku apa2 pun..kami hanya buat himpunan utk serahkan memorandum tak buat kacau pd masyarakat, tapi kami dikacau oleh mereka..Cuba buka Minda, pk betui2... PIHAK BN jgn ingat rakyat bersetuju dgn apa kalilan lakukan.. pastinya rakyat semakin meloya mendegar berita2 yg tidak munasabah... Kenapa keluarkan fakta yg tidak munasabah, nak buat himpunan dekat Bangunan SUK, dah tentu bangunan itu tidak terbuka kepada masyarakat dan tentu bangunan itu milik Kerajaan Negeri (PAS & PKR) buat apa nak buat disitu... Ada otak guna sebaiknya wahai PM & Puak UMNO... Minta maaf bnyk2 meluahkan segala kesalan & geram dlm blog ni.. kesabaran kita ada batasannya, kami tidak ada media, tidak ada TV yg boleh diucapkan utk buka mata rakayt yg tak tahu apa sebenarnya berlaku..Lain le BN yg tlh guna kuasa dgn menyebarkan kata2 yg tidak ada kebenaran membuat org tertipu dgn kata2 mereka.. hrp dgn sedia kecanggihan internet dan blog ni mampu membuka minda kita semua.. dan semoga kita sebarkan dan bercerita pd anak2, suami, isteri ibu bapa kita apa yg sebenar berlaku.. jgn mereka diperbodohkan oleh pihak BN ...sebarkan.... ITTAQUALLAH.. |

Di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dikatakan "terkejut kerana kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyambut ketibaannya di
Pada lawatan hari ini, peristiwa yang saya tidak duga ialah antara orang pertama yang sambut saya di lapangan terbang, selain pemimpin Umno ialah tok guru Nik Aziz. Saya terima (pertemuan itu) kerana hormat beliau sebagai pemimpin.
1 Ogos memang benar-benar menjadi referundum rakyat Malaysia terhadap isu ISA. Pelbagai berita dan tanggapan dilemparkan terhadap perhimpunan kelmarin. Utusan melaporkan hanya lima ribu menyertai himpunan ini. Malaysiakini melaporkan 20 ribu, akhbar Serambi Indonesia melaporkan ratusan ribu berhimpun di Kuala Lumpur bagi mendesak ‘dicabut’ akta ISA, Sinar Harian muka depan siarkan 20 ribu sertai demo GMI, muka dalam akhbar yang sama siarkan 15 ribu sertai demo ‘Mansuh’, beberapa media antarabangsa ada yang membuat liputan langsung dan memaparkan sekitar 50 ribu, 70 ribu hinggalah 100 ribu berhimpun mendesak ISA di mansuhkan.
Manakala bagi perhimpunan mendesak ‘dikekalkan’ ISA yang diketuai oleh Pewaris pula amat sukar mendapat beritanya. Ada beberapa akhbar menyiarkan hanya berita pemimpin mereka ke Istana Negara menyerahkan memorundum. Seorang rakan yang melihat sendiri situasi di Pasar Seni mengatakan hanya 20 orang berbaju putih bersongkok hitam penyokong ISA berhimpun di sana. Terdapat akhbar dalam talian yang memaparkan hanya dua ratus berhimpun. Manakala Mstar Online menyatakan dua ribu penyokong ISA berhimpun di Pasar Seni.
Ini bermakna, jika diambil jumlah tertinggi dianggarkan media tempatan dan luar negara, maka ‘Anti ISA’ 100 ribu dan ‘Pro-ISA’ 2 ribu. Jika benar dakwaan ini, maka jumlah mereka yang menyokong ISA hanya mewakili dua peratus sahaja rakyat Malaysia. Jika jumlah ini masih diragui, kita mengambil jumlah terkecil seperti didakwa Utusan Malaysia. ‘Anti ISA’ 5 ribu dan ‘Pro ISA’ 20 orang. Masih lagi yang menyokong ISA hanya mewakili dua peratus sahaja jumlah demonstrasi.
Untuk lebih adil, penulis mempercayai laporan Mstar Onlin yang mengatakan Pro-Isa diwakili 2 ribu orang. Penulis yang mengikuti kumpulan Masjid Negara sahaja menganggarkan jumlah Kumpulan Masjid Negara ini paling sedikit 10 ribu orang. Berdasarkan gambar yang disiarkan oleh akhbar cina dan Tamil, jumlah di Sogo dua kali ganda jumlah di Masjid Negara. Tidak ada gambar jumlah orang ramai di Masjid Jame diperolehi. Jika jumlah ini sahaja diambil kira, maka jumlah demonstran Anti ISA sekitar 30 ribu orang paling minima.
Maka jika dinisbahkan dengan kumpulan ‘Pro-ISA’ peratus yang menentang ISA ialah 92 peratus dan penyokong ISA hanyalah 8 peratus. Ini jumlah yang paling adil untuk diberikan terhadap keputusan referundum rakyat 1 Ogos kelmarin. Oleh itu kerajaan perlu sedar bahawa kehendak rakyat Malaysia ialah kerajaan segera memansuhkan ISA. Jumlah ini boleh jadi sama atau hampir sama dengan peratus sebenar keseluruhan pengundi yang mahukan ISA dihapuskan. Ini kerana parti-parti Pakatan Rakyat yang mewakili lebih 45 peratus pengundi di Malaysia secara jelas menolak ISA. Manakala parti-parti kompenen Barisan Nasional pula sebahagiannya turut sama menentang ISA. Yang bertindak secara jelas ialah PPP, Gerakan dan MCA. Manakala yang protes secara senyap pula tentulah ramai. Maka tidak mustahil kebenaran 92 peratus rakyat Malaysia menolak ISA berdasarkan himpunan semalam.
Jika tidak segera dimansuhkan ISA ini, maka peratus penentang ISA ini akan diterjemahkan dengan menentang BN dalam pilihanraya ke-13 ini. Oleh itu sebelum terlambat, Najib perlu buangkan keangkuhan dan kedegilan sementara waktu dengan memansuhkan akta zalim ini atau pun bersedia untuk menjadi 8 peratus wakil rakyat ‘pembangkang’ selepas pilihanraya yang akan datang!
Apapun terima kasih kepada kumpulan Pro ISA yang puas memprorovokasi sebelum himpunan di media-media kononnya untuk menghimpunkan puluhan ribu orang Melayu namun ternyata tidak mendapat sokongan. Jasa mereka yang turut sama berhimpun sebenarnya baik sehinggalah terjadinya referundum rakyat 1 Ogos di Kuala Lumpur. Jika BERSIH dan PPSMI kerajaan buat pekak badak kerana katanya hanya sebelah pihak yang menentang. Namun dalam isu ISA kedua-dua pihak sama-sama berhimpun.






