Tuesday, September 25, 2012

ADUN Desak Turun Harga Kereta, Jangan Main Isu Perkauman

Batu Caves : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari mendesak Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI)  agar memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta kerana semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) kini sedang dijalankan.

“Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan”.
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu atau Bumiputra) akan hilang pekerjaan.

Parti KEADILAN  telah mengambil salah satu pertimbangan utama mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan perusahaan automotif tempatan bersaing.

KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais bermula tahun 2005.

Tambah Amiruddin lagi, sebenarnya Umno/Barisan Nasional yang mengambil keputusan menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun 2005.

Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.

Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih baik.

Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya Melayu/Bumiputra.

Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional yang masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno/Barisan Nasional.

Jelasnya lagi, KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan mampu berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat. Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara, bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan beliau.

Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru, Amiruddin kata demikian ketika media  meminta beliau mengulas isu berbangkit.

Sementara itu,  salah seorang penduduk Kampung Wira Damai Shahimi Hj Hashim pula berkata , harga kereta wajar di turunkan kerana pendapatan isi rumah majoriti adalah kurang daripada RM3000 sebulan.

Jika harga kereta tidak diturunkan  ini memberi bebanan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan muda.

Menurut Shahimi, selain kenaikan harga kereta, rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak  RON97  yang telah naik sebanyak RM3 perliter tanpa diumumkan kepada rakyat. Sebelum ini harga RON97 seliter RM2.70.

Ini belum lagi kos pembelian rumah semakin meningkat sehingga rakyat tidak mampu untuk membeli rumah lagi. Kebanyakan ramai rakyat Malaysia hanya mampu menyewa dengan kadar RM700 sebuah rumah.

Justeru, saya harap pihak berwajib memikirkan masalah rakyat Malaysia, jika tidak apakah  yang dikatakan janji ditepati, pencapaian diutamakan sesuai di gunakan, soal Shahimi ketika ditemubual oleh media di Dewan Siantan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Editor : Khaulah Azwar


PRK: Pengerusi Pro Mahasiswa di Belasah Teruk

Gombak, 25  September: Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa telah dipukul oleh lima orang samseng yang tidak dikenali awal pagi tadi.

Beliau berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurutnya, ketika kejadian sebuah kereta Kancil telah menyekat laluan motosikalnya dan mengarahkan beliau ke satu kawasan yang gelap.

Salah seorang daripada samseng tersebut turun dari kereta tersebut dan menghayunkan topi keledar ke badan beliau sehingga terjatuh daripada motosikal.

Setelah itu, lima orang samseng tersebut memukul dan menghentak beliau dengan topi keledar di kepala. Mereka juga menumbuk dan menerajang di perut beliau.

Kesan serangan itu menyebabkan beliau luka dan lebam di bahagian muka.

Sementara itu,  rakan serumahnya, Syis Abdul Kadir yang juga Presiden PMIUM, mereka hanya mengetahui kejadian itu apabila menyedari Edikoup terbaring dipintu rumah awal pagi tadi.

Katanya, "dia tidak cerita apa-apa dan kami nampak dia terbaring di hadapan pintu rumah. Dia kata rasa sakit di muka dan badan. Dan baru pagi ini dia sedar dan menceritakan kepada kami apa yang yang telah berlaku," katanya ketika dihubungi media.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Edikoup di Balai Polis Seksyen 17, Petaling Jaya berkenaan serangan tersebut.

Difahamkan, Edikoup kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Syis lagi, Edikoup ada menceritakan bahawa dia ada menerima beberapa kali ugutan oleh samseng sebelum dia diserang

"Kali pertama semalam dua samseng datang ke rumah dan menguugut dengan berkata "kau ingat apa yang kau dah buat" dan mengugut akan melanggar beliau.

"Kali kedua ketika di Jalan Mahameru juga dua orang samseng datang ugut benda sama kira-kira jam 12 malam tadi," katanya.

Menurut Syis lagi, Edikoup kini masih dalam keadaan trauma dan beliau masih belum mahu berjumpa dengan sesiapa.


Monday, September 24, 2012

PAS Sedia Calon Yang Berbakat PRU13

POKOK SENA: PAS, KeADILan dan DAP telah menyesuaikan sebahagian besar kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Tapi saya dimaklumkan BN belum selesai banyak, sebab itu tidak tahu nak tetapkan tarikh pilihan raya,” sindir beliau selepas Majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), di sini 22 September baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media berhubung penyelarasan kerusi yang akan ditandingi ketiga-tiga parti.

Diminta menyentuh mengenai kerusi melibatkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), perkara itu ujarnya, perlu mengambil kira perbincangan bersama KeADILan dan DAP kerana akan melibatkan kawasan bukan Islam.

“Calon bukan Islam mestilah bertanding di kawasan bukan Islam. Kita ada persefahaman, kita tidak bergaduh, yang ada cuma berbeza pendapat,” terangnya.

Tegas Ustaz Abdul Hadi, PAS tidak semata-mata meletakkan calon atau sebagai simbolik sahaja, tetapi mahu calon yang boleh menang.

Malah dalam memberi kedudukan kepada bukan Islam, PAS menurutnya, pernah meminda Perlembagaan Dewan Undangan Negeri Terengganu semasa memerintah negeri itu bagi membolehkan calon bukan Islam atau wanita dilantik sekiranya tidak terdapat wakil dari kedua-duanya.

Maklum beliau lagi, banyak ruang untuk melantik calon bukan Islam seperti Senator, Majlis Daerah atau Perbandaran dan lain-lain.

“Jadi tunggu menang (pilihan raya) dahulu. Bukan semestinya (jadi calon) bertanding dalam pilihan raya,” terang beliau.

Terdahulu menjawab pertanyaan sama ada PAS di Kedah akan meletakkan calon luar atau tempatan pada pilihan raya nanti, perkara itu katanya, terserah kepada budi bicara PAS Negeri.

Menjelaskan prosedur itu, PAS Kedah menurut beliau menghantar senarai calon kepada PAS Pusat untuk pertimbangan oleh Majlis Syura Ulama, sebelum senarai diluluskan diserahkan kembali kepada PAS Kedah.

“Terpulang kepada PAS Negeri atas budi bicara masing-masing. Biasanya PAS Negeri atau PAS Kawasan menghantar beberapa nama, bukan satu nama sahaja. Kemudian nama itu diluluskan Majlis Syura Ulama.

“Ada Dun, Parlimen (hantar) dua nama kadang sampai lima nama. Kemudian PAS Negeri timbanglah calon sesuai,” terang Ustaz Hadi disamping Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Dapat Sambutan Semua Masyarakat & Bangsa



PENGKALAN CHEPA: Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Haji Hassan Haji Ahmad permintaan  masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.

(Pasti Selangor sebagai juara keseluruhan.)

"Pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti,  bBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini baru-baru ini.

Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.

“Mereka memerlukan pendidikan akhlak. Mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.

“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.

Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.

“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.

Menurut Hj Hasan, Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia.

Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu.

Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan.

Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah Buat Diri Yang Lupa: Jangan Keluh Bila Di Uji, Jangan Kesal Bila Tidak Di Hargai

YA ALLAH YA AFUWW YA GHAFFUR YA TAWWAB...sahabat2 yang di rahmati Allah swt...Jiwa orang-orang mukmin diajar oleh Rasulullah s.a.w agar melihat kesakitan dari sudut positif seperti di dalam hadis tersebut..sama2 muhasabah diri...peringatan untuk diri sendiri jua..


 YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA WAHHAB...sahabat yang dirahmati Allah swt.ALLAH TIDAK BERHENTI MEMBERI...

Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-NYA.jadi siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih...sama2 muhasabah diri...

 ...sahabat sejati sukar di cari...jangan menyesal kehilangan sahabat yg kita anggap ianya baik...tetapi sebenarnya dia tidak jujur...biarkanlah ia pergi...sesungguhnya Allah hendak menggantikan kita sahabat yang lebik baik dari itu...InsyaAllah...

Sunday, September 23, 2012

Amanat Untuk Mahasiswa,Jangan jadikan PRK Penghalang Pertahan Maruah Nabi SAW.




Kuala Lumpur : Presiden GAMIS, Akram Ikrami Bin Taib Azamudden melahirkan rasa syukurnya apabila  ramai mahasiswa  berani melibatkan diri dalam Himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi".
Semangat wajar orang muda harus dicontohi, tahniah Akram.

Katanya, mahasiswa hari ini adalah pelapis Negara  dan tidak gentar dengan pelbagai ugutan. Mahasiswa akan  menentang segala kemungkaran, penipuan, kebiadapan yang berlaku lebih-lebih lagi apabila maruah Nabi Muhammad SAW telah di hina oleh rejim laknatuallah.

Menurut beliau, penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW satu sikap biadap yang benar-benar melukai hati semua umat islam.

Pihak berwajib sewajarnya perlu memberi ancaman terhadap semua yang terlibat menjayakan filem tersebut.

Akram menambah, dalam situasi hari ini, walaupun semua mahasiswa begitu sibuk dengan urusan pilihanraya kampus (PRK), keperluan diri, keluarga, tanggungjawab sebagai pelajar namun perkara ini wajib diketepikan seketika dengan menyertai bantahan ini kerana maruah junjungan Nabi Muhamnad SAW  dan ummat islam sudah tidak selamat lagi.

Pelbagai perkara telah berlaku oleh pihak rejim laknatuallah  selain  menghina Nabi SAW, mereka juga berani membakar Al-Quran, dan sebagainya. Apakah kita hanya berdiam diri? Soal Akram.  

Justeru, saya menyeru kepada mahasiswa dan umat islam agar meneruskan bantahan ini sebagai tanda   mencegah kemungkaran.

Dalam pada itu, Akram juga meminta agar semua umat islam dan mahasiswa muhabasah diri  apakah sudah cukup membukti cinta kita kepada baginda SAW dengan hanya mendiamkan diri, tidak sanggup luangkan masa menyertai bahtahan seperti mana baginda sanggup korban nyawa untuk umatnya.

Adakah kita benci dengan  pekara yang berlaku  hanya melaui posting, sms, fb , blog, duduk di bawah bilik berhawa dingin??  Mahasiswa jangan jadikan alasan untuk tidak menyertai bantahan ini walaupun kita berhadapan dengan tugas PRK.

Dimana bukti cinta kita kalau tidak  menyertai himpunan ini menyatakan cinta kita pada baginda, ujarnya.  
Tangisan pimpinan kami bila maruah Nabi SAW di hina. Ini bukti kami berhimpun .

Dalam masa yang sama beliau juga turut meminta semua peserta yang hadir mendoakan perjalanan pilihanraya kampus berjalan dengan lancar pada hujung bulan September dengan memastikan kemenangan diberi kepada PRO mahasiswa.

PRK yang berlaku terdapat berbagai halangan dan penipuan, namun hanya pertolongan Allah juga kita harapkan agar kebenaran dan pertolongan sentiasa bersama.  

Perkara yang perlu dilakukan oleh semua mahasiswa  dalam hadapi PRK jangan sekali melupakan perintah Allah.  Keimanan kepada allah seharusnya dilakukan  semaxsima yang mungkin, Cinta kita kepada Baginda SAW perlu lebih daripada  cinta diri sendiri dan kasih pada ibubapa, mengamalkan sunah-sunah Nabi SAW walaupun baginda sudah tiada lagi,kata Akram dalam ucapan "Expresi Hijau Kasih Nabi".

Ucapan beliau telah disambut dengan laungan takbir dan dengan slogan “dengan nyawa, dengan darah  kami terbusmu  ya Rasulullah” .  

Editor : Khaulah Azwar
  


Ribuan Peserta Himpunan Expresi Hijau Kasih Nabi Kesal Sikap Biadap Amerika

Ucapan pimpinan PAS Pusat   dihadapan kedutaan Amerika
KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam  telah menyertai himpunan  "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan  bermula  selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan lebih 10,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

Kawalan ketat Unit Amal ketika ana bersama pimpinan menuju kedutaan Amerika
Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang Nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.
Nurul Izzah, Tn Ibrahim Tn Man, Nik Abduh dll atas pentas beri ucapan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.

"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.

"Jangan hina Nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan Nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.

Sementara itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.
Sikap kurang Ajar Amerika tidak bertemu umat islam dibaca doa qunut nazilah

"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.

"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.

Nasrudin Hassan bersama Tian Chua, Nurul Izzah Anwar,  dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan bagi menyerahkan memorandum bantahan. 

Namun menjadi satu kesalan semua peserta himpunan apabila pihak kedutaan tidak mahu bertemu dengan pimpinan dan meminta maaf kepada seluruh umat islam.


Editor : Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI