Sunday, August 25, 2013

Warga Emas Terbiar Disaran Buat Permohonan Zakat Asnaf, DAN SMUE

Batu Caves : Bapa kepada lima orang anak merayu agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves sudi membantu beliau untuk membiayai saradiri memandangkan usianya 71 tidak mampu untuk melakukan kerja di luar lagi.

Muhammad Muslim Munir berkata, saya sudah berusia dan kini hidup bersama isteri dengan menyewa sebuah bilik kecil di Kampung Nakhoda. Anak-anak tidak hiraukan saya dan isteri lagi. Saya benar-benar rasa sedih dengan ujian yang menimpa saya dan isteri.

Untuk melakukan kerja diluar saya tidak berupaya memandangkan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan. Isteri juga tidak mampu bekerja lagi. Saya tidak tahu dengan cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan lagi, ujarnya.

Menurut Muslim, beliau telah menetap di bilik sewa selama enam tahun. Selama duduk di Kuala Lumpur anak-anak  tidak pernah mengambil tahu kehidupan dia dan isterinya. Kadangkala untuk teruskan kehidupan ini beliau menerima bantuan daripada jiran atau saudara mara terdekat.

Sementara itu ADUN Batu Caves Amiruddin Shari pula menyarankan agar beliau membuat permohonan di Pusat Zakat Selangor (PZS) dan memberi nama kepada Nazir Masjid Kampung Nakhoda untuk disenaraikan sebagai golongan asnaf. Beliau juga perlu mengisi borang Skim Mesra Usia Emas (SMUE) agar apabila berlaku kematian samada isteri atau waris akan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri. 

Mereka yang mengisi borang SMUE akan menerima RM1000 pada fasa pertama dan RM1500 pada fasa kedua. Bantuan tersebut akan diberi kepada waris bagi menguruskan jenazah dan sebagainya. 

Sekiranya warga emas yang telah berdaftar mereka yang hidup akan menerima berbagai intensif daripada kerajaan negeri seperti Jom Shopping, ujarnya.

Menurut Amiruddin, Skim SMUE telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah 
pada 2009. Ramai rakyat selangor telah menerima bantuan tersebut tanpa kira parti dan agama. 

Katanya, insya-Allah saya akan membantu beliau namun saya harap tuan muslim dapat membuat permohonan PZS agar dapat membantu dirinya pada bulan seterusnya. Dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang naik sudah pasti memberi tekanan kepada beliau.

Justeru saya harap beliau  atau warga emas yang terbiar dapat mengisi borang PZS  dan borang Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Insya-Allah saya akan memberi sokongan untuk membantu permohonan tersebut.

Skim SMUE perlu diisi oleh semua warga emas yang telah mencapai usia 60 tahun keatas. Dengan skim yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mereka.

Sehubungan itu, saya juga ingin menasihatkan kepada anak-anak tidak kira sesiapa sahaja agar menghargai, hormati ibubapa. Tanpa ibubapa mereka tidak akan lahir di dunia dan berjaya seperti sekarang.

Hidup ini tidak akan mendapat keberkatan sekiranya tidak mendoakan ibubapa dan menjaga mereka dengan kasih sayang seperti mereka menjaga kita diwaktu kecil. Pengorbanan dan kasih sayang ibubapa tidak mampu kita balas, maka menjaga, mentaati ibubapa adalah wajib setiap anak, kata Amiruddin kepada pemberita dalam penemuan bersama rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves baru-baru ini dengan menyampaikan wang sumbangan kepada penerima.

Editor : Khaulah Azwar

Exam Semakin Hampir, Kelas Tuisyen LASAK Sedia Bantu Anak Anda




Ibubapa / penjaga yang dihormati, kini pihak pengurusan Kelas Tuisyen Subjek Kritikal LASAK akan dibuka untuk tahun 1 sehingga tahun 5. 

Pihak kami juga menyediakan produk Cerdik IQ Plus Doa oleh Ustazah Siti Norbayah Mahmood untuk membantu ibubapa membantu anak-anak hadapi peperiksaan akhir tahun,  UPSR, PMR dan SPM, STPM.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 013-6893185
 / 017-2436875




Product Baru Cerdik Iq Plus Doa Ustzah Siti Norbayah

Belajar terlalu lama kadang-kadang akan menyebabkan kita mudah sakit kepala. Boleh amalkan Doa yang diberikan.

Ibu bapa yang ingin membantu anak-anak untuk mudah belajar dan kuat ingatan, boleh berikan anak-anak anda produk CERDiQ Plus Doa. 

Telah dibacakan doa terang hati & kecemerlangan oleh ustaz & ustazah.

Bagus utk membantu menguatkan ingatan, mudah mengingati & menghafaz, tidak mudah mengantuk ketika belajar, membantu menguasai subjek-subjek yang lemah dan ini terbukti Alhamdulillah berhasil dengan kajian doktor sendiri, mudah fokus dan membekalkan oksigen ke otak, serta membantu mengurangkan stress & hyperaktif.


PROMOSI 3 botol RM100.Jimat RM31.70 (penghantaran percuma). Promosi sehingga 30 September 2013.

Sesuai untuk semua peringkat umur (Umur 1 tahun ke atas  dah boleh mengamalkannya) 

PROMOSI 3 Botol CERDiQ - Semenanjung Malaysia MYR100.00
PROMOSI 3 Botol CERDiQ - Sabah & Sarawak        MYR120.00


Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di talian 013-6893185 / 017-2436875.



Friday, August 23, 2013

Doakan Saya- Utz Yusoff Othman

23 Ogos, 2013 :Status terkini utz Yusoff Othman SMVPR 2 pagi , mohon semua mantan pelajar dan guru untuk solat hajat doakn Ustaz Yusoff sihat kembali,dan di mudah urusan rawatan. 

Tiap kita akan di uji Allah SWT samada ringan@ berat bagi melihat iman kita dan redha atau tidak atas ujian yang diberikan. 
Utz Yusoff Tengah bersama umi, maklong dan p.long

Jika kita tak mampu tolog guru yang mendidik kita memadai mendoaknnya. Ustaz lah 1 nya guru yang tarbiyah kita semua di SMVPR. 

Saya di amanahkn keluarga utz utk mewawarkn keadaanya. ' Orang beriman akan turut rasa sakit jika saudaranya di timpa musibah. Mereka tidak akan tidur lena dan tenang hatinya melihat susah saudaranya itu". Tazkirah jumaat.

Mohon semua mantan pelajar SMVPR dan Guru-guru sebar dalam fb. Atas amanah keluarga utz.waallahhualam.

Sumbangan kewangan bagi membantu kos perubatan utz amat di perlukan. Semoga sedikit amal kita dapat meringankan beban utz dan keluarga yang sedang di uji. 

Foto terakhir pada bulan ramadhan seminggu sebelum semua umat islam sambut Hari Raya Aidilfitri dengan menyampaikan sumbangan kasih aidilfitri kepada keluarga utz bersama umi, mak long dan p.long di tampin.

Berikut Sms anak utz Yusoff : Salam saya ni anak utz. Utz sedang sakit kuat, sudah tak ingat. Kalau nak ziarah utz datanglah rumah. 

Saya terpinga-pinga menerima sms yang nombor tidak dikenali ketika berkumandang azan isya. Terbayang satu persatu wajah guru (murabbi-murabbi) tempat menuntut ilmu melengkapkan diri yang masih banyak kekurangan. Ya-Allah utz mana 1 ni. Apakah Utz ilmu perubatan Islam sekuliah utz ismail kamus, harun din dan lain-lain. Utz Ridhuan, Utz Hasbullah, Utz Yusoff Othman (Hatiku berkata-kata kuat menyatakan dia. terbayang wajahnya, kata-kata akhir utz seminggu sebelum raya) no utz hilang akibat HP saya rosak akibat acident .. ei, sure ke ni..berteka teki saya ketika itu..Ya-Allah tolonglah beri hambamu petunjuk hati, apakah yang saya fikir ini benar..terlalu ramai utz2 yang terbayang ketika itu, banyak sangat ni.. 

Tangan saya yang sakit terkial-kial menaip ingin cepat tahu maklumat tersebut..minta maaf boleh tahu utz mana 1 ni. (reply saya)..

Anak Utz : Utz Yusoff Othman.. (ei mana dia dapat no tel saya). Dia bukan duduk dengan utz..

Saya: Ya-Allah betul tekaan ku, naluri hati kecilku tepat dengan petunjuk Allah. Mungkin akrabnya ukhwah antara guru dan pelajar yang telah mendidik ku. Dunia Tarbiyah, tamrin SMVPR mengajar segalanya.. Terbayang cara utz mengajar. Saat pelajar yang mengantuk memang habuan kapur dibaling pada pelajar, debik belakang memang kena. Setiap guru ada kenangannya dan takkan dilupakan teknik mereka nak ajar pelajar yang sukar dilupakan. Cubit, pijak kaki, baling buku..semua ada.. tapi itulah membuat kami berjaya dengan pecah rekod SMVPR 1994 , keputsan SPM dengan cemerlang. Tahniah cikgu semua.. Terima kasih atas segalanya, sungguh saya tak mampu membalas jasa kalian.  

Kami berbalas SMS walaupun replyku lewat. Menitis juga airmataku. Mungkin hatiku ingin bertemu dengan utz pada Ramdhan lalu sangat kuat lebih-lebih lagi apabila utz tak dapat dihubungi. Bimbang kesihatannya, hidup lagi ke utz aku ni.. sudah 3 bulan sms call tak berjawab. Akhirnya saya buat keputusan untuk ziarah beliau. 

Saya ajak umi teman (Ummi cuti panjang utk ke umrah tapi tak jadi atas masalah tertentu), tapi umi ketika itu seperti berat hati,. Mungkin banyak urusan dan ingin tumpukan ibadah lain. (Aku nak ajak sekali lagi macam takde hati perasaan lagi ketika itu) sehingga selepas urusan ziarah kubur atuk wan. Ummi ajak p.long dan m.long temankan saya pergi ziarah utz. Saya dah macam takde mood nak pergi ketika itu tapi untuk taat kata ummi, saya akur. (pergi kubur atuk dan wan ketika hati sedih. Teringat penulisan ku dalam perkampungan abadi yang disampaikan oleh Utz Zainuddin yang telah menjadi buku untuk rujukan umat islam. 

"Ketika kita datang ziarah kubur, ahli kubur tahu apa yang berlaku kepada penziarah (anak, cucu). Jika kita berduka, gembira dan sebagainya ahli kubur tahu. Aku cuba pujuk hati kecil agar jangan menangis di pusara wan dan atuk. Memang berat hati nak pergi dengan mereka. Tapi menjaga ukhwah dan hati ummi sekeluarga saya akur ketika itu. Lagi pun dah lama sangat tak jumpa mereka. Inilah masanya untuk menjalinkan ukhwah yang semakin jauh dirasakan.Mak long.. nak peluk puas..puas.. rindu gurau mak long. 

Saya diam, dan cakap pada ummi tak mengapa saya blh pergi sendiri. Setelah 2011 saya tidak ziarah utz di rumahnya. Keadaan jalan di perkampungan pendalaman buat saya tak berapa ingat lebih-lebih lagi masa datang dengan uncle juga banyak sesat. Uncle pun tak tau jalan. Ketika itu saya dan uncle banyak pergi tempat mencari guru-guru lain.. Jadi memang sukar untuk saya ingat jalan ke rumah utz ketika itu. (Hah biarlah umi berleter, hatiku terus berzikir, nak cakap pun memang takde mood). 

Cuma ingat tempat-tempat saya menanti ketika bersama uncle. Teringat jalan ke rumah sewa angah sebelum pindah perak. Macam-macam ujian untuk sampai ke rumah utz. Kena berleter..satu perkara yang aku jadi bosan.Memang tak suka kena marah dan apatahlagi nak marah orang. Itu bukan sikapku dan aku tak suka dengan suasana yang tegang. Sakit dada, janganlah tiroidku naik. Lagi seminggu akan buat pemeriksaan darah untuk kesihatan ku. 

Ujian bermusafir disinilah kita mengenali setiap insan yang bermusafir dengan kita. Sabar dan terus bersabar. Memang tak pandai nak  melawan. Kalau student lain kena sure mereka protect diri. Cuma memendam rasa jelah ketika itu. Semoga Allah beri keampunan kepada yang hadir untuk teman ziarah utz..Saya akui kelemahan diri yang tak setanding pelajar lain. Siapalah saya pada mereka. Hah.. lupakanlah cerita ini..kembali kisah utz.

 2.00 pagi semalam terima sms anak utz lagi: Agak begitu panjang. Ibu kata utz sebut nama pelajar-pelajarnya. Anaknya ajak saya balik ziarah utz. 

Sungguh Allah saja yang tahu. Saya tak lena tidur. Terus siapsaga untuk Qiammulail. Atuk wan terjaga bila bilik saya terbuka. Mereka tegur saya dengan tanya nak Qiam ke??

Saya angguk lemah melihat atuk dan wan tempat saya menumpang kasih setelah sejak kecil lagi saya tidak pernah merasa kasih sayang atuk dan wan. Kini Allah anugerahkan saya insan-insan yang berhati mulia. Keluarga guru-guru menjadi sebahagian dalam hidupku. Walaupun kadangkala aku rasa tak layak untuk mereka. Mereka terlalu baik. Terima kasih Ya-Allah temukan saya insan-insan yang sentiasa mendekatkan saya kepadamu. 

Di dalam doa suasana kampung yang begitu sunyi sepi mengutuk pintu hati kecil yang terlalu kerdil mengadap ilahi. Ketika dahi sujud kepada ilahi mengharap keampunan yang hanya padanya maha pengampun. Bila memikirkan banyak dosa dilakukan tanpa disedari. Airmata menjadi teman. Terbayang mak, guru2..ku sebut satu persatu nama-nama guru yang mendidik saya yang kini sedang diuji dengan sakit. Guru-guru dan murabbi yang telah kembali kerahmatuallah. Semoga Allah beri keampunan kepada semua dan  merahmati mereka dalam apa juga dilakukan. 

Saya baca SMS anak utz, " ustaz dijangkakan strok, smlm dia berada di hospital tampin dgn bacaan tekanan darah 244/120 dan sekarang berada di hospital melaka, diikutkan smlm sy dpt panggilan dr ibu sy, sepatut ustaz kene bedah kerana separuh dr bhgn otak telah bocor atau pecah saluran die, tetapi x jadi buat operation atas arahan dr. Pakar di HKL, pg ni belum dpt lg kabar dr ibu sy di hospital tentang ustaz. Saluran darah otak. Ustaz di Hospital Besar Wad ICU Melaka".

Tolong wawarkan perkara ini kepada semua pelajar dan guru-guru. (Amanah yang diberikan anak dan isteri utz pada saya). 

Saya terus reply. Insya-Allah sama-sama kita doakan kesejahteraan, keafiatan utz ye. Jika perlukan bantuan khabarkanlah. Insya-Allah kami akan bantu mana yang termampu. Moga diberi peluang untuk ziarah guruku. Sabar, doa, jaga ibubapa kita dengan baik sementara mereka masih ada. Tolong doakan utz Yusoff Othman saya. 

Thursday, August 22, 2013

KJ Beri Maklumat Salah CCRIS- Rafizi Ramli

Kuala Lumpur : Rafizi Ramli hari ini mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberikan maklumat salah mengenai keputusan Kabinet berhubung cadangan menggunakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.
Pengarah Strategi PKR itu berkata, tindakan Khairy menyatakan jemaah menteri membatalkan CCRIS adalah seperti memberi harapan palsu walaupun sebenarnya apa yang dilaporkan media arus perdana adalah jemaah menteri menangguhkan pelaksaan sistem itu.

"Ia adalah satu salah faham yang tidak patut berlaku bagaimana seorang menteri boleh menyampaikan maklumat salah, jadi beliau harus segera tampil jelaskan adakah kabinet sebenarnya mahu ia ditangguh atau dibatal," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

“PKR tidak akan berhenti berjuang mengenai ini sehingga mendapat kepastian, CCRIS tidak akan digunakan terhadap peminjam PTPTN,” katanya.

Semalam Khairy melalui laman Facebook miliknya mengumumkan Kabinet membatalkan cadangan menggunakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN.

"Baru selesai Mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih kepada PM dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara orang muda," kata Khairy dipetik laman sosial miliknya semalam.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini mengumumkan peminjam ingkar PTPTN akan dikenakan tindakan di bawah CCRIS, namun memberi jaminan tindakan itu tidak akan menindas peminjam yang majoritinya golongan belia.

"Kita akan memastikan tiada siapa menjadi mangsa kepada pelaksanaan CCRIS ataupun dipinggirkan menerusi program itu," kata ahli Parlimen Besut itu kepada The Malaysian Insider.

Pengumuman itu menerima reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk -pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat (PR), aktivis mahasiswa dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan juga badan bukan kerajaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa).

Aktivis Adam Adli Abdul Halim memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini mahasiswa akan berdemonstrasi membantah cadangan melaksanakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN sekiranya diteruskan.

Wednesday, August 21, 2013

8 Hal yang Membuat Mursi Cepat Dicintai Rakyat



Mesej yg ana terima daripada Syikh Us Mohd Khidhir Husin, pentahkik kitab2 Sabil al Muhtadin yg Telagabiru terbitkan , 


Inilah 8 Hal yang Membuat Mursi Cepat Dicintai RakyatDiposkan oleh Admin BeDa pada Selasa, 03 Julai 2012

Kolumnis Mesir Salama Ahmed Salama mengatakan, Mursi telah membuat banyak kemajuan dalam waktu singkat. Baru saja terpilih, ia telah menjadi tumpuan perhatian.


Mursi juga dinilai cepat dicintai rakyat dan meraih keyakinan publik, meskipun "hanya" 13.280.131 suara dari 53 juta pemilik hak pilih yang memilihnya. Inilah 8 hal yang membuat kharisma Mursi meroket di hari-hari pertama setelah terpilih:

1. Pidato kemenangan Mursi dinilai menyejukkan semua kalangan. Sangat berbeza dari keraguan yang dihembuskan sebagian orang bahwa kemenangan Mursi merugikan pihak non Muslim. Bukan hanya diakui di dalam negeri, pidato itu juga disambut luar biasa di luar negeri, termasuk di Malaysia & Indonesia dan lainnya.

2. Penegasan Mursi sebagai pelayan rakyat. Mursi tidak menganggap dirinya sebagai penguasa. Mursi merasa tak memiliki hak, yang ada hanyalah kewajiban. Kewajiban sebagai pelayan untuk melayani rakyat.

3. Mursi terus menunjukkan diri dengan penampilan yg sederhana. Ia tak terjerumus dalam perangkap kekuasaan dan bahkan menolak tinggal di istana presiden.

4. Mursi tampil sebagai presiden yang pemberani. Ketika berpidato di hadapan puluhan ribu rakyat Mesir di Lapangan Tahrir, Mursi menanggalkan jeket anti pelurunya. Melalui tindakannya tersebut ia berpesan, ia tak takut pada apa pun kecuali Allah.

5. Mursi bersikap tegas kepada Israel dan mendukung Palestina. Penolakan Mursi terhadap ucapan tahniah dari PM Israel Benjamin Netanyahu menegaskan sikap awalnya sekaligus menjawab keraguan sebagaian kelompok Islam akan komitmen Mursi membela Palestin.

6. Pada hari pertamanya sebagai presiden, Mursi menetapkan bonus 15 peratus gaji pada para pegawai. Ia juga secara substansial meningkatkan gaji negara untuk pegawai termiskin.

7. Istri Mursi juga tampil sederhana dan islami. Perempuan berjilbab itu tidak mau disebut sebagai first lady (ibu negara), ia lebih memilih disebut sebagai pelayan Mesir.

8. Mursi mengurangkan protokol dan pengawalan yang kurang penting. Iring-iringan mobil Mursi jauh lebih sedikit daripada presiden sebelumnya sehingga tidak menimbulkan kesesakan lalu lintas, melainkan hanya dihentikan seketika ketika ia lalu jalan itu. [JJ/bsb]

Pimpinan Kerajaan Negeri Kutuk Kezaliman Yahudi


Sallehen sedang berucap
SHAH ALAM: Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi mengutuk keras kepada tentera Yahudi  kerana melakukan keganasan dan tragedi pembunuhan beramai-ramai penyokong bekas Presiden, Dr Mohamed Morsi di Mesir.
Beliau berkata “kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan secara kejam yang dilakukan anggota tentera terhadap rakyat Mesir yang tidak membawa apa-apa senjata tetapi dibunuh sedemikian rupa,”
 Lebih 400 orang berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini  bagi mengutuk pembunuhan regim  tentera Mesir terhadap ribuan rakyat mereka.
Menurut Sallehen yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor sehingga kini, media melaporkan lebih 3,000 terkorban dan lebih 10,000 orang cedera apabila anggota keselamatan menggempur khemah penyokong bekas Presiden, Mohamed Morsi, di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda, Mesir.
Turut serta dalam Perhimpunan ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, serta beberapa aktivis dan pemimpin mahasiswa.

Bantahan anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) itu turut diadakan serentak di masjid negeri seluruh negara sejurus selesai solat Jumaat.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI