Batu Caves : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Batu Caves, Amiruddin Shaari mendesak Kementerian Industri dan Perdagangan
Antarabangsa (MITI) agar memberi ruang
kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga
kereta kerana semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) kini sedang
dijalankan.
“Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional
sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga
kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton
dan industri automotif tempatan”.
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab ini
bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan
menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan
puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu atau Bumiputra) akan hilang
pekerjaan.
Parti KEADILAN telah mengambil salah satu pertimbangan utama mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan
Proton dan perusahaan automotif tempatan bersaing.
KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia
mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya bertahan walaupun sudah tidak
mendapat perlindungan rebat cukai eksais bermula tahun 2005.
Tambah Amiruddin lagi, sebenarnya Umno/Barisan
Nasional yang mengambil keputusan menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan
kepada Proton pada tahun 2005.
Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan
perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang
sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.
Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh
Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research
and development (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi
yang lebih baik.
Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman
yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional kononnya penurunan harga kereta akan
memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan
perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya Melayu/Bumiputra.
Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional
yang masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif tempatan
masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan
Proton demi kepentingan politik Umno/Barisan Nasional.
Jelasnya lagi, KEADILAN yakin Proton dan
perusahaan automotif tempatan mampu berdikari dan bersaing pada harga yang
tidak membebankan rakyat. Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan
dan kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara, bukannya
mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong Proton semata-mata
kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan beliau.
Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton
yang menitikberatkan penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its
unutilised production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama
untuk memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan
pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru,
Amiruddin kata demikian ketika media meminta beliau mengulas isu berbangkit.
Sementara itu,
salah seorang penduduk Kampung Wira Damai Shahimi Hj Hashim pula berkata
, harga kereta wajar di turunkan kerana pendapatan isi rumah majoriti adalah
kurang daripada RM3000 sebulan.
Jika harga kereta tidak diturunkan ini memberi bebanan kepada rakyat Malaysia
khususnya kepada golongan muda.
Menurut Shahimi, selain kenaikan harga kereta, rakyat
dibebankan dengan kenaikan harga minyak RON97
yang telah naik sebanyak RM3 perliter tanpa diumumkan kepada rakyat.
Sebelum ini harga RON97 seliter RM2.70.
Ini belum lagi kos pembelian rumah semakin
meningkat sehingga rakyat tidak mampu untuk membeli rumah lagi. Kebanyakan
ramai rakyat Malaysia hanya mampu menyewa dengan kadar RM700 sebuah rumah.
Justeru, saya harap pihak berwajib memikirkan
masalah rakyat Malaysia, jika tidak apakah yang dikatakan janji ditepati, pencapaian
diutamakan sesuai di gunakan, soal Shahimi ketika ditemubual oleh media di
Dewan Siantan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Editor : Khaulah Azwar
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment