Batu Caves 5 Mei, 2013: Tiap orang akan mengukirkan sejarah PRU13 samada pahit dan manisnya
dalam menjalankan tugas.
Kempen akhir berhujan lebat.. |
Bagi ana semenjak di bubarkan parlimen berbagai ujian yang di lalui
namun di hadapai dengan tabah lebih-lebih lagi tibanya PRU13. Semoga jadi
pengajaran pada kita semua. Kesatuan hati tidak melengah waktu bekerja taati
pimpinan adalah penting. Jika tidak segala gerak kerja akan menjadi lumpuh.
Di peringkat DUN Batu Caves sebelum 3 hari menghadapi PRU13 keadaan cuaca yang tidak menentu namun petugas
tidak ada rasa henti untuk menjalankan tugas. Berikat tali perut, nak makan
tiada selera selagi belum tiba hari pengundian.
Berbagai pertanyaan bermain di benak fikiran jika di lihat fenomena
PRU13 yang akan berlangsung seluruh Negara. Jika di lihat mata kasarnya
rata-rata seluruh negeri beri sokongan pada Pakatan rakyat setiap kali diadakan
ceramah kelompok. Tetapi menjadi persoalan bagaimana PRU13 banyak di beri
kemenangan pada UMNO. (Sorok peti undi, Dakwat tidak kekal, blackout dan banyak
lagi berlaku)
Siapa tak kenal UMNO kalau tidak buat kerja bohong, rasuah, kerja sebar
berita lucah bukan nama UMNO namanya sehingga berbagai traqgedi yang melanda di
semua kawasan termasuklah DUN Batu Caves.
Hari ini seluruh rakyat Malaysia termasuk
bangla telah keluar mengundi hujan lebat doa sentiasa di panjat agar tidak
berlaku kerana 3 Hari nak mengundi DUN
Batu Caves kerap mengalami blackout.
Bersama keluarga makan luar sambil cerita isu politik |
Jumaat malam ketika hujan lebat berlaku blackout saya bawa keluarga makan
luar cerita isu yang melanda negara. Keluarga saya mempunyai 10 undi untuk PR.
Adik bongsu, 3 orang kakak saya yang baru berdaftar lahirkan kebimbangan untuk
keluar mengundi. Yelah dengan system baru di buat, tidak di tunjuk ajar
bagaimana ingin memangkah calon, jenuh juga untuk saya terangkan. 2008 slip
pengundi di beri petugas terang kepada pengundi cara mengundi namun untuk tahun
ini terdapat banyak kesilapan teknikal.
Mereka sering tanya apakah yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat (PR), UMNO dan Parti Bebas.
Ana menjawab, PR perjuangkan hak asasi rakyat, ingin bebas Negara ini daripada
rasuah, hapus PTPTN dan banyak lagi. Manifesto
PR sungguh lengkap telah di cimplak oleh lanun UMNO yang begitu sibuk sebar
fitnah sibuk kata jika manisfesto PR di lakasanakan Negara ini akan muflis
tetapi dalam diam UMNO telah ciplak idea PR.
Tetapi Alhamdulillah dalam mereka merancang kerja jahat Allah SWT telah
menunjukan satu persatu dan kebenarannya. Saya yakin rakyat Selangor kini
semakin bijak menilai walaupun berbagai fitnah, tomahan dilakukan oleh UMNO
kepada PR.
Dengan leka bercerita macam-macam, kami tidak sedar balik 1 pagi
alhamdulilah elektrik ada tapi di hati saya tiap kali jumpa teman-teman
lahir bimbang jika hal ini berlaku saat kira undi.
Doa terus di panjatkn usah terjadi di peringkat
parlimen Gombak dan seluruh negeri tetapi bimbang saya jadi kenyataan hal ini
berlaku juga. Moga Allah para makaikat mewakili gerak kerja kami atasi kejahatan
UMNO dan SPR.
Dalam kereta adik ana tanya apakah yang di
perjuangan parti bebas.. ana terus menjawab itu parti menyemak yang ada kaitan
dengan UMNO.. tak jelas manifesto mereka. Usah fikir banyak tetap tekad dihati
hanya bulan, anak bulan di hati kita.
Petugas PR DUN Batu Caves tidak jemu buat rayu undi |
Kakak, adik abang saya begitu asyik bertanya
saat tiba PRU 13, bagaimana adakah YB Amiruddin Shari, Azmin Ali akan menang..
ana penuh yakin menjawab insya-Allah mereka akan menang walaupun di uji dengan
berbagi cara dari sudut gerakkerja dan petugas. Masalah ini harus di tangani
dengan bijak dan rombakan AJK perlu dibuat serta merta. Post mortem PRU 13
peringkat DUN perlu di laksanakan untuk terus mara kehadapan kerana rakyat
sentiasa memerhati tindak tanduk kita dalam melaksanakan tugas. Tiada ada waktu
untuk rehat yang lama bagi mereka yang bergelar pejuang.
Kereta ana terus di baling dengan telur busuk oleh
petugas UMNO kerana terdapat logo, poster YB Amiruddin. Bukan saja di lempar
dengan telur busuk bahkan ketika membawa
pengundi kereta ana di ekori petugas
samsing jalanan pemuda UMNO.. hanya doa ana panjatkan. Jika ini cara matinya
ana ketika menjalakan tugas ana tawakal kepada Allah SWT, kerana mati syahid
sentiasa ana mohon.
Tiba Di Markaz PAS UPU Taman Selayang, tidak
sempat tarik nafas panjang hilangkan penat setelah berlumba kereta dengan
pemuda umno.. Pemuda PAS Tmn Selayang Saiful Hadi, Pakcik Hamid dan petugas
lain asyik tanya dengan ana, ada tak petugas-petugas lain untuk bertugas. Setiap
kali mereka tanya bagaikan nak menitis air mata ini kerana di uji dengan
berbagai cara. Biarlah kita sedikit petugas namun petugas kita berkualiti. Apalah
gunanya ramai petugas tetapi yang mampu kerja bersungguh-sungguh tanpa habuan
adalah sedikit.
Ana hanya diam setiap kali soalan di lontarkan.
Saat akhir ini mana nak cekup petugas. Doalah kepada Allah moga di turunkan
jentera dan di buka pintu kemudahan.. ini saja yang hanya mampu kata kepada
mereka.
4 petang saat tenat waktu mengundi, berbagai
sms dan telefon di terima aduan pengundi
hantu dan sebagainya. Kalau boleh ana tolong memang ana akan bantu, tetapi
tulang kecil ini tidak berdaya lagi.. ana terus start enjin kereta bawa diri
merata di sekitar Parlimen Gombk melihat gelagat manusia dalam menjalankan
tugas dan amanah. Sambil hati kecil ini terus berzikir.
Fikiran teringat pada adikku Nurul Izzah, papa dan
mama.. ya Allah kawasan ini memang panas tetapi ana yakin mereka mampu
pertahankan kawasan mereka. SMS Izzah dan kakitangan ingin tahu kedudukan
mereka.
Tiap kali ceramah kelompok sambutan luar biasa.. |
OFFICIAL RESULTS
KEPUTUSAN RASMI
P.121 Lembah Pantai
PKR - 31008
BN - 29161
Bebas 107
Majoriti - 1847
KEPUTUSAN RASMI
P.121 Lembah Pantai
PKR - 31008
BN - 29161
Bebas 107
Majoriti - 1847
Begitu juga pimpinan PAS alim ulama yang
bertanding. Air mata menjadi teman bila memikirkan sistem pilihanraya Malaysia ini.
Ya-Allah tunjuklah kebenaran ini kepada rakyat..
Yeah.. adik, kakak dan abang terus hubungi ana
sehingga 3. 30 pagi. Masing-masing rasa cemas untuk mendapat maklumat yang
sahih untuk negeri Selangor.. Ma kana juga tidak ketinggalan asyik bertanya
kedudukan Yb Amiruddin dan negeri Selangor.. hebat keluargaku ..memang kami
sayang negeri ini dibawah pimpinan yang telus kerana berita tv takkan siar
dengan tepat. Rasa masa ni nak saja ana matikan handphone kerana badan terlalu
letih lutut sejak 2 minggu ini rasa sakit kembali. Allh saja yang tahu.
Ana yakin kawasan Gombak dan negeri Selangor tidak
akan semudah itu di rampas lanun UMNO. Mata tidak dapat di lelapkan lagi lalu
ana whatsapp dan sms teman-teman yang inginkan jawapan keputusan PRU13.. Apa
sekalipun ana merakamkan tahniah kepada semua pimpinan PR yang mampu
pertahankan kerusi dan bagi yang kalah dalam erti menang sebenarnya
takziah..teruskan kerja kita usah bersedih hati.
Parlimen Gombak
Azmin Ali bersama isteri dan anak-anak |
Azmin Ali (PKR)-54,287
Datuk Dr Rahman Ismail (BN)-50,093
Datuk Paduka Said Nazar (Bebas)-474
Majoriti : PKR menang dengan majoriti 4734
Undi Rosak : 1353
Jumlah Kertas Undi Keluar : 107,162
Datuk Paduka Said Nazar (Bebas)-474
Majoriti : PKR menang dengan majoriti 4734
Undi Rosak : 1353
Jumlah Kertas Undi Keluar : 107,162
DUN Batu Caves
N.Rawi (BN)-11,291
Amirudin Shari (PKR)-14,552
Suman A/L Gopal (Bebas)-182
Majoriti : PKR menang dengan majoriti 3261
Undi Rosak : 418
Jumlah Kertas Undi Keluar : 26,524
N.Rawi (BN)-11,291
Amirudin Shari (PKR)-14,552
Suman A/L Gopal (Bebas)-182
Majoriti : PKR menang dengan majoriti 3261
Undi Rosak : 418
Jumlah Kertas Undi Keluar : 26,524
Hulu Kelang
Saari Sungib (PAS)-21,310
Abdul Rahim Baharudin (BN)-18,429
Majoriti : PAS menang dengan majoriti 2881
Undi Rosak : 256
Jumlah Kertas Undi Keluar : 40,319
Saari Sungib (PAS)-21,310
Abdul Rahim Baharudin (BN)-18,429
Majoriti : PAS menang dengan majoriti 2881
Undi Rosak : 256
Jumlah Kertas Undi Keluar : 40,319
Gombak Setia
Hasbullah Ridzwan (PAS)-20,757
Said Anuar (BN)-19,076
Majoriti : PAS menang dengan majoriti 1681
Undi Rosak : 378
Jumlah Kertas Undi
Hasbullah Ridzwan (PAS)-20,757
Said Anuar (BN)-19,076
Majoriti : PAS menang dengan majoriti 1681
Undi Rosak : 378
Jumlah Kertas Undi
ADUN Batu caves bersama isteri dan anak2.. |
Hidup
mulia atau mati syahid...itulah seruan kita selamanya...biarpun kalah dalam
gelanggang demokrasi ini, namun hidup kita biar terus mulia dengan berpegang kepada
Islam.
Usah kecewa teman. Perjuangan tidak terhenti hanya di sini. Jangan putus hubungan kita dengan Allah s.w.t.
Usah kecewa teman. Perjuangan tidak terhenti hanya di sini. Jangan putus hubungan kita dengan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment