Jika
kisah sy ni bermanfaat, share lah. Semoga perkongsian ini dapat
dijadikan panduan kpd mereka yg berikhtiar mencari jalan penyembuh.
Saya dilahirkan sempurna. Cukup sifat. Sehat tubuh badan. Ceria dan
periang. Saya juga adalah seorang isteri kepada suami tercinta.
Alhamdulillah, pada tahun 2012, saya disahkan hamil setelah beberapa
tahun berkahwin.
Saat itu cukup indah.
Namun, keindahan itu tidak bertahan lama kerana sebentar nanti saya akan diuji.
Jumaat itu, badan saya dinaiki bintilan kecil. Halus dan tidak gatal.
Di setiap kelenjar, bintilan itu akan menyerang, bertapak dan berumah.
Saya risau. Jika terjadi apa2 pd diri ini, saya redha. Tapi, jika anak
dlm kandungan ini turut terkena tempiasnya.. Amat payah untuk saya
menerimanya.
Bagi mendapatkan pengesahan, saya pergi ke klinik
berhampiran. Doktor hanya menjelaskan ini hanyalah bintilan biasa dan
saya dibekalkan dengan sebotol antibiotik.
Dari hari membawa ke
minggu. Namun, bintilan itu tidak hilang bahkan semakin membengkak.
Badan sy yg sedia lemah menjadi semakin lemah. Saya demam tak
kebah-kebah.
Setiap malam, saya akan berpeluh dan menggigil.
Padahal, saya tidak banyak bergerak. Sekadar pergerakkan dalam tidur,
mustahil boleh menghasilkan peluh yang berganda banyaknya. Nak tak nak,
esok saya akan kembali ke klinik.
Kali ni, doktor membuat
keputusan untuk mengambil darah saya. Sample darah tersebut kemudian
dihantar ke Hospital Pakar. 2 minggu saya menunggu dengan penuh debaran
dan apa yg sy dapat amat memeranjatkan.
"Puan, saya harap Puan
bersabar dan kuatkan semangat. Hasil ujian darah Puan mengesahkan bahawa
Puan telah mengidap Kanser Darah Tahap Ketiga''
Allahurabbi..
Bagai luruh jantung ini ke bumi. Bagai kering darah ini diresapi. Apa yg
tinggal hanyalah air mata yang setia membasahi pipi. Ya Allah, beratnya
ujian-Mu. Pimpinlah aku. Agar aku kuat menerimanya.
Belum reda dengan kesakitan tamparan pertama, kini sy diuji lg. Malah lebih berat. Apa yg sy takuti dulu, kini benar2 terjadi.
Anak saya. Anak yg sy kandung selama 3 bulan itu telah pergi meninggalkan sy.
"3 bulan ibu membawamu ke sana ke mari nak. Dirimu amat membahagiakan.
Sekarang, tidurlah. Mungkin Ibu akan menurutimu tidak lama lagi. Semoga
kita kan bertemu semula di sana.."
Setiap hari, di pembaringan
sy menangis meratapi nasib diri. Diri yang dulunya sehat, kini kering.
Bintilan yang dulunya kecil kini membesar. Apa yg ketara, leher sy
seolah ada dua. Besar seperti beguk.
Ya. Sy ke hospital.
Membuat rawatan Kemoterapi. Tapi peritnya berubat cara tu, hanya Allah
yang tahu. Sy tidak mampu untuk menghadapinya lagi.
Saya
dimaklumkan, jika saya enggan melakukan Kemo lagi, tempoh saya untuk
hidup hanya berbaki 5 bulan sahaja. Biarlah. Biarlah baki itu sy cuba
berubat menggunakan cara Tradisional dan Perubatan Islam pula. Jika ajal
saya sudah sampai, sy akur. Tp untuk kemo, sy sudah tidak sanggup.
Betullah orang cakap, Allah tidak pernah sesekali menzalimi hamba-Nya.
Dalam keadaan sy diuji sebegini, byk hikmah yg sy dapat.
Pertamanya : ikatan ukhuwwah antara saya dan suami dan mak dan ayah dan
ahli keluarga yang lain amat rapat tertaut. Seolah sakit ini bukan saya
seorang yg tanggung tapi kesemuanya menanggung beban yang sama.
Keduanya : Keindahan dari kesabaran ini sy dipertemukan dengan
seseorang yang amat banyak membantu : Ayah Chik Syed Siksh al-'Aidrus.
Haritu, ayah bergegas pulang ke rumah. Ingin memberitahu saya dan keluarga ttg khabar gembira ini.
"Jom Wa. Kita pergi berubat. Ada seorang Pakcik datang ke kampung kita.
Kita cuba berubat dengan dia. Mana tahu, kot2 dia dapat membantu.."
Saya hanya menurut. Lengan saya dipapah mak dan ayah. Masa tu, suami kerja. Kami pergi ke tempat perubatan Ayah Chik bertiga.
Setibanya di sana, kami disambut oleh Ayah Chik dan orang kampung yg
dtg bertandang. Ayah Chik orangnya sangat humble. Murah dengan senyuman
dan begitu lemah lembut tutur katanya.
"Ayah Chik cuba ye Wa. Semoga melalui cara ni Allah menyembuhkan sakit Wa"
Dia mulakan dengan Bismillah. Kemudian perlahan2 dia gosok 'tumor' yang
menempel di leher saya. Serius, tiada kesakitan yang saya rasa
melainkan keselesaan. Masa yang beliau ambil pun tak lama. Dalam masa 15
minit je, sessi rawatan selesai.
Terpulanglah kepada pembaca
sama ada ingin percaya atau tidak. Dengan izin Allah, tak sampai 2
minggu bengkak ini akhirnya surut. Badan saya kembali bertenaga. Pipi
saya kembali berisi.
Ajaib. Memang ajaib. Sesekali saya tidak tipu.
Tiada apa yang mampu sy ucapkan melainkan terima kasih kepada Allah
kerana mempertemukan sy dengan hamba-Nya ini. Alhamdulillah. Sekali lg
air mata ini mengalir membasahi pipi tp jali ini bukan untuk meratapi
tetapi sebagai tanda kesyukuran kepada rahmat Ilahi.
* Buat
pengetahuan semua, sekarang sy sudah mempunyai seorang anak berusia 9
bulan. Perempuan. Alhamdulillah, sinar yg dulunya kelam, kini kembali
terang. Terima kasih Allah.
* Kepada sesiapa yang ingin
mengetahui lebih lanjut, di sini saya sertakan no telefon dan alamat
Ayah Chik. Berhubunglah dengan dia. InsyaAllah, dia ikhlas membantu :
Insya-Allah ayahchik akan berada Tmn Gombak , Bt Caves, Selangor. Call 011-27824633
No comments:
Post a Comment