Kuala Lumpur : Presiden
GAMIS, Akram Ikrami Bin Taib Azamudden melahirkan rasa syukurnya
apabila ramai mahasiswa berani melibatkan diri dalam Himpunan "Expresi
Hijau Kasih Nabi".
Semangat wajar orang muda harus dicontohi, tahniah Akram. |
Katanya, mahasiswa hari ini
adalah pelapis Negara dan tidak gentar
dengan pelbagai ugutan. Mahasiswa akan
menentang segala kemungkaran, penipuan, kebiadapan yang berlaku lebih-lebih
lagi apabila maruah Nabi Muhammad SAW telah di hina oleh rejim laknatuallah.
Menurut beliau, penerbitan filem
"Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW satu sikap
biadap yang benar-benar melukai hati semua umat islam.
Pihak berwajib sewajarnya perlu
memberi ancaman terhadap semua yang terlibat menjayakan filem tersebut.
Akram menambah, dalam situasi
hari ini, walaupun semua mahasiswa begitu sibuk dengan urusan pilihanraya
kampus (PRK), keperluan diri, keluarga, tanggungjawab sebagai pelajar namun
perkara ini wajib diketepikan seketika dengan menyertai bantahan ini kerana maruah
junjungan Nabi Muhamnad SAW dan ummat
islam sudah tidak selamat lagi.
Pelbagai perkara telah berlaku
oleh pihak rejim laknatuallah selain menghina Nabi SAW, mereka juga berani
membakar Al-Quran, dan sebagainya. Apakah kita hanya berdiam diri? Soal Akram.
Justeru, saya menyeru kepada
mahasiswa dan umat islam agar meneruskan bantahan ini sebagai tanda mencegah
kemungkaran.
Dalam pada itu, Akram juga
meminta agar semua umat islam dan mahasiswa muhabasah diri apakah sudah cukup membukti cinta kita kepada
baginda SAW dengan hanya mendiamkan diri, tidak sanggup luangkan masa menyertai
bahtahan seperti mana baginda sanggup korban nyawa untuk umatnya.
Adakah kita benci dengan pekara yang berlaku hanya melaui posting, sms, fb , blog, duduk
di bawah bilik berhawa dingin?? Mahasiswa
jangan jadikan alasan untuk tidak menyertai bantahan ini walaupun kita
berhadapan dengan tugas PRK.
Dimana bukti cinta kita kalau tidak
menyertai himpunan ini menyatakan cinta
kita pada baginda, ujarnya.
Tangisan pimpinan kami bila maruah Nabi SAW di hina. Ini bukti kami berhimpun . |
Dalam masa yang sama beliau juga
turut meminta semua peserta yang hadir mendoakan perjalanan pilihanraya kampus
berjalan dengan lancar pada hujung bulan September dengan memastikan kemenangan
diberi kepada PRO mahasiswa.
PRK yang berlaku terdapat
berbagai halangan dan penipuan, namun hanya pertolongan Allah juga kita
harapkan agar kebenaran dan pertolongan sentiasa bersama.
Perkara yang perlu dilakukan oleh
semua mahasiswa dalam hadapi PRK jangan
sekali melupakan perintah Allah. Keimanan
kepada allah seharusnya dilakukan semaxsima yang mungkin, Cinta kita kepada Baginda
SAW perlu lebih daripada cinta diri
sendiri dan kasih pada ibubapa, mengamalkan sunah-sunah Nabi SAW walaupun
baginda sudah tiada lagi,kata Akram dalam ucapan "Expresi Hijau Kasih
Nabi".
Ucapan beliau telah disambut
dengan laungan takbir dan dengan slogan “dengan nyawa, dengan darah kami terbusmu ya Rasulullah” .
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment