Batu Caves : Bapa kepada lima orang anak merayu agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves sudi membantu beliau untuk membiayai saradiri memandangkan usianya 71 tidak mampu untuk melakukan kerja di luar lagi.
Muhammad Muslim Munir berkata, saya sudah berusia dan kini hidup bersama isteri dengan menyewa sebuah bilik kecil di Kampung Nakhoda. Anak-anak tidak hiraukan saya dan isteri lagi. Saya benar-benar rasa sedih dengan ujian yang menimpa saya dan isteri.
Untuk melakukan kerja diluar saya tidak berupaya memandangkan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan. Isteri juga tidak mampu bekerja lagi. Saya tidak tahu dengan cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan lagi, ujarnya.
Menurut Muslim, beliau telah menetap di bilik sewa selama enam tahun. Selama duduk di Kuala Lumpur anak-anak tidak pernah mengambil tahu kehidupan dia dan isterinya. Kadangkala untuk teruskan kehidupan ini beliau menerima bantuan daripada jiran atau saudara mara terdekat.
Sementara itu ADUN Batu Caves Amiruddin Shari pula menyarankan agar beliau membuat permohonan di Pusat Zakat Selangor (PZS) dan memberi nama kepada Nazir Masjid Kampung Nakhoda untuk disenaraikan sebagai golongan asnaf. Beliau juga perlu mengisi borang Skim Mesra Usia Emas (SMUE) agar apabila berlaku kematian samada isteri atau waris akan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri.
Mereka yang mengisi borang SMUE akan menerima RM1000 pada fasa pertama dan RM1500 pada fasa kedua. Bantuan tersebut akan diberi kepada waris bagi menguruskan jenazah dan sebagainya.
Sekiranya warga emas yang telah berdaftar mereka yang hidup akan menerima berbagai intensif daripada kerajaan negeri seperti Jom Shopping, ujarnya.
Menurut Amiruddin, Skim SMUE telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah
pada 2009. Ramai rakyat selangor telah menerima bantuan tersebut tanpa kira parti dan agama.
Katanya, insya-Allah saya akan membantu beliau namun saya harap tuan muslim dapat membuat permohonan PZS agar dapat membantu dirinya pada bulan seterusnya. Dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang naik sudah pasti memberi tekanan kepada beliau.
Justeru saya harap beliau atau warga emas yang terbiar dapat mengisi borang PZS dan borang Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Insya-Allah saya akan memberi sokongan untuk membantu permohonan tersebut.
Skim SMUE perlu diisi oleh semua warga emas yang telah mencapai usia 60 tahun keatas. Dengan skim yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mereka.
Sehubungan itu, saya juga ingin menasihatkan kepada anak-anak tidak kira sesiapa sahaja agar menghargai, hormati ibubapa. Tanpa ibubapa mereka tidak akan lahir di dunia dan berjaya seperti sekarang.
Hidup ini tidak akan mendapat keberkatan sekiranya tidak mendoakan ibubapa dan menjaga mereka dengan kasih sayang seperti mereka menjaga kita diwaktu kecil. Pengorbanan dan kasih sayang ibubapa tidak mampu kita balas, maka menjaga, mentaati ibubapa adalah wajib setiap anak, kata Amiruddin kepada pemberita dalam penemuan bersama rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves baru-baru ini dengan menyampaikan wang sumbangan kepada penerima.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment