Monday, November 5, 2012

Datuk Ismail Kamus Akan Dicalon Semula PRU13

Gombak : Kunjungan bekas ADUN Gombak Setia 1999-2004 Ustaz Dato Ismail Kamus terhadap Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz membawa harapan calon PAS bagi Dun tersebut bakal berubah.

Setelah Adun Gombak Setia dari PAS yang memenangi pilihanraya pada 2008 lalu  (Datuk Dr Hasan Mohamed Ali)   dipecat oleh PAS maka ramai tercari-cari penggantinya bagi PAS mengulangi kejayaan pada PRU 12.

Nama-nama yang terpampang di banner di kebanyakkan tempat memaparkan gambar dan nama tiga pimpinan PAS kawasan Gombak iaitu YDP Sallehuddin Nasir, Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Abdul Halim yang juga anak kepada bekas Setiausaha Agung PAS yang terpaksa mengundurkan diri kerana keuzuran dan juga Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Ridzwan.

Namun kedapatan suara-suara dari kalangan ahli parti yang mahu bekas Adun PAS 1999-2004 lalu iaitu Dato Ustaz Hj Ismail Kamus kembali dicalonkan kerana kini beliau semakin sihat dan terbaru sempat mengunjungi Tuan Guru Dato Bentara Nik Abdul Aziz di Kota Bharu dua hari yang lalu.


Aktivis PAS mengharapkan dengan mengemukakan semula bekas Adun tersebut maka peluang PAS untuk memenangi sekali lagi kerusi Dun Gombak Setia lebih cerah dan tambahan pula dapat menyaingi ketua 'Beras Jati' yang seronok menyerang PAS dan Pakatan Rakyat terutama di luar kawasan Gombak.

Sekalipun terdapat segelintir penyokong dan ahli PAS di Dun Gombak Setia yang setia kepada Hasan Ali secara terangan atau senyap akan tetapi ianya tidak mematahkan hasrat PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut ditangan PAS.

YDP PAS Gombak iaitu Sallehudin Nasir pernah bertanding di Dun Gombak Setia namun kalah kepada calon BN. Sebagai menyahut saranan pimpinan tertinggi PAS untuk menggalakkan sebahagian pimpinan agar memberikan laluan kepada calon yang boleh menang dan lebih disenangi pengundi maka wajarlah banyak faktor diambilkira oleh semua pihak yang terlibat dalam jentera pilhanraya parti peringkat Dun mempertimbangkan calon-calon yang punyai harapan lebih untuk menang.

Dengan pemergian dan kembalinya ke rahmatullah bekas Pengarah DUn Gombak Setia dan juga Pengarah Pilihanraya PAS negeri iaitu Allahyarham Cikgu Mohd Radhi Yusof dan juga bakal calon Dun Gombak Setia maka jentera parti agak muram sebelumnya.

Namun ianya kembali pulih setelah YDP PAS kawasan berjaya mengembleng tenaga semua peringkat jentera ke arah bersedia untuk terus meraih kemenangan khasnya semua Dun dalam kawasan Gombak berserta parlimennya sekali.

Dengan kemenangan PAS di Dun Gombak Setia nanti ianya bakal menyumbang kepada pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat penggal ke 2.

Editor : Khaulah Azwar-


Suara Editor : Alhamdulilah jika Datuk Ismail Kamus orangnya  dicalonkan pimpinan.  (Gombak perlu pemimpin yang beribawa, profesional, dikenali masyarakat tanpa kira agama, bangsa, dan parti).. (Gombak Moga Allah sentiasa beri pertolongan untuk meraih kemenangan).   


Bukan mudah menjadi pemimpin. Seorang pemimpin mesti seorang nya bijak, mesra rayat, rajin turun padang, jujur, sabar dalam hadapi ujian.    


Perlu bertemu rakyat tanpa kira parti bangsa dan agama, bukan sekadar hanya parti sahaja kenali.


Pemimpin mestilah orang2 yang profesional dan dikenali masyarakat.  dan banyak lagi.      Jika ciri2 pemimpin tiada, sebelum terima amanah rakyat marilah bersama muhasabah diri, apakah kita telah lakukan terbaik untuk islam.

Jika menjadi pemimpin yang telah di pilih PRU12 lalu apakah tugas kita laksanakan dengan sebaiknya??  

Bagaimanakah tugas kita di kawasan yang telah diamanahkan rakyat?? (ADUN, Penyelaras, Ahli Majlis dll) Waallahhualam.

Responds Rakyat :

Nik Aziz Sedia Di Tentang.


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya.


“Tak dok apo (tak ada apa), negara ini demokrasi. Bagi duit ambil, bagi lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pakoh (pangkah) Pas,” katanya  dalam sidang media selepas menerima sumbangan dari Dakwah Halaqat Negeri Kelantan di JKR 10 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang menyatakan kesanggupan untuk menentang Mursyidul Am Pas itu pada PRU13 walau di kerusi Parlimen sekalipun.

Kelmarin, Nik Sapeia dalam kenyataannya berkata, beliau terpanggil menyuarakan kesanggupan menentang Nik Abdul Aziz selepas pemimpin itu menyokong hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ini bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada PRU13.

Menurutnya, jika Nik Abdul Aziz boleh menyokong hasrat Abdul Hadi menentang pemimpin nombor satu negara, bermakna pemimpin itu juga mungkin bersedia untuk ditentang olehnya.

Terdahulu Nik Abdul Aziz menerima sumbangan berjumlah RM30,607 daripada Unit Dakwah Halaqat Negeri Kelantan bagi membantu menampung Pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu- Kuala Krai sepanjang 73 kilometer.

Sementara itu, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri, Abdullah Ab Razak berkata, pihaknya mengambil masa hampir sebulan untuk mengumpulkan jumlah itu yang diperoleh daripada ahli dan rakyat negeri ini.

“Sumbangan yang diserahkan hari ini (semalam) adalah yang pertama, ia dikumpulkan sewaktu menjalankan aktiviti seperti kelas-kelas mengajar dan sebagainya,” katanya.

Seramai 16 pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan hadir pada majlis ringkas yang turut memberi peluang kepada mereka berdialog dengan Menteri Besar itu.
 
 Editor : Khaulah Azwar

Jika Dapat sahabat seperti itu, peganglah ia seeratnya.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.


Berikan Kejayaan kepada Ibubapa, SPM Penentu Masa depan

Seremban : Masih belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat semua adik-adik yang dikasihi. 
Kenangan bersama Dr Halimah dan Pelajar PTRS sebelum SPM.
Buat sehabis baik, berikan kejayaan kepada kedua ibubapa kita setelah mereka bersusah payah mencari wang membanting tulang empat kerat untuk memberi pendidikan sempurna. 

(SPM) merupakan satu arah tuju masa depan kita, samada kita ingin mengorak langkah kehadapan atau mundur kebelakang. 

Setelah sekian lama ana terhenti dalam dunia motivasi pelajar bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Namun kali ini diberi kesempatan untuk bersama rakan-rakan membentuk adik-adik seramai 3000 dalam Smart Learning, persiapan terakhir menghadapi peperiksaan SPM. 

Pada mulanya ana tidak yakin  untuk melakukan lagi disebabkan kata-kata sebahagian insan yang tidak mahu maju kehadapan namun apabila teringatkan kata-kata Murabbi Utz Azhar Idrus, setiap manusia perlu buat perubahan.

Capaikan impian anda dengan penuh yakin, anda mampu memilikinya.
Buangkan segala kata-kata negatif yang mereka lontarkan kepada kita kerana mereka tidak akan membantu kita. Manusia sebegini harus dijauhi, tetapi dalam masa yang sama kita perlu nasihatinya dengan menyedar dirinya kembali.

Sebagai manusia kita perlu beri keyakinan sesama insan, jadi role terbaik kepada orang lain tanpa mengsia-siakan sesiapa terutamanya ibubapa kita.

Perkataan "sibuk dakwah orang lain, sedangkan keluarga sendiri bercelaru" tidak seharusnya digunakan lagi kata utz. Kita mampu menasihati mereka tetapi untuk mengubah diri mereka adalah diri mereka sendiri,. hanya doa yang mampu kita hulurkan setelah kita berusaha kearah itu. 

Justeru dakwah bil hal kepada orang sekeliling kita perlu diteruskan kerana merekalah generasi kita. Siapa lagi yang nak ubahkan mereka?? 

Jika tidak kita yang dekati mereka dengan pertolongan  Allah  yang akan berikan hidayah kepada mereka. 

 Namun janganlah kita rasa berpuas hati dengan apa yang ada pada kita bahkan seharusnya kita terus berdoa moga hidayah Allah berikan pada kita sentiasa kekal selamanya. 

Orang sekeliling, keluarga terus kita dekati walaupun kita disakiti. Mungkin kita diuji begini, tetapi masih ada orang luar lebih teruk diuji, bahkan bagaimana Nabi Muhammad SAW, Nabi Yusof a.s di uji dengan keluarga dalam menybarkan dakwahnya. 

Jsuteru, ana harus bangkit daripada kejatuhan ini untuk kembali seperti dulu dalam membentuk melahirkan ramai pelajar yang cemerlang khususnya di negeri Selangor. 


Syukran tidak terhingga kepada Naqibah Kak Mastura Mohamad, seorang pakar motivasi dan Osman Affan yang tidak jemu memulihkan semangat ana kembali. 
Bersama Akhie Osman Affan sebelum berakhirnya program PTRS

"Pelukan k.mastura dalam program PTRS dengan katanya " Ukhti ana suka baca fb dan blog anti, teruskan dakwah. Teruskan menulis, teruskan apa yang telah kita lakukan walaupun di kritik oleh orang-orang terhampir." Terkedu ana mendengarnya. 

Akhie Osman Affan, Jazakaalllah atas peringatan anta dengan memulih kembali semangat ana. Inilah kehidupun saling perlu memerlukan. Terima kasih ya-Allah mengirimkan ana sahabat yang solih dan soliha ingatkan diri ini. 

Cikgu yang terbaik adalah inspirasi pelajar. Angah hampir ana tidak mahu pergi program ini, namun dorongan angah, wan dan tok yang sentiasa bersama sepanjang program diadakan membuat ana terharu. Kalian amat ana hargai, dan tidak tahu untuk ana ungkapkan lagi, terima kasih tidak terhingga, Moga Allah layak  membalasnya. 
Angah inspirasi untuk ana ke IPT.

Justeru adik-adikku sekalian, jika ana hampir terjatuh maka ana harap kalian mampu buat terbaik setelah sedikit perkongksian motivasi yang telah kami berikan pada kalian. 

BELAJAR HARI INI UNTUK KEJAYAAN HARI ESOK. 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI