Monday, May 20, 2013

Tazkirah : Masyaallah, Hebatnya Tahajud..Sembilan Kemuliaan Sholat Tahajud



Rasulullah bersabda, "Barang siapa menjaga sholat tahajud dengan sungguh-sungguh, maka Allah memberinya sembilan kemuliaan, terdiri dari lima kemuliaan didunia dan empat di akhirat.

Di dunia:



1. Allah jauhkan dari bencana
2. Tanda kesholehan memancar diwajahnya
3. Akan dicintai hamba Allah yang sholeh pula dan disegani manusia
4. Bicaranya jadi hikmah dan berwibawa
5. Mudah memahami Agama Allah.

Di akhirat:



1. Bangkit dengan wajah penuh cahaya
2. Mudah saat di hisab
3. Seperti kilat menyambar melewati shirot
4. Menerima catatan amal dari sebelah kanan.

SubhanAllah, "Allahumma semoga Allah ilhamkan kepada kita dan keluarga kesenangan dan kekhusyuan sholat malam... Aamiin".

Sunday, May 19, 2013

Khalid Nasihat Agar Kerajaan Pusat Segera Lakukan Penstrukturan Air

SHAH ALAM 20 MEI:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan agar Kerajaan Pusatmengutamakan isu penstrukturan semula industri air bagi membolehkan kerajaan Selangor memulihkan perkhidmatan bekalan air yang gagal diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Beliau berkata, kegagalan Syabas itu terbukti melalui pengakuan syarikat konsesi itu dalam kenyataan bahawa bekalan air bersih tidak mencukupi ekoran kelemahan menyelenggara loji rawatan air.
MB lagi
“Kenyataan Syabas ini juga mengesahkan dakwaan awal kerajaan negeri bahawa mereka gagal menyediakan sistem logistik yang berkesan termasuk keadaan paip air yang tidak memuaskan untuk menyalurkan air kepada pengguna.
“Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 33 peratus kepada 15 peratus pada 2012 seperti dipersetujui dalam perjanjian penswastaan,” ujar Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang dalam kenyataan medianya.
Kenyataan ini sebagai respon makluman Syabas yang menyatakan sejumlah 13,500 pengguna di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, termasuk tekanan rendah, ekoran penurunan paras air di kolam utama syarikat itu sejak kelmarin.
Syabas menyebut kawasan yang terlibat di Gombak adalah Lembah Jaya Utara, Desa Lembah Permai, Kampung Muhibbah, Kampung Tasek Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Tasik Tambahan, Taman Sri Baru dan Taman Dagang Jaya.
Di Kuala Lumpur pula Bandar Seri Permaisuri, Taman Shamelin, Jalan Ikan Emas dan Jalan Yaakob Latif manakala kawasan lain termasuk rumah pangsa lima tingkat di Desa Pandan, Taman Dagang dan Taman Nirwanasa Maju.
Syabas menyatakan gangguan ini berlaku disebabkan pengurangan pengoperasian di Rumah Pam Wangsa Maju sehingga menyebabkan penurunan paras yang kritikal di kolam utama Syabas sejak semalam.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menambah, penyelesaian utama dalam isu bekalan air ini ialah memastikan operator air berjalan dengan cekap dan berkesan.
“Saya ulang bahawa projek Langat 2 bukan penyelesaian kepada masalah air dan keutamaan kita pula adalah terhadap bekalan air terawat, bukan air mentah,” kata Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor itu.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan lain, Khalid menegaskan hasrat kerajaan Selangor untuk mengambil alih bekalan air daripada Syabas dengan meletakkan ‘Perdamaian Kebangsaan’ oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai ujian pertama membela kepentingan rakyat negeri.


Editor : Khaulah Azwar

Pendidikan : Hormati Guru Jika Ingin Berjaya



Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami."(Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diriterhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk.Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan"awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.


Tazkirah : Nekad Aku Ingin Menjadi Insan Yang Baik

 "Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)
Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja, dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput. Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup.
KEINGINAN UNTUK BERUBAH
Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.
Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.
Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,
"Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu."
BERSYUKUR
Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta. 
Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan keseronokan pada diri.
Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka diberikan ialah 'belum sampai seru!' alasan tersebut langsung tidak munasabah. Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!
Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan menebus segala dosa-dosa lalu?
HIDAYAH NALURI
Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar. Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar. Yang kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek. Kemudiannya hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.
HIDAYAH AGAMA
Seterusnya ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara perkara-perkara baik dengan perkara haram.
HIDAYAH TAUFIK
Yang terakhir ialah hidayah taufik yang mana merupakan tahap hidayah yang tertinggi kurniaan Allah kepada hambanya yang dikasihi. Tinggal sekarang, hidayah itu harus dijaga kerana nilainya tiada tara dan tidak dapat ditukar dengan apa pun. Ia menjaga kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat kelak.
Hidayah pula diturunkan dalam dua cara iaitu hidayah pemberian makhluk sama ada dari kalangan para nabi, pendakwah ataupun sesiapa sahaja. Contohnya hidayah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad agar membimbing umatnya beriman kepada Allah. Namun, hidayah taufik ini tidak mampu diberikan oleh makhluk tetapi hanya Allah yang berkuasa. Ia tiada pada Nabi Muhammad walaupun baginda adalah seorang Rasul sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 56 yang bermaksud,
"Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi hidayah/petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki."
Adapun ciri-ciri orang yang sudah mendapat hidayah, mereka hebat beribadat seperti melakukan solat fardu dan sunat, mengeluarkan zakat dan rukun Islam yang lain, sentiasa memperuntukkan waktu untuk bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT selain mengerjakan keperluannya di dunia. Mereka ini tidak mampu melupakan Allah walau sesaat kerana begitu takut akan pembalasan di hari akhirat nanti. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan agar tidak ditarik balik hidayah pemberian Allah.
Biarpun hidayah itu adalah pemberian Allah tetapi tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu ia datang kepada kita. Hidayah perlu dicari dan boleh diusahakan jika kita benar-benar inginkannya dengan memohon kepada Allah. InsyaAllah, kita pasti akan diberikan hidayah.


"Samada Rakyat Keluar Atau Menteri Itu Keluar Malaysia" - DR ASRI



Sesi Soal-Jawab Agama Bersama Dr Asri... Dr Asri Menjawab Soalan Bagi Merujuk Kepada Kenyataan Seorang Menteri Yang Mengatakan Kalau Tak Suka Sistem Pilihan Raya Malaysia, Boleh Pindah Ke luar Negara Pilih Negara Yang Mengamalkan Sistem Pilihanraya Yang Mereka Suka... ::.kikiki

Thursday, May 16, 2013

Imbau Kembali Kenangan SMVPR.. Selamat Hari Guru, Lilin Seorang Guru



Mengimbau kenangan smvpr sempeba hari guru. Sesungguhnya Allah  dan para malaikat semua yang di ciptakn Allah sentiasa mendoakan agar mereka yangg mengajar memberi didikan kearah kebaikn agar kehidupannya di rahmati Allah. Hadis Nabi Muhammad saw. 

Slmt hr guru buat guru yang nendidik menjaga saya sehingga berjaya dan menjadi insan.Daripada tidak tahu huruf; tidak tahu membaca kini celik hati . 

Cikgu Rosmidah best mum
Guru SMVPR yangg cubit saya terkopik kulit sebab markah matematik saya turun dalam ujian bulanan cikgu Sadiah; Cikgu Haslinah; cikgu jiwa keibuan suka bagi saya makan buah, bekal telor puyoh, jagung, sawi setiap kali balik cuti hujung bulan untuk beri pada emak Cikgu Rosmidah Hashim. Saya sering ingat  katanya kepada semua pelajar yang tak pernah saya lupa.

"kamu semua tolong buang sikap malas dalam diri jika  ingin berjaya. Mulakn hidup di pagi hari dengan sikap positif". Tiap kali malas kata-kata cikgu sentiasa bermain di minda saya, terima kasih cikgu Rosmidah. 

Cikgu Rosli Syarkom guru yang garang suka campak buku pelajar jika tidak siap kerja sekolah.Alhamdulilah sepanjang belajar buku saya tidak pernah di campak. Buku saya sentiasa jadi contoh sampai pelajar senior; junior  dan rakan kelas iri hati. 

Guru yang suka berleter awal pagi. Tiap sabtu ahad kena pasti asrama bersih. Waktu solat kena sharp; guru yang ajar saya apa itu usrah Hajah Norehan. Cermin mata besar mata nak terkeluar bila marah, time buat eksperimen meletup makmal..haha cikgu yati..

Cikgu jiwa penyayang tidak sampai setahun di SMVPR, selalu bawa saya balik kampung, dia guru dialah kakak pada saya.. the best sister Cikgu Liza. 

Guru ajar dunia akhirat kata nasihat yang sangat halus tempat saya selalu minta nasihat saat jiwa di saluti kesedihan Utz Yusof. Kini guru-Guru murabbi para alim ulama utz Haron Din; Tok Guru Nik Aziz; Tok Guru Hadi Awang; Utz tn Ibrahim Tn Man.

Terima kasih untuk segalanya. Moga kehidupan kalian di berkati Allah swt. Maaf atas kelemahan diri. Halalkan ilmu makan minum anakmu.  

Mula saya masuk SMVPR guru yang sambut saya Cikgu Saadiah. Guru yang masa tengah pregnant asyik nak marah dan suka soal saya.Time kelas cikgu ni saya  tidak suka.  Tapi bila cikgu cuti bersalin rindukan marah , kata-kata cikgu. 

Sampai best friend cikgu reporter hehe..cikgu Rusnah selalu usik saya. "Mak kamu dah cuti bersalin tau rindu. Bila orang ada depan mata tak suka bila  orang tiada baru rasa kehilangan. Kata gurauan kalian  tak pernah di lupakn smpai bila-bila.

Guru boleh lupa pelajar tetapi seorg pelajar tidak pernah lupa gurunya walupun antara kita akan pergi bertemu Allah swt suatu hari nanti. Ilmu kalian sifat kalian jadi inspirasi setiap pelajar. Dengan cubit dengan marah ; campak buku; baling dakwat pada guru yang  tidak patut kawan saya lakukan..dengan nasihat padanya akhirnya jadi insaf..


Namun 1994 pecah rekod dalam keputusan exam SPMV  semua pelajar dapat best result. Sekali lagi terima kasih ckgu. Sekadar mengimbas kenangan suka duka  di bumi SMVPR,  barakallahumma.


Salam sayang buat semua guru Sementas, SMVP 

Taati Guru Selagi Tidak Melanggari Syariat ISLAM, ADUN Gombak - Hasbullah Ridzwan


Gombak, 16 Mei : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Hasbullah Ridzwan  telah meraikan semua pendidik sempena Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah Integrasi Seri Al Huda Gombak (SERIAHG) pagi tadi.
ADUN Gombak Hasbullah Menyampaikan Hamper Untuk SERIAHG

Beliau dalam ucapannya berkata, setiap tahun semua sekolah akan menyambut hari guru bagi mengingati  jasa dan pengorbanan guru.

Namun setiap pelajar sewajarnya menyambut hari guru  setiap hari dan waktu bukan hanya sekadar setiap 16 Mei. Untuk menyambut dan meraikan guru adalah  dengan kaedah setiap pelajar harus menghormati, membalas jasa guru,  mentaati guru selagi mereka mendidik, memberi ilmu kepada kita,  katanya.

Menurut beliau selagi seorang guru memberi ilmu yang bermanfaat dan tidak melanggari syariat Islam maka setiap pelajar harus hormatinya seperti mana menghormati ibubapa. Ilmu yang diberikan perlu di amalkan agar mendapat syafaat kepada guru.

Hasbullah yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor meminta agar semua pelajar harus  muhasabah diri sejak daripada umur 5 tahun di peringkat pra sekolah kita tidak tahu membaca, tidak boleh menulis tetapi dengan adanya guru maka kita telah mampu membaca dan menulis sehingga masuk ke Sekolah Rendah, Sekolah Menengah , Institusi Pengajian Tinggi dan memperolehi kerjaya yang baik. Maka sewajarnya wajib semua pelajar dan semua peringkat menghargai guru walaupun guru-guru tidak minta dibalas, ujarnya.  

Dalam pada itu, beliau juga turut mendoakan guru-guru di (SERIAHG)  agar Allah memudahkan  setiap urusan sebagai pendidik,  di limpahkan rezeki yang luas, memperolehi rahmat daripada Allah SWT dalam memberi didikan kepada anak bangsa.

Semua guru  perlu menyedari  dan rasa perlu bertanggungjawab amanah kepada  semua pelajar demi selamatkan umah daripada kehancuran.
Bukan Rakyat yang minat ADUN Gombak, Pelajar Juga.

Sementara itu, Guru Besar SERIAHG, Hajah Surayah Sarit melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada ADUN Gombak yang sudi memenuhi jemputan daripada sekolah untuk meraikan majlis hari guru pagi ini.

Beliau berkata, Alhamdulilah kita rasa bersyukur majlis hari guru kali ini mencatit sejarah apabila ADUN Gombak sudi bersama meraikan hari guru untuk semua pendidik dan pelajar di sini. Sebelum ini pihak sekolah telah menerima bantuan dana sambutan hari guru bernilai RM3,500  serta Hadiah Saguhati daripada Parlimen Gombak, dan ADUN Gombak bagi membantu menjayakan majlis.

Dalam perutusan sempena Hari Guru dengan terma  Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda meminta  agar jasa dan pengorbanan guru di hargai. Setiap usaha, tenaga dalam mendidik  anak murid. Yayasan Tamir pendidikan mengucapkan tahniah kepada guru-guru, kakitangan dan warga sekolah yang telah memberi didikan yang baik di peringkat Institusi  pendikan jemaah Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Menengah Islam (SMI),  TASKI dan tahfiz  di seluruh negara.

Jelas Surayah lagi dalam perutusan tersebut, tanpa guru tiada pelajaran dan pembelajaran, tanpa guru ilmu tidak akan kembang, tanpa guru manusia tidak akan terdidik dalam mendapat ilmu.

Khidmat guru perlu di hargai. Kanak-kanak  adalah benih, guru adalah tukang kebun yang menerusi kemesraan yang cermat. Dapat membuka rahsia potensi yang tersembunyi dalam diri setiap pelajar. Islam beri kedudukan yang tinggi kepada orang yang beriman, memberi ilmu kepada org lain untuk diamalkan.
Guru-Guru Bergambar kenangan dengan ADUN Gombak

Sesungguhnya hari guru yang disambut setiap tahun adalah  bertujuan mengingati  dan membalas jasa semua pendidik. Disamping itu untuk memberi keinsafan kepada pelajar agar sentiasa menghormati guru.

Semua institusi pendidikan ABIM  perlu mengikut amanah pelaksanaan pendidikan Islam yang berhasrat melahirkan insan soleh dan umat terpilih iaitu  ummat yang abdikan diri kepada Allah SWT.

Matlamat pendidikan ABIM adalah berbeza dengan pendidikan sekuluar.  Justeru guru -guru  perlu membantu ABIM  dalam menetapkan makna dan falsafah bagi merialisasi sert melahirkan generasi ulul albab, jelas Surayah.

Majlis Hari Guru telah di adakan berbagai aktiviti dan program  yang telah di susun oleh guru-guru bersama pelajar bagi memeriahkan majlis. Antaranya Nasyid, Tilawah Al-Quran, Sukan, Persembahan Pelajar untuk Guru, persembahan guru untuk semua pelajar dan sebagainya.  

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI