Wednesday, September 15, 2010

DOAKAN IBU SAYA SELAMAT "Lawatan Ziarah Keluarga Dato' Sosilawati"

Tmn Harmonis, Gombak – “Doakan agar ibu saya selamat” inilah rintihan hati anak-anak marhummah Dato’ Sosilawati dengan nada sayu setibanya kedatangan Y.B Dato’ Dr Hasan B. Mohamed Ali, Pesuruhanjaya PAS merangkap ADUN Gombak Setia bersama pengiring-pengiringnya di perkarangan kediaman marhummah disini pagi semalam.
Terasa suasana pilu menyelubungi rumah tersebut. Jelas kelihatan kesayuan di wajah anak-anak serta saudara - mara dan jiran tertangga mereka yang sukar di terima keatas musibah yang menimpa.
Tragedis begitu menyayat hati yang telah berlaku keatas marhummah bersama 3 yang lain sukar untuk diterima oleh seluruh rakyat Malaysia lebih–lebih lagi kepada ahli keluarga dan saudara-mara mereka yang terlibat.

Y.B Dato’ Hasan melahirkan rasa simpati dan kesal diatas perbuatan yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab dan perikamanusiaan.
Harapan Dato’ Hasan “Peristiwa yang menyayat hati ini telah memberi kesedaran kepada semua rakyat dan diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan secara professional dan sewajarnya keatas semua yang terlibat”.
Peristiwa Ngeri yang berlaku ini telah diterangkan sendiri oleh En. Bukhari (Bekas suami marhummah) secara terperinci kepada saya, katanya.
Selain daripada itu, En. Bukhari juga menjelaskan bahawa pihak polis telah menjumpai beberapa bahan bukti terbaru. Sampel ujian DNA juga telah diambil kepada semua waris untuk tujuan pengesahan.

Wakil keluarga marhummah berharap agar mana-mana pihak tidak akan membuat sebarang spekulasi keatas peristiwa yang berlaku selagi tidak mendapat pengesahan jawapan yang sahih daripada pihak berkuasa.
Saya bersama teman-teman yang hadir ingin mengucapkan ucapan takziah, dan benar-benar rasa simpati ketas ahli keluarga marhummah, dan 3 lain yang terlibat.
Alhamdulilah, kehadiran saya bersama teman-teman PAS Kawasan Gombak, Ustazah Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 11 Gombak, ketua – ketua Kg., nazir masjid kawasan Gombak sempat mengadakan bacaan tahlil dan doa selamat semoga marhummah Dato’ Sosilawati dan 3 yang terlibat ditempatkan dalam golongan yang beriman.
Sementara itu, Hasan juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara - mara marhummah yang sudi meluangkan masa kepada rombongan kami dengan begitu sempurna dan amat baik sekali.
Harapan saya semoga ahli keluarga Dato’ Sosilawati dapat bersabar dengan ujian yang melanda. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri, katanya.



KOLEKSI FOTO



Kesibukan, serbuan reporter membuat temubual Y.B Dato' Dr Hasan Ali

Doa dan tahlil dihulurkan semoga marhummah dan semua mangsa terlibat ditempat dalam golongan yang beriman, Al-Fateha...
YB DHMA menenangkan hati bekas suami marhummah En Bukhari.
YB DHMA & Isteri (Datin Sabariah) Bertemu dengan ahli keluarga Marhummah
Ya-ALLAH tempatkanlah marhummah dan semua mangsa terlibat didalam golongan beriman, ampunilah mereka, kuatkan hati semua ahli keluarga mereka yang terlibat dalam menghadapi ujian ini.
YB DHMA diiringi oleh kaum keluarga dan saudara mara marhummah melihat foto marhummah bersama ahli keluarga yang tinggal kenangan.
Juadah di hidang oleh ahli keluarga untuk tetamu kehormat. Terima kasih kepada semua ahli keluarga marhummah yang beri layanan yang cukup sempurna.
Mendengar cerita daripada bekas suami marhummah secara terperinci diatas musibah yang melanda.
Takziah daripada saya untuk anda sekeluarga

Kenangan bersama Datin Sabariah isteri ADUN Gombak Setia
Kenangan ADUN bersama semua muslimat PAS Kawasan Gombak yang menizarahi keluarga marhummah.

Antara Artis dan sahabat yang beramah mesra dengan keluarga marhummah Dato' Sosilawati

Pelukan kasih dan memberi kekuatan daripada Datin sabariah, siteri ADUN Gombak kepada anak marhummah.

Bersama Datin sabariah dan Pn Khatifah.



Wednesday, September 8, 2010

Kerajaan Negeri Selangor Melancarkan Kempen Kesalamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

Gombak - Kes kemalangan raya kerap berlaku tidak kira masa dan tempat dan sukar untuk dibendungkan lagi walaupun berbagai pihak telah mengambil inasatif untuk mengatasi masaalah tersebut .
Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inasatif untuk menangani berlakunya kemalangan yang semakin meningkat terutamanya apabila ketibaan Hari Perayaan.
Kempen Kesamatan Jalan Raya telah diadakan di Plaza Tol MTD Gombak baru-baru ini sempena ketibaan Aidilfitri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor.

Berkata Tan Sri Dato' Khalid, rakyat perlu sedar jika kemalangan berlaku bukan sahaja akan memberi kesan yang teruk kepada individu itu sendiri tetapi akan memberi kesan kepada orang lain diatas kelalain kita dalam memandu.

Rakyat perlu memberi kerjasama dengan semua pihak, bertolak ansur dan bertanggungjawab harus ada dalam setiap individu untuk mengelak berlakunya kemalangan yang amat membimbangkan semua pihak.
Oleh itu, bagi memastikan agar kemalangan jalan raya tidak banyak berlaku, saya ingin mencadangkan agar pemandu tersebut haruslah mendapat rehat yang cukup, memakai tali pinggang keselamatan, kenderaan yang baik, mengikuti arahan papan kelajuan, menggunakan kenderaan awam dan sebagainya.

Saya yakin dan percaya jika mereka mengikuti arahan tersebut insya-ALLAH kemalangan akan berkurangan, katanya.
Kempen tersebut juga telah diberikan hamper perayaan, risalah pentadbiran selangor kepada rakyat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan semua saf pimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Turut memberi kerjasama dalam menjayakan program kempen tersebut, MTD Tol Plaza Gombak, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahli Majlis, MPS JKR, Polis, RELA dan semua agensi yang terbabit dalam kesalamatan Jalan Raya.




Qiammulail Sahur Perdana Selangor Lebih 10, 000 kehadiran


S.Alam - Ramai Umat ISLAM merebut peluang untuk melakukan ibadah dan kebaikan sempena bulan ramadhan yang penuh keberkatan.

Saat-saat akhir Bulan ramadhan yang akan meninggalkan umat ISLAM tidak lama lagi , banyak masjid, surau telah mengadakan pesta ibadah dengan mencari malam lLilatul Qadar pada 10 malam terakhir. Justeru itu, untuk mengimarahkan pesta ibadah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk mengadakan Majlis Qiammulail Dan Sahur Perdana Selangor . Majlis tersebut telah mendapat sambutan diluar jangkaan dengan kehadiran lebih 10, 000 sehingga melebihi dewan Kompleks Belia baru-baru ini.
Majlis tersebut dianjurkan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Berkata Y.B Dato' Dr Hasan "Majlis ini dengan julungkalinya diadakan oleh Pakatan Rakyat (PR) setelah 2 thn lebih memerintah dinegeri selangor. Alhamdulilah dalam 2 thn lebih (PR) memerintah surau, masjid sentiasa diimarahkan dengan berbagai akitiviti.

Solat terawih pula walaupun ramadhan sudah semakin meninggalkan kita tetapi masjid dan surau masih dipenuhi. Inilah natijahnya apabila tempat ibadah dihidupkan dengan berbagai aktiviti dan memilih pemipmpin-pemimpin yang beriman untuk menerajui masjid, surau dan negara dengan mengikut kemampun dan kebolehan pempin tersebut . Amat berbeza sebelum ini, katanya.


"Alhamdulilah saya beryukur kepada ALLAH swt kerana hasrat murni saya bersama saf-saf pimpinan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengumpul rakyat selangor khususnya kepada Umat ISLAM untuk bersama berkumpul dengan melakukan ibadah seperti solat hajat, bersahur, mengadakan majlis ilmu dan sebagainya, lebih-lebih lagi pada bulan yang penuh keberkatan (Ramadhan)" telah tercapai".

Kehadiran umat ISLAM pada hari ini sungguh memeranjatkan saya. Didapati bukan hanya di kawasan shah Alam sahaja yang hadir tetapi luar daripada kawasan S.Alam dan luar negeri selangor. Ini menunjukkan rakyat telah memberi sokongan padu keatas kerajaan negeri selangor dalam setiap program yang dianjurkan.

Saya amat berharap agar program Qiammulail ini dapat diteruskan daripada masa ke semasa dan tidak terhenti begitu sahaja walaupun bulan ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita.

Hasan berkata lagi, Jangan kita jadikan ibadat kita hari ini untuk dapat pahala sempena bulan ramadhan sahaja. Jika ini yang kita niat, maka ibadah yang kita lakukan adalah sia-saia dan hanya mendapat letih dan dahaga kerana kita melakukan ibadat untuk bulan ramadhan bukan untuk beribadah kepada ALLAH swt yang menciptakan kita untuk mendapat keredhaannya.
Oleh itu, perbetulkan niat kita dalam apa sahaja yang dilakukan. Saya amat berharap semoga program seperti ini dapat dilakukan di setiap negeri dengan kekerapan sebanyak sebulan sekali. Jika ini dilakukan saya percaya, kita bukan sahaja beribadah kepada ALLAH swt malahan kita dapat mengumpulkan semua umat ISLAM tanpa mengira parti. Hati-hati kita juga akan disatukan apabila kita berjumpa dibawah satu bumbung. Lebih cantik lagi apabila kita dapat berhimpun dan tidur bersama tanpa mengira pemimpin dan rakyat.

Rakyat tidak akan merasa kekok untuk bersama pimpinan apabila mereka kerap menghadirkan diri dalam semua program yang telah diaturkan oleh Kerajaan Negeri.

Inilah misi dan visi kami untuk mengumpul semua umat ISLAM dalam melakukan ibadah. Selain daripada itu juga, apabila ibubapa hadir dalam program ini mereka juga akan membawa anak-anak bersama. Insya-ALLAH dengan kehadiran anak-anak remaja bersama, ia juga akan memberi kesan positif kepada diri mereka apatah lagi jika laungan zikir munajat dilaungkan sudah pasti hati-hati mereka akan tersentuh dengan mengingati ALLAH swt.

Bahkan apabila aktiviti yang sihat ini dilakukan terus menerus ianya akan mengurangkan berlakunya gejala sosial yang semakin hari semakin menular dan amat membimbangkan . Jika tidak diatasi sudah pasti bencana alam berlaku dengan kuasa ALLAH swt dengan sekelip mata sahaja. Oleh itu sebagai umat ISLAM yang beriman haruslah kita pertingkatkan iman dan sentiasa berdoa kepada ALLAH agar dijauhi segala bencana, katanya.

Semoga himpunan ini memberi impak yang positif dan usaha untuk menyelamatkan negara, bumi dan umat ini daripada musibah, katanya.
Sehubungan dengan itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua saf pimpinan Exco Kerajaan Negeri, Saf pimpinan PAS, Masjid, surau, urusetia dan semua agensi yang telah memberi komitment yang tinggi sehingga berjayanya program yang sangat murni.

Semoga himpunan munajat ini mampu menyatukan hati-hati kita semua, tanpa mengira parti, pangkat dan darjat kerana apabila kita berhadapan ALLAH swt, ALLAH tidak menilai siapa kita, apa pangkat kita tetapi yang dinilai olehNya adalah ibadah kita, katanya.

Turut mengimarahkan majlis sahur perdana iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik mat, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang , Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim".



Editor : Khaulah Azwar

Monday, September 6, 2010

Bagaimana Akhlak, Syariah peraturan ISLAM dan Akidah Kita??

Tmn Selasih Fasa 2, Gombak - Ramadhan hanya tinggal berapa hari meninggal kita, akan tibanya syawal untuk diraikan bersama.

Bagaimanakah amal ibadah kita setelah hampir sebulan kita berpuasa. Semoga setelah kita memasuki bulan tarbiyah mampu mendidik hati, jiwa, akhlak kita kearah mukmin yag sejati.

Semoga Ramadahan Fasa Ke 3 yang kita lalui kini akan memberi kesedaran dan keinsafan dihati kita semua. Marilah kita bersama-sama muhasabah diri , "Adakah kita dapat merasakan kemanisan beribadah kepada ALLAH swt. Bagaimana hubungan kita kepada ALLAH swt, sesama manusia dan hubungan kekeluargaan".

Adakah ibubapa/penjaga rasa berjaya mendidik anak-anak kita untuk beribadah bersama samada solat, bertadarus berjemaah. Adakah kita berjaya mendidik anak-anak permata hati kita kearah kebaikan. Bagaimana komunikasi anak-anak kepada orangtuanya, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Dimanakah anak-anak remaja kita ketika menyambut kemerdekaan baru-baru ini ketika dalam bulan ramadhan??

Tepuk dada tanya iman kita. Sedarkah kita berapa ramai anak remaja ISLAM yang terhanyut ketika kemerdekaan diadakan setiap tahun, apatahlagi tahun ini bulan kemerdekaan diadakan jatuh pada bulan ramdhan dimanakah isteri, anak-anak kita semua??

Adakah mereka berada disurau, masjid atau di pusat-pusat hiburan, di hotel dengan bersedudukan dan akhirnya maksiat semakin menular dan lahirnya anak-anak luar nikah.
Berbagai persoalan yang telah dicetuskan oleh Y.B Dato' Dr Hasan dan menjentik hati-hati yang hadir dalam solat terawih baru-baru ini.

Selain daripada itu, Y.B Dato' Dr Hasan juga telah menekan aspek akidah, akhlak dan Syariah pertaturan ISLAM.

Menurutnya lagi, kehidupan ini akan menjadi bermakna dan tenang sekiranya kita hidup bersyariah berlandaskan konsep ISLAMIAH secara keseluruhannya dan akhirnya generasi yang lahir adalah generasi wa muslih.

Semoga dengan tazkirah yang disampaikan memberi makna dan mampu dapat membina keluarga dan masyarakat ISLAM yang syumul dan harmoni bagi melahirkan mukmin yang sejati dan disegani oleh kaum lain, insya-ALLAH.

Editor :Khaulah Azwar

Friday, September 3, 2010

Tangisan Ainul Hakim Menyusuk Jiwa Hati Seorang Ibu

Gombak- Sebak, terasa sayu dan pilunya hati setiap kali menatap wajah anak yang dikasihi apabila diuji dengan penyakit.

Sakit yang telah dialami semenjak kelahiran. Adakah peluang si anak kecil ini meneruskan kehidupan seperti insan lain.

Inilah berbagai persoalan yang sentiasa bermain difikiran hati kedua ibubapa ainul setiap kali mendengar tangisan anak kecil ini ketka melawan kesakitannya.

Adik Mohd Ainul Hakim Abd Aziz berusia 2 thn menderita sakit dengan mengalami kepala yang besar sehingga boleh memberi kesan kepada penglihatannya.

Menurut kata Doktor, jika tidak diberi rawatan penglihatan ainul akan menjadi buta. Bukan sahaja mengalami kepala yang besar bahkan adik ainul juga mengalami kecacatan bahagian hidungnya.
Ibunya berkata, ainul sudah membuat operasi pembedahan yang pertama sewaktu usia kecil namun masih perlu membuat pembedahan untuk kali ke 2 pula kerana saraf penglihatannya terganggu dan perlu menjalani pembedahan yang memerlukan kos yang tinggi.

Rentetan daripada kesulitan yang dialami ini, maka saya berbincang dengan suami untuk membuat permohonan rayuan sumbangan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia. Semoga inisatif ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar kepada saya dan masa depan ainul.
Alhamdulilah, dengan berkunjung ke PKM baru-baru ini, rayuan saya untuk memohon sumbangan bantuan akhirnya mendapat perhatian oleh Y.B Dato' Hasan B.Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia.

"Sungguh saya bersama suami merasa terharu atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan oleh ADUN kepada keluarga kami dengan menyampaikan RM1000 dan memberi wang zakat" . Sedikit sebanyak dengan sumbangan tersebut dapat memberi kekuatan kepada kami.

"Terima kasih kepada pihak pengurusan PKM Dun Gombak Setia dan kunjungan yang diberikan oleh Y.B Dato' Hasan atas keperihatinan beliau diatas kesulitan yang saya alami selama ini".

Moga ada harapan dan sinar baru untuk ainul meneruskan kehidupan ini seperti insan lain, katanya ketika Kunjungan oleh ADUN Gombak Setia dirumahnya baru-baru ini.


Ketibaan syawal yang semakin tiba, sudah pasti berbagai persediaan perlu dibuat, tetapi pada saya ia tidak berkmakna kerana kegembiraan hati saya semakin tiada lagi apabila menatap wajah ainul dan setiap kali mendengar tangisannya yang menahan kesakitan.
Hati ibubapa mana yang boleh menahan sebak, hanya doa dan harapan kepada ALLAH swt agar diberi kekuatan pada kami untuk terus mencari dana perubatan untuk membiayai kos pembedahan tersebut.

Semoga dengan rintihan hati seorang ibu ini, mendapat perhatian masyarakat sekeliling yang prihatin dengan menghulurkan bantuan kepada adik ainul.

Bagi yang ingin membuat amal kebajikan dengan meringankan bebanan keluarga tersebut, sila hubungi Pengurus Pusat Khidmat Manyarakat (PKM) ADun Gombak Setia, di talian 019-3389870, 013-6893185.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI