Tuesday, August 4, 2009

Polis 'berlebihan' tembak gas, air

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan
sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di
kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA
pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap,
menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa
akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta
Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga
menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya
sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak
asasi.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti
dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap
yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi
sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan
tindakan ganas terhadap massa, " kata naib pengerusinya Tan Sri
Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi
jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk
Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasoor


ISA KEJAM, HANCUR2 HANCUR BN,

Perjuangan tidak lepas daripada UJIAN,
Tp itu adalah adalah asam dalam perjuangan
Dlm menegakkan kalimah ALLAH,
Bersatu menegakkan Jemaah,
Wahai kaum muslim jgn
Takut dan gentar marilah bersama bersatukan tenaga
Hati utk menegakkan yg hak
membenteraskan segala kemungakaran,
Ayuh susunkan SAF membeteras kemungkaran
dan kezaliman...TAKBIR... ALLAHHUAKHBAR!!

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI