Parit 10, Sabak Bernam 3 Julai : Rakyat Sabak Bernam
melahirkan rasa gembira apabila Jambatan lama telah dinaiktaraf dan telah dirasmikan
oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak Bernam malam tadi, Sallehen Mukhyi.
|
Exco Agama, Sallehen Mukhyi rasmi Jambatan Baru Masjid Parit 10 |
“Sebelum ini jambatan yang terdapat berhampiran
jalan besar merupakan jambatan lama tidak bersimen dan mudah memberi kemudaratan kepada pengguna
yang ingin menunaikan solat di Masjid Parit 10 tetapi setelah saya diberi mandat
sebagai ADUN di kawasan ini kita telah menerima aduan rakyat untuk membina
jambatan baru. Alhamdulilah kerja pengurusan di mudahkan”, kata Sallehen.
Menurut Sallehen tujuan Jambatan tersebut
dibina kerana ia merupakan satu keperluan kepada penduduk disini dan mengelak
berlakukan kemudaratan kepada pengguna.
Sallehen merangkap Exco Hal Ehwal
Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa menambah lagi, “saya menyeru
semua umat Islam di kawasan ini khususnya dengan adanya Jambatan baru mereka
akan bertambah ringan untuk beribadah dengan melakukan solat berjemaah dan
mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid.
Masjid dan surau perlu diimarahkan tanpa
mengira parti politik. Apabila kita berada di rumah Allah sewajarnya hal
keduniaan di ketepikan”, katanya kepada pemberita.
Hadir sama Tuan Hj Mohamed Izam Bin Mohamed Yusof, CEO Zakat Selangor dan
Ustaz Jamsari Marsom Nazir Masjid Parit 10.
Editor Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment