Tmn Selasih Fasa 2, Gombak - Ramadhan hanya tinggal berapa hari meninggal kita, akan tibanya syawal untuk diraikan bersama.
Bagaimanakah amal ibadah kita setelah hampir sebulan kita berpuasa. Semoga setelah kita memasuki bulan tarbiyah mampu mendidik hati, jiwa, akhlak kita kearah mukmin yag sejati.
Semoga Ramadahan Fasa Ke 3 yang kita lalui kini akan memberi kesedaran dan keinsafan dihati kita semua. Marilah kita bersama-sama muhasabah diri , "Adakah kita dapat merasakan kemanisan beribadah kepada ALLAH swt. Bagaimana hubungan kita kepada ALLAH swt, sesama manusia dan hubungan kekeluargaan".
Adakah ibubapa/penjaga rasa berjaya mendidik anak-anak kita untuk beribadah bersama samada solat, bertadarus berjemaah. Adakah kita berjaya mendidik anak-anak permata hati kita kearah kebaikan. Bagaimana komunikasi anak-anak kepada orangtuanya, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Dimanakah anak-anak remaja kita ketika menyambut kemerdekaan baru-baru ini ketika dalam bulan ramadhan??
Tepuk dada tanya iman kita. Sedarkah kita berapa ramai anak remaja ISLAM yang terhanyut ketika kemerdekaan diadakan setiap tahun, apatahlagi tahun ini bulan kemerdekaan diadakan jatuh pada bulan ramdhan dimanakah isteri, anak-anak kita semua??
Adakah mereka berada disurau, masjid atau di pusat-pusat hiburan, di hotel dengan bersedudukan dan akhirnya maksiat semakin menular dan lahirnya anak-anak luar nikah.
Berbagai persoalan yang telah dicetuskan oleh Y.B Dato' Dr Hasan dan menjentik hati-hati yang hadir dalam solat terawih baru-baru ini.Semoga Ramadahan Fasa Ke 3 yang kita lalui kini akan memberi kesedaran dan keinsafan dihati kita semua. Marilah kita bersama-sama muhasabah diri , "Adakah kita dapat merasakan kemanisan beribadah kepada ALLAH swt. Bagaimana hubungan kita kepada ALLAH swt, sesama manusia dan hubungan kekeluargaan".
Adakah ibubapa/penjaga rasa berjaya mendidik anak-anak kita untuk beribadah bersama samada solat, bertadarus berjemaah. Adakah kita berjaya mendidik anak-anak permata hati kita kearah kebaikan. Bagaimana komunikasi anak-anak kepada orangtuanya, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Dimanakah anak-anak remaja kita ketika menyambut kemerdekaan baru-baru ini ketika dalam bulan ramadhan??
Tepuk dada tanya iman kita. Sedarkah kita berapa ramai anak remaja ISLAM yang terhanyut ketika kemerdekaan diadakan setiap tahun, apatahlagi tahun ini bulan kemerdekaan diadakan jatuh pada bulan ramdhan dimanakah isteri, anak-anak kita semua??
Adakah mereka berada disurau, masjid atau di pusat-pusat hiburan, di hotel dengan bersedudukan dan akhirnya maksiat semakin menular dan lahirnya anak-anak luar nikah.
Selain daripada itu, Y.B Dato' Dr Hasan juga telah menekan aspek akidah, akhlak dan Syariah pertaturan ISLAM.
Menurutnya lagi, kehidupan ini akan menjadi bermakna dan tenang sekiranya kita hidup bersyariah berlandaskan konsep ISLAMIAH secara keseluruhannya dan akhirnya generasi yang lahir adalah generasi wa muslih.
Semoga dengan tazkirah yang disampaikan memberi makna dan mampu dapat membina keluarga dan masyarakat ISLAM yang syumul dan harmoni bagi melahirkan mukmin yang sejati dan disegani oleh kaum lain, insya-ALLAH.

Editor :Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment