Thursday, June 4, 2015

ULAMA PAS P.P GESA PAS KAJI SEMULA TAHALUF SIYASI PKR & DAP

Kuala Selangor 4 Jun : Mohd Hanif Harun, perwakilan Ulama Pulau Pinang mendakwa PAS disisihkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu . Beliau meminta kepimpinan tertinggi untuk mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP.
Mohd Hanif Harun Ulama P.P Gesa Kaji Semula Tahaluf Siyasi PKR & DAP


“PAS di Pulau Pinang menyokong sepenuhnya kepimpinan tertinggi namun perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP.”  


"Pulau Pinang sebuah negeri  yang diperintah Pakatan Rakayat (PR),  tetapi parti PKR dan PAS disisihkan," katanya semasa permulaan perbahasan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulama
Datuk Mahfodz Mohamad di Taman Melewar Gombak hari ini.


Hanif berkata, tahaluf siyasi itu sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti sendiri.


Beliau turut membidas segelintir pemimpin dan ahli PAS yang dilihat terlalu mengagungkan tahaluf siyasi dengan membelakangi parti sendiri.


"Keadaan kita sekarang ini seolah-olah melebihkan parti lain. Seolah wala (taat) kita kepada parti lain selain memberi wala kepada presiden sendiri. Perkara ini jelas bila PAS bawa isu hudud. Ada kalangan kepimpinan sendiri tidak setuju dengan apa dibawa PAS.


"Kerana itu kami setuju bahawa adanya perbincangan  dan tindakan diambil untuk menentukan bagaimana status kita dalam tahaluf siyasi kalau ke-6 syarat yang dikatakan mursyidul am PAS tidak dipatuhi maka tidak sah tahaluf siyasi," katanya.


Antara lain , perwakilan Pulau Pinang itu turut menyentuh mengenai isu yang berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh apabila timbalan ketua pemuda PKR negeri itu Khairil Anuar Kamarudin menggesa pengunduran Hadi.


"Ada AMK yang mengutuk presiden tetapi tidak mahu tarik balik kenyataan tersebut dan tidak mohon maaf. Adakah perkara ini kita hendak  biarkan dan kerana ini tahaluf siyasi perlu kita nilai semula?, soal beliau.


"Kita tidak pernah sentuh batang tubuh kepimpinan mereka tapi pemuda ini mampu kata pada presiden dan tidak meminta maaf .. Kata sudah minta maaf tapi minta maaf belakang-belakang mana boleh kalau sudah memalukan orang dikhalayak namun minta maaf sorok-sorok.


"Kalau minta maaf buat sidang media. Kalau sungguh nak kita harmonikan tahaluf siyasi untuk kalahkan Barisan Nasional dan bersungguh untuk gabung tenaga perlu hormati setiap parti khusus kepada ahli, kalau tidak tak payahlah  jadi ahli PAS  jadi sahaja ahli Pasma," sindir beliau.


Beliau juga mendakwa PKR dan DAP menerima tamparan hebat apabila tidak lagi mendapat sokongan PAS dalam kempen pilihan raya kecil.


"Kita lihat PAS menerima tamparan hebat. Sahabat PR kita sebelum ini bersifat angkuh seolah boleh lakukan sendiri namun apa kita lihat pada sebelum PRK Permatang Pauh banyak tenaga yang datang daripada PAS. Ini hakikat kita kena tau kekuatan PAS," katanya ketika berucap dalam muktamar PAS disini, semalam.

Editor : Khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI