Wednesday, June 14, 2017

Juru Bekam Mampu Memperolehi Pendapatan Setiap Bulan RM27,000

 Seramai 47 usahawan Selangor menerima bantuan Dari Hijrah gombak bernilai Rm427,000 pagi semalam Di pejabat Hijrah gombak.

Majlis dirasmikan yb tuan ustaz Hasbullah Ridzwan adun gombak.
Rakyat Selangor seharusnya bersyukur kerana dengan pentadbiran kerajaan sekarang banyak membantu rakyat dari Lahir hingga berlaku kematian.

Antara bantuan diberi Tawas,skim peduli sihat, skim mesra usia Emas bantuan Pendidikan Dan banyak lagi. 

Bahkan rakyat Selangor Yang berniaga juga dapat manfaat dengan menerima bantuan perniagaan. Dengan adanya Hijrah Selangor Tanpa Kira pemahaman politik Dan bangsa mereka Yang berniaga diberi bantuan modal perniagaan,Kata hasbullah.

Tambah beliau lagi, Hijrah juga telah mengambil langkah Yang bijak dengan melantik berapa konsultan untuk memberi seminar atau kursus kepada peniaga-peniaga baru yang baru hendak melibatkan diri dalam perniagaan.

Ini adalah bertujuan untuk membantu peserta Hijrah lebih yakin untuk terlibat dalam perniagaan, Wang modal diberikan dapat di guna sebaiknya.

Antara kursus Di tawarkan bidang perubatan Rawatan alternatif Bekam,rawatan Resdung,Membuat kek,membaiki penghawa dingin Dan banyak lagi. Maka sewajarnya rakyat Selangor merebut peluang Yang diberikan,ujarnya dalam Majlis ucapan perasmian bantuan perniagaan Dan bantuan kursus juru bekam disini.

Sementara ITU, pengurus Hijrah gombak, Tn ilyas pula berkata musim perayaan semakin hampir, ramai rakyat Selangor Yang berniaga perlukan modal. Alhamdulilah setiap bulan 2x kita salurkan bantuan kepada peniaga-peniaga.

Selain Itu belia-belia,pelajar-pelajar lepasan universiti Yang masih tidak bekerja kita Membuka peluang kepada mereka melibatkan diri dengan mengikuti kursus bekam.Kursus bekam Akan di mula kan selepas ramadhan nanti.
 

Bantuan modal rm3,000 Yang diberikan Akan ditukar dalam bentuk kursus Dan peralatan set Bekam. Kita difahamkan mereka Yang bekerja dalam juru bekam pendapatan untuk seorang pesakit saja boleh dapat rm300.sekira 1 hari 3orang Yang buat Rawatan Bekam mereka dapat rm900 untung . Dalam 1bulan pendapatan juru bekam boleh mencapai rm27,000. Maka tidak rugi belia,ibu tunggal ,pelajar lepasan universiti mengikuti kursus bekam Yang Kami anjurkan.

Sekira bayaran pulang serendah rm42 dalam tempoh 2thn selesai mereka boleh buat permohonan bantuan Kali kedua. Insyaallah bantuan kedua ini sekira bayaran mereka cantik, bank statement cantik kita Akan beri bantuan rm5000 keatas.

Mereka Yang berminat  Hubungi Pusat Rawatan Health Alternatif Umi Sue Care untuk booking rawatan alternatif. 017-3483840. 



Pengurus konsultan Pusat Rawatan Alternatif Health Umi sue Care, Pn Che Sue Pula berkata Bantuan perniagaan juru bekam dibuka untuk lelaki Dan wanita umur 18thn keatas untuk semua kaum sehingga selepas raya.mereka boleh daftar diri sekarang.

Justeru kita harap semua rakyat Selangor Dan pelajar-pelajar lepasan universiti atau masih belajar Yang ingin buat kerja sambilan rebutlah peluang perniagaan ini.

Kita sewajarnya bersyukur dengan kerajaan Selangor sedia Ada ini banyak membantu rakyat.mereka benar-benar ingin mengeluarkan masyarakat Selangor Dari kemiskinan. Jangan kita anggap bantuan permulaan modal rm3,000 ini tidak berbaloi. Walaupun sikit tapi jika Di manfaat sebaiknya pulangan pendapatan lumayan setiap bulan.

Pada saya jika bagi bantuan banyak sekali pun tapi tak pandai uruskan perniagaan,kewangan akhir nya perniagaan kita lingkup maka perlu Ada ilmu pengurusan kewangan Dan bekam. Baru kita Akan maju,ujar pn suhaila. 

Turut hadir, pengurus Hijrah cawangan gombak Tn ilyas, pengurus konsultan perubatan Rawatan alternatif Umi sue,pn suhaila, pengurus air conditioning, Tn zahid.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI