Saturday, July 6, 2013

Rakyat Mesir Mahu Jawatan Morsi Sebagai Presiden Di Kembalikan

Mesir : Lebih 4 juta demonstran berkumpul di Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul.

Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan.

Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi’, Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar:  di pentas.

Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: ‘Semua urusan  rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dan lain-lain dianggap batal).

Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah:

1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini.

2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf.

3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang.

4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu.

5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi, bukan orang yang lari.

ADUN Sumbang RM100 Ribu Kemudahan Padang Futsall Untuk Belia dan Remaja (TJU)


Taman Jasa Utama : Belia dan remaja sekitar DUN Batu Caves rasa terharu apabila kemudahan sukan telah dilengkapi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves , Amiruddin Shaari.

Shamsul Saad penduduk daripada Taman Jasa Utama (TJU) berkata, alhamdulilah semenjak Pakatan Rakyat (PR) memerintah belia dan remaja di sekitar DUN Batu Caves merasa berpuas hati apabila kelengkapan sukan seperti padang futsall,  pingpong, dewan badminton telah disediakan banyak kawasan.

Sebelum PR memerintah kelengkapan sukan untuk kami tidak disediakan dengan sempurna  walaupun telah dibuat permohonan kepada pihak berwajib namun menjadi satu kekecewaan kepada  penduduk disini apabila pihak berwajib menyatakan tiada peruntukan untuk kemudahan sukan. 

“alhamdulilah kini impian belia di kawasan ini inginkan sebuah tapak padang futsall telah tercapai di bawah pemerintahan kerajan PR  dalam masa tahun kedua. Pada tahun pertama padang futsall di sekitar DUN batu Caves telah banyak disediakan mengikut kawasan dan apa yag kita lihat ia mendapat sambutan  rakyat khususnya golongan belia dan remaja”, kata Shamsul.

Menurut Shamsul sebelum ini kawasan  tersebut merupakan tanah lapang  yang digunakan untuk kenduri  tetapi  telah di naiktaraf menjadi padang futsall. Dengan adanya padang futsall ibubapa tidak risau lagi keselamatan anak-anak mereka yang sebelum ini sering balik lewat, pergi cybercafé, lepak, lumba motor haram dan sebagainya.

Beliau menambah, “semenjak padang futsall yang baru dirasmikan oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari kini sebanyak 10  pasukan ditubuhkan  yang terdiri daripada belia dan remaja”, ujarnya.

Sementara itu, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari dalam ucapan perasmiannya pula berkata, golongan belia dan remaja perlu manfaatkan padang futsall ini dengan sebaiknya. Adalah menjadi tanggungjawab bersama dengan kemudahan yang diberikan semua pihak perlu menjaga dengan baik.

Ibubapa  tidak perlu risau lagi untuk mencari anak-anak mereka khususnya golongan remaja yang masih di bangku sekolah. Carilah mereka di padang futsall. Saya yakin mereka akan berkumpul beriadah bersama teman-teman disini. Selain padang futsall kita juga menyediakan kemudahan asas lain dalam Dewan orang ramai seperti pimpong, kaarem,  dan dat, kata Amir .

Menurut Amiruddin, sebanyak RM100 ribu telah di peruntukkan untuk pembinaan padang futsall dan lain-lain peralatan untuk kawasan (TJU) bagi melengkapkan kemudahan sukan untuk semua rakyat manfaatkan sebaiknya. Kemudahan yang disediakan boleh digunakan sesiapa sahaja tanpa mengira ideologi pemahaman politik yang berbeza.  

Amiruddin merangkap  Timbalan Exco Belia dan Sukan menambah lagi, padang futsall ini akan mula beroperasi pada 23 Jun, 2013. Saya juga suka mencadangkan agar pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) membuka kedai perniagaan bagi menarik ramai belia dan sukan untuk bersukan. Dengan kemudahan kedai menjual makanan dan minuman ia akan menambah kos pendapatan untuk JKP dikawasan ini.

Insya-Allah saya akan sumbangkan dana sebanyak RM20 ribu untuk membantu mereka membuka perniagaan disini, kata Amiruddin kepada pemberita di padang futsall (TJU) selepas merasmikan padang futsall.  

Ahli Majlis  MPS Zon 12 Zulkifli Hamzah pula berkata, “insya-allah dalam masa terdekat kita akan besarkan Dewan orang ramai  yang telah dilengkapan dengan kemudahan sukan untuk keselesaan semua pengguna dan penduduk disekitar ini”.

Majlis perasmian telah diadakan dengan begitu meriah permainan bunga api, perlawanan persahabatan  kategori bawah 12 tahun antara pasukan  TJU dengan Sungai Tua,  manakala kategori remaja  pula 18 tahun kebawah  dengan  kategori vateren  yang berlawan dengan menggunakan kain pelekat.  Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini telah diberikan cenderhati  dan hamper .

Hadir sama dalam majlis perasmian Ahli Majlis MPS Zon 12,  Zulkifli Hamzah, Ketua-ketua Kampung Zon Batu Caves dan  wakil penduduk.


Editor : Khaulah Azwar

Friday, July 5, 2013

Pembangunan Desa Ikut Kesesuaian Tempat


Kg Sg Pusu telah menjadi Kaw. Perumahan Tmn Desa Gemilang
Shah Alam : Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi menjelaskan bahawa pembangunan luar bandar yang menjadi tumpuan kerajaan negeri bagi penggal terbaru ini akan dibuat berdasarkan kesesuaian penduduk setempat.

Kata beliau, Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran yang sesuai dengan penduduk samada pertananian, pembangunan dan lain-lain lagi.


Menurut Sallehen, perkara ini akan dijalankan serentak dengan program-program kerajaan negeri yang lain iaitu memberi fokus membandarkan Kampung. Jadi apa yang dirasai oleh orang Bandar dapat dirasai juga orang kampung,

Sallehen merangkap ADUN Sabak menambah lagi, setakat ini satu jawatankuasa sekratariat yang di ketuai pegawai perhubungan politik, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sudahpun di tubuhkan.

Dengan adanya jawatankuasa ini maka akan ramailah yang akan terlibat seperti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Saifuddin, saya dan semua ketua-ketua kampong dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamtan Kampung (JKKK).

JKKK sudah mula melakukan kerja mereka. Buat masa ini kita dalam peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan ketua kampong, kata Sallehen selepas sidang DUN.  

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Pusu, Gombak  Mohd Yunus pula berkata, alhamdulilah semenjak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah rata-rata penduduk di sekitar Kg. Sg Pusu merasa berpuas hati dengan kemajuan, kerjasama yang diberikan.
UMNO Perintah 1962 surau tidak boleh solat Jumaat PR boleh sokmo.

Terdahulu Kg. Sg Pusu  yang di bina pada tahun 1962 tidak di bangunkan tetapi dalam tempoh tahun pertama 2009 apabila PR memerintah banyak perubahan dibawa. 

Jalanraya telah dilebarkan,  di tar, perparitan telah dinaiktaraf, surau telah dijadikan tempat solat jumaat, dan Bas juga telah dibenarkan masuk ke kawasan kampnug ini.  

Namun kita harap kerajaan negeri dapatlah turun padang dengan menyediakan sebuah masjid di kawasan perkampungan ini memandangkan seramai hampir 1000 penduduk muslim disini terpaksa keluar kawasan untuk solat jumaat. 

Meskipun surau telah dibenarkan untuk solat jumaat namun tidak mengcukupi menampung muatan penduduk disini untuk solat berjemaah.

Dengan kemudahan infrastruktur yang telah dinaiktaraf tidak berlakunya banjir, pembangunan perumahan telah banyak dinaikkan yang sekaligus memberi keselesaan kepada rakyat. Rakyat  disini juga telah mengambil inisatif dengan bercucuk tanam seperti sayur-sayuran, pokok getah, menternak ayam kampung, itik dan sebagainya
Exco Agama, Sallehen Mukhyi

Segala kemudahan diberikan telah dimanfaat sebaiknya oleh rakyat dan dapat membela nasib mereka yang tidak mempunyai peluang pekerjaan. 

Usaha kerajaan negeri yang mengurus negeri dengan telus dan berkebajikan telah terbukti dalam tempoh 2 tahun pemerinhan PR disini,  kata Yunus kepada pemberita pagi tadi.

Editor : Khaulah Azwar

Thursday, July 4, 2013

Peruntukkan Lebih RM 9 juta Untuk Pembangunan Pertanian

Shah Alam ,  5 Julai: Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi mengumumkan  Kerajaan Negeri memperuntukan  sebanyak RM 9.141 juta bagi pembangunan pertanian dan industri asas tani di seluruh Selangor bagi sepanjang tahun ini.
Beliau berkata, peruntukan itu meliputi pelbagai aktiviti pertanian bagi meningkatan ekonomi Selangor dan pendapatan petani.
Antaranya pembangunan taman agro teknologi sebanyak RM 1.4 juta, pembangunan tanaman makanan (RM 5.04 juta),  pembangunan tanaman industri (RM 300,000), pembangunan industri bunga dan taman hiasan (RM 200,000).
Juga diperuntukan adalah pembangunan industri asas tani (RM 1.251 juta), pembangunan pertanian bersepadu (RM 700,00) dan pembangunan tanah terbiar (RM 200,000).
“Ia adalah usaha bagi memperbanyakkan industri hiliran di Selangor,” kata Sallehen ketika menjawab pertanyaan mulut Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan (Pas) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS)  petang semalam.
Beliau merangkap ADUN Sabak menambah lagi, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan utama terhadap peningkatan hasil tanaman padi.
Usaha lain katanya adalah projek taman kekal pengeluaran makanan, pembangunan tanaman sayur-sayuran di samping membantu petani yang mengusahakan tanaman lain. Semua projek yang dilakukan akan dibuat pemantauan yang rapi bagi melihat kemajuan yang dilakukan oleh para petani di negeri ini.
Editor :Khaulah Azwar



Exco Agama Nasihat Umat Islam Tidak Salah Guna Wang Zakat, Ibu Tunggal Terharu Terima Bantuan

Sabak Bernam : Seramai 10 orang penerima asnaf bantuan zakat melahirkan rasa terharu apabila nama mereka telah terpilih sebagai penerima zakat untuk membina rumah yang diimpikan selama ini.

Azariah Tumiran ibu tunggal mempunyai lima cahaya mata yang masih kecil rasa gembira dengan bantuan sebanyak RM38 ribu.

Sallehen Mukhyi menyampaikan RM38 Ribu kepada Azariah Tumiran

Beliau berkata, alhamdulilah syukur kepada Allah SWT diatas rezeki dan bantuan yang diberikan oleh pihak Zakat. Sebelum ini sudah dua kali saya membuat permohonan tetapi  permohonan di tolak atas sebab tertentu. Namun  saya tidak berputus asa untuk terus membuat permohonan dan alhamdulilah tahun ini saya di pilih. Ini merupakan rezeki anak-anak saya yang masih kecil sempena ketibaan Ramadhan tidak lama lagi.

Menurut Azariah, pendapatan hasil menjual kuih muih sebulan RM350 tidak mengcukupi untuk membiayai pendidikan anak-anak namun kehidupan ini perlu di teruskan dengan usaha yang gigih.

Tambahnya lagi,  sebelum ini saya menyewa rumah sebanyak RM100, belum tolak  bil air dan bil elektrik. Bakinya untuk anak-anak. Alhamdullilah akhirnya kesusahan saya berakhir juga apabila Zakat Selangor telah mengambil serius dengan kesusahan yang saya alami selama ini dengan memilih saya sebagai penerima Zakat. Bantuan dihulurkan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban saya.

Insya-Allah rumah yang telah siap dibina bakal diduduki sebelum Ramadhan dan dapatlah saya dan anak-anak merasakan rumah baru. Justeru saya merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan prihatin kepada saya sekeluarga dengan menghulurkan bantuan. Saya harap ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi yang diberi mandat oleh rakyat dapat memberi khidmat yang terbaik  katanya kepada media.
Sementara itu, ADUN Sabak Sallehen Mukhyi yang telah merasmikan penyampaian bantuan zakat rumah kepada 10 orang penerima mengucapkan tahniah.

Katanya, alhamdulilah sebelum tibanya Ramadhan seramai 10 orang penduduk sekitar Bagan terap telah dipilih penerima zakat. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dapat mengurangkan bebanan yang mereka tanggung selama ini.

Dalam kita memberi zakat kepada umat Islam terdapat syarat-syarat utama yang melayakkan individu itu menerima bantuan. Bukan semua orang boleh terima zakat jika syarat utama tidak menepati.

Menurut beliau, umat islam dinegeri ini sewajarnya memahami apakah yang dimaksudkan dengan Zakat, siapakah yang layak menerima bantuan dan sebagainya kerana difahamkan terdapat masyarakat yang mengambil kesempatan dengan menyalahguna wang zakat. Wang zakat tidak boleh dibuat main-main kerana kesan diakhirat amatlah perit.

Sallehen Mukhyi  merangkap Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa  menjelaskan lagi antara golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya.


Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;



تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ



“Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)” (al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).



Ujarnya lagi, antara golongan yang berhak menerima zakat Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan iaitu 1. Untuk golongan fakir, 2. Untuk golongan miskin, 3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama, 4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat, 5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya, 6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang, 7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah), dan 8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.



إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ



“Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. 



(at-Taubah: 60)



Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi. (al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514). 



Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita, kata Sallehen selepas menyampaikan bantuan zakat kepada penerima di Masjid Sultan Muhammad Shah Parit 10, Sabak Bernam, disini.


Hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Negeri Selangor Tuan Haji Mohamed Izam Bin Mohammad Yusof, Imam muda Jabar dan  Sham kamikaze.

Editor : Khaulah Azwar





Wednesday, July 3, 2013

Exco Hal Ehwal Islam Iltizam Melakukan Penambah baikan Portfolio

Shah Alam : Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa , Sallehen Mukhyi tanam iltizam melakukan penambah baikan Portfolio Hal Ehwal Islam. Beliau berkata, dalam menjaga Portfolio Hal Ehwal Islam saya akan cuba sentiasa berbincang dan memberi kerjasama dengan Sultan Selangor Sultan Saharafuddin Idris Shah kerana sebagai ketua Agama Islam baginda lebih arif. 
Sallehen Mukhyi membincangakan kemajuan pertanian selangor 
Selain itu, saya akan fikir beberapa kelemahan dalam Jabatan Agama Islam supaya setiap masalah dan kelemahan yang ada dapat di atasi dengan baik. Ia merangkup dalam manifesto konteks pembangunan jiwa dan fizikal umat Islam dengan menyediakan Pusat Tahfiz Sains di tiga Daerah yang bakal dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ini, ujarnya.

Menurut beliau penambah baikkan seterusnya ialah memperkasakan kualiti mengurus agama seperti jurunikah, imam, pengetua sekolah agama. 

Saya fikir penekanan ini perlu diberi fokus utama kerana kepimpinan ini adalah peneraju Institusi Agama di Selangor, kata beliau yang merupakan ADUN Sabak. Tambahnya lagi bagi manakala bagi Portfolio Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen berkata perlatikan dirinya untuk menggalas tanggungjawab ini secara tidak langsung sebagai satu penghargaan kepada petani terutamanya di bahagian utara Selangor. 

Manakala mengenai isu agama Selangor pula perlu perbincangan yang mendalam dan kerjasama erat antara Exco-Exco lain bagi mengatasi masalah isu arak, ajaran sesat dan pusat hiburan yang semakin menular, kata Sallehen selepas melawat Pusat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), disini. 

Editor : Khaulah Azwar 

Tuesday, July 2, 2013

Jambatan Parit Batu 10 Siap Dibina, ADUN Seru Rakyat Rajin Imarah Masjid dan Surau


Parit 10, Sabak Bernam 3 Julai : Rakyat Sabak Bernam melahirkan rasa gembira apabila Jambatan lama telah dinaiktaraf dan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak Bernam malam tadi, Sallehen Mukhyi.
Exco Agama, Sallehen Mukhyi rasmi Jambatan Baru Masjid Parit 10


“Sebelum ini jambatan yang terdapat berhampiran jalan besar merupakan jambatan lama tidak bersimen  dan mudah memberi kemudaratan kepada pengguna yang ingin menunaikan solat di Masjid Parit 10 tetapi setelah saya diberi mandat sebagai ADUN di kawasan ini kita telah menerima aduan rakyat untuk membina jambatan baru. Alhamdulilah kerja pengurusan di mudahkan”, kata Sallehen.  

Menurut Sallehen tujuan Jambatan tersebut dibina kerana ia merupakan satu keperluan kepada penduduk disini dan mengelak berlakukan kemudaratan kepada pengguna.  

Sallehen merangkap Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa  menambah lagi, “saya  menyeru  semua umat Islam di kawasan ini khususnya dengan adanya Jambatan baru mereka akan bertambah ringan untuk beribadah dengan melakukan solat berjemaah dan mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid.

Masjid dan surau perlu diimarahkan tanpa mengira parti politik. Apabila kita berada di rumah Allah sewajarnya hal keduniaan di ketepikan”, katanya kepada pemberita.
Hadir sama Tuan Hj Mohamed Izam Bin Mohamed Yusof, CEO Zakat Selangor dan Ustaz Jamsari Marsom Nazir Masjid Parit 10. 

Editor Khaulah Azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI