Monday, April 27, 2015

Rawatan Bekam mampu merawat 72 jenis penyakit dalam badan.



Call Jika perlu perkhidmatan bekam, resdung, urutan MMT, Refleksologi :  011 27824633



Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.

Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.
Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.

KEUTAMAAN BERBEKAM.
Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :

“Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.”( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas).

Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :

Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :
“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!’” (Sohihul Jami’ : 5671)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam!”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).

Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan.

HADIS-HADIS BERKAITAN BEKAM
Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.
Silalah memperhalusi hadis-hadis berikut bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :

1.      Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam, dan ‘kay’ dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’” (Sahih al Bukhari, At Thibb, Juz 1, halaman 5680)

2.      Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a ia berkata : Saya pernah mendengar nabi bersabda :
“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api (kay) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak sukat berubat dengan ‘kay’”(Sahih al Bukhari)

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)

KEBAIKAN BERBEKAM
* Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
* Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
* Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur..

Saturday, April 18, 2015

Sudahkah anda mengurus harta pusaka sebelum meninggal?? TESTIMONI Waris: PUAN NUR RAHIMAH BINTI MOHAMED NASIR

Al Wasitah Delima : Kategori Pusaka Kecil)

20141231_112802
Tidak siapa yang tahu  bilakah dirinya akan di jemput Allah SWT. walaupun kita nampak sihat namun kadangkala berlakunya kematian tanpa di duga.

Justeru, WAJIB setiap umat islam membuat persiapan awal dan lebih baik sebelum diri di jemput ilahi agar pemergian kita mendapat satu ketenangan. Orang-orang yang dikasihi (Isteri, anak-anak, ibu, ayah dan orang yang terhampir dengan kita) tidak berkelahi kerana harta.

Apakah kita sanggup orang - prang yang kita sayang  berkelahi sehingga terputus persaudaraan kerana harta? Di sebab sikap tangguh kita, kematian yang datang secara tiba-tiba akhirnya orang-orang yang kita sayang hidup dalam keadaan tidak terurus dengan sebaiknya.

Maka buatlah persiapan sebaiknya agar kita hidup tenang dialam barzakh dan orang-orang yang kita sayang juga selamat menjalankan kehidupan mereka dengan hamoni walaupun kita sudah tiada.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 013-6893185 / 011-14386142. Saya bersedia membantu anda menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
 
TESTIMONIAL 
PUAN NUR RAHIMAH BINTI MOHAMED NASIR
UKAY BISTARI, AMPANG, SELANGOR

Bagi saya pakej yang ditawarkan oleh pihak wasiyyah sangat memberi manfaat dan membantu  saya dan anak-anak dalam menguruskan kehidupan seharian.  

Apa yang dilakukan oleh semua kakitangan Wasiyyah amat cekap dan cepat di dalam menguruskan harta-harta arwah suami saya kerana saya tidak mempunyai pengalaman di dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan pusaka.  Saya hanya menyediakan degala dokumen yang diperlukan oleh 

Wasiyyah seperti salinan kad pengenalan semua waris, surat mati arwah, salinan perjanjian jual beli rumah, kereta, akaun bank semuanya Wasiyyah yang uruskan.

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua kakitangan Wasiyyah Shoppe kerana mengendalikan  urusan harta pusaka arwah dengan cepat. Saya juga sangat bersyukur kerana selain selesai Wasiyyah uruskan pusaka arwah malah ada baki dalam bentuk cek yang saya terima ini daripada manfaat wasitah yang arwah langgan. Alhamdulillah.




 











Friday, April 17, 2015

Kem Cuti Sekolah Jun 2015 Kem Smart Solat

salam promosi kem smart solat bagi sesi pertengahan tahun yang akan berlangsung pada Jun, 2015.

Tarikh : 30 May 2015 (Sabtu) - 1 Jun, 2015 (Isnin)

Tempat : Alang Manja Batu 12, Gombak.

Bagi ibubapa yang berminat sila daftar segera tempat adalah terhad. Call 013- 6893185 / 011-14386142. Sekian terima kasih

Al Ansar Health Gombak Batu Caves , Rawatan Resdung, Bekam, Urut Alternatif kini di buka

Batu Caves : Pn Nor Arfifah abd Sabian begitu rasa kagum dengan membuat pemeriksaan kesihatan dengan meggunakan sistem mirosirkulasi.

Beliau berkata ini baru pertama kali saya membuat pemeriksaan kesihatan menggunakan sistem mirosirkulasi  yang tidak ada di hospital pakar atau klinik. Alat tersebut boleh mengesan berbagai penyakit dalam tubuh badan kita. 
 
Apa yang di katakan oleh Konsultan kesihatan adalah benar. Saya mengalami stress, angin dalam badan dan jantung. Badan sering tidak bermaya kerana kolestrol. Saya benar rasa puas hati dengan pemeriksaan kesihatan begini. Pada saya kalau harga mahal untuk pemeriksaan kesihatan tetapi ia memberi kesan positif dan puas hati tidak mengapa tetapi yang tidak puas hati sekiranya pemeriksaan di kenakan mahal tetapi tidak memberi kepuasan kepada pesakit yang membuat rawatan.

Dengan membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health Gombak saya di fahamkan ubat di beri adalah free redical iaitu bebas bahan kimia. Bahan perubatan yang terkandung adalah herba (alami).

Insyaallah saya akan bawa ahli keluarga untuk buat rawatan disini. Antara khidmat lain bekam, resdung, urutan saraf mmt, reflekskologi dan lain-lain.Bayaran perubatan yang saya lihat juga murah dan berpatutan, katanya.

Sementara itu Roslan Mohammed Konsultant Al Ansar Health Gombak berkata. 'alhamdulilah Al Ansar Health semakin berkembang.mempunyai 13 cawangan di Malaysia, Brunai, Combudia dan Indonesia.
Orang ramai boleh datang buat pemeriksaan di negeri masing-masing. Di gombak Batu Caves juga telah dibuka 10 pagi hingga 6 ptg isnin sehingga ahad. Boleh Hubungi 011 27824633 ujar beliau kepada wartawan.


Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, March 18, 2015

PAS mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan.



Apakah Umno cuba alih isu dengan tangkapan Nurul Izzah dan pembangkang?PAS mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan.


PAS mengingatkan kerajaan BN bahawa tindakan dan penyalahgunaan akta zalim ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat. Apakah ini Operasi Lalang versi Najib?

Hentikan budaya membuli pimpinan pembangkang dengan segera! PAS percaya penahanan Nurul Izzah dan juga barisan pembangkang atas alasan terlibat dengan perhimpunan ‪#‎KitaLawan semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kemelut di dalam Umno kerana isu 1MDB dan salahguna dana kerajaan yang tidak bertempat.

Pakatan Rakyat mesti teruskan kerja mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam BN, dan yakin bahawa kedua-dua isu ini adalah hujah utama yang akan membawa rakyat bersama PR untuk menumbangkan BN. Pakatan Rakyat mesti terus bersatu dan jangan berpecah walau apa isu perbezaan pendapat yang sedang dialami.

 Perbezaan antara kita hanyalah isu kecil yang tidak perlu ditakutkan dan dibesarkan. Besarkan isu penyelewengan dan salahgunakuasa BN dan kecilkan perbezaan di antara kita. Kita perlu bersatu menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman. PAS doakan Datin Seri Wan Azizah terus diberi kekuatan dan bertabah dengan cabaran yang menimpa keluarganya daripada tindakan zalim kerajaan BN.
 

Tuesday, March 17, 2015

Kerajaan BN Boros Tidak cekap Mengapa Pula Rakyat Tanggung GST-Tengku Razaleigh Hamzah



Ucapan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang mengkritik Putrajaya hanya beri sedikit kesan atau tiada langsung terhadap Barisan Nasional (BN) kerana tiada perkara baru dalam kenyataannya dan kerajaan memerintah sudah terlalu biasa dengan cara mereka, kata penganalisis beberapa jam selepas putera Kelantan itu menggesa rakan sekerjanya meletakkan kepentingan rakyat berbanding parti.


Dinamik dalaman Umno akan memastikan ahli Parlimen mereka berterusan menjaga penyokong sendiri terlebih dulu supaya dapat kekal berkuasa, kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider. "Ahli politik Umno bimbangkan bukan saja rakyat, tetapi juga politik dalaman parti yang melibatkan mengekalkan atau kenaikan pangkat. Ini menyebabkan perlunya mengekalkan atau menjaga hubungan dalam parti.

"Jadi memandangkan pilihan raya umum masih jauh lagi, kepentingan utama mereka kini mengekalkan rasa puas hati ahli parti, kerana kemungkinan pemilihan parti akan berlaku sebelum pilihan raya umum,” katanya.

Ibrahim berkata, ramai pemimpin dalam Umno terikat dengan pengundi bagi kedudukan sedia ada, jadi mereka tidak terburu-buru membuat apa-apa perubahan besar yang mengganggu status quo. Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) Dr Lim Teck Ghee berkata ucapan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, hanyalah "ucapan Parlimen" dan akan dilayan sebegitu oleh BN dan kerajaan. "Perubahan (dalam BN) tidak akan berlaku daripada ucapan, tetapi tekanan rakyat. Jadi saya tidak fikir BN atau perdana menteri akan terlalu bimbang," kata penganalisis itu.

"Malah saya yakin perdana menteri dan BN tidak terganggu dengan ucapannya. Saya akan terkejut sekiranya ada ahli Parlimen lain yang akan menyokongnya dan bercakap secara umum,” katanya. Dr Wong Chin Huat, seorang penganalisis politik dari institut pemikir Penang Institute juga bersetuju dan menambah tiada ahli Parlimen yang akan berani bersetuju dengan Ku Li kerana mereka dilihat seperti bersedia untuk menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli Umno akan melihatnya sebagai serangan yang dirancang terhadap Najib dan akan mengendahkannya. Jadi saya tidak rasa akan ada perubahan di dalam kerajaan atau tingkah laku ahli Parlimen, tetapi ini mungkin akan menguatkan lagi kritikan rakyat terhadap pentadbiran Najib," katanya.

Membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, ahli Parlimen Gua Musang itu menggesa rakan sejawatnya dalam Dewan Rakyat membuat keputusan sama ada mereka akan ingat kepada sumpah untuk berkhidmat kepada rakyat atau menyerah diri kepada kuasa luar daripada Parlimen dengan meletakkan kepentingan parti terlebih dulu. Beliau juga menggesa menteri dan ahli Parlimen mengisytiharkan aset mereka untuk mengelak percanggahan konflik kepentingan dan menambah baik pentadbiran, dan mengkritik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bulan depan. Namun penganalisis yang ditemu ramah The Malaysian Insider menganggap kata-kata beliau sebagai "terlalu lambat" dan mengatakan Ku Li hanya mengulang kata-kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun menimbulkan isu tersebut tetapi masih gagal. "Isu yang ditimbulkan tentang GST ialah sesuatu yang orang ramai banyak bincangkan, jadi agak lambat baginya untuk mempersoalkannya," kata Ibrahim.

Lim berkata kerajaan sudah pun membuat keputusan tentang GST dan untuk membatalkannya sekarang hanya kerana ucapan Ku Li, mungkin akan menyebabkan lebih buruk padahnya kepada negara. "Semuanya terlalu lambat tentang isu yang ditimbulkannya, termasuk kegunaan hasil kutipan GST dan pengisytiharan aset. Pihak pembangkang menimbulkan perkara sama dengan lebih kerap dan kritikal berbanding apa yang dilakukannya di Parlimen,” katanya. Lim berkata, jika perdana menteri berjaya tidak mengendahkan kritikan kedua-dua PR dan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang GST, kemungkinan baginya untuk memberi perhatian kepada Ku Li adalah terlalu kecil.
 

Nik Omar Nik Abd Aziz - Mana-mana parti yang keluar Pakatan Akan Rugi



Nik Omar berkata arwah bapanya bekas Mursyidul Am PAS sering menasihati anak-anak supaya mendidik dan bukan melawan apabila menerangkan mengenai agama Islam dan hudud. KOTA BHARU, 17 Mac: Ia mungkin PAS ataupun DAP, tetapi mana-mana parti yang meninggalkan Pakatan Rakyat, maka mereka yang rugi, kata anak sulung Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Omar Nik Abdul Aziz memberitahu The Rakyat Post, menyertai pakatan pembangkang merupakan cara yang paling baik untuk semua komponen parti membantu rakyat tidak kira bangsa, seperti yang diidamkan oleh bapanya. “Arwah bapa saya selalu berkata dengan terus bersama Pakatan Rakyat, ia memberi kita (PAS) peluang untuk membetulkan persepsi orang bukan Islam mengenai Islam. “Ia memberi peluang kepada kita untuk mendidik mereka dan membantu mereka memahami Islam seperti yang kita faham dan bukan yang digambarkan oleh orang luar.

“Begitu juga dengan bekerjasama dengan DAP. Kita boleh belajar mengenai agama dan kepercayaan lain yang diamalkan oleh rakyat Malaysia dan begitu juga sebaliknya.


“Sebab itu sekiranya PAS atau DAP meninggalkan Pakatan, ia adalah kerugian parti itu sendiri.” Katanya undang-undang hudud yang menyebabkan ketegangan dalam Pakatan merupaka satu objektif yang cuba diraih oleh arwah bapanya dan PAS selama 20 tahun dan sekutu PAS mempunyai hak untuk menolaknya tetapi sebagai parti berteraskan agama Islam, melaksanakan sepenuhnya undang-undang Islam merupakan tanggungjawab mereka.

“Mendidik dan bukan lawan. Itu yang sering arwah bapa tekankan kepada kami. “Kita perlu terus menerangkan kepada DAP, orang bukan Islam dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN), bahawa undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan sejak undang-undang manusia gagal menangani masalah jenayah, mungkin sudah tiba masanya kita mencuba sesuatu yang baharu.

“Satu undang-undang yang dicipta oleh Allah adalah sebagai penghalang dan bukan menghukum,” tambah Nik Omar yang ditemui di rumah bekas Menteri Besar itu di Kampung Pulau Melaka, hari ini. Ahli Parlimen DAP termasuk Anthony Loke dan Gobind Singh Deo mengancam untuk menolak parti kerajaan Kelantan itu dari Paktan sekiranya mereka bertegas mahu meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu. Undang-undang itu dikatakan keterlaluan dan ganas juga tidak ‘praktikal dan bertentangan dengan polisi rangka kerja umum Pakatan.’

Butiran terperinci mengenai pindaan undang-undang hudud yang dicadangkan masih belum diketahui umum dan setakat ini, ia hanya dikongsi bersama ahli PR ketika mesyuarat kepimpinan tertinggi minggu lalu di mana PAS dinasihatkan supaya meneliti semula pindaan itu yang disifatkan sebagai undang-undang baru. Komponen ketiga-tiga parti bergabung di bawah satu parti politik dinamakan Barisan Alternatif yang berpecah dua tahun selepas itu pada 2001, di mana DAP keluar dari gabungan kerana dikatakan t6idak bersetuju dengan PAS yang hendak memulakan negeri Islam.

Terdapat banyak pertanyaan sama ada sejarah akan berulang. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan sebelum ini berkata sekiranya DAP tidak bersetuju dengan hudud, ia bebas keluar dari Pakatan kerana PAS tidak akan berganjak dengan keputusan mereka. Nik Omar berkata apapun yang penting sekarang adalah sokongan daripada mereka yang berada di Dewan Undangan Negeri di mana rang undang-undang Hudud akan dibentang. “Kami hanya perlukan sokongan mereka untuk membawa rang undang-undang berkenaan ke Parlimen. “Selepas itu saya dan semua ahli PAS dan penduduk Kelantan berharap kerajaan persekutuan akan menyokong undang-undang ini dan membenarkan ia dilaksanakan di sini,” katanya.  

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI