Batu Caves , 6 Mei, 2013 : Penduduk
Kaum India Settelement sentiasa memberi sokongan kepada ADUN Batu Caves,
Amiruddin Shaari.
Editor : Khaulah Azwar
Bertanya khabar |
Shan berkata, sekali kita sudah
keluar UMNO, tidak mungkin kita akan masuk parti itu lagi kerana sepanjang
tempoh 50 tahun UMNO perintah mereka tidak banyak membantu rakyat.
Tetapi apabila Pakatan Rakyat
(PR) yang di pimpin oleh Amiruddin Shari masalah penduduk kaum india di sini
dapat di selesaikan lebih-lebih lagi masalah pembahagian tanah untuk 77 buah
keluarga.
Justeru, saya dan penduduk disini
sentiasa menyokong penuh kepada beliau dan INI KALI LAH kami akan terus memberi
undi kepada beliau, kata shan kepada pemberita.
Sementara itu ADUN Batu Caves,
Amiruddin Shari pula berkata sebagai wakil rakyat disini saya bertanggungjawab
atasi isu rakyat tanpa kira perkauman. Alhamdulilah masalah yang di hadapi kaum
india 50 tahun lalu telah selesai dengan secepatnya. Ini membuktikan kerajaan
PR Selangor bekerja untuk rakyat dengan bersungguh-sungguh tanpa mengadai tanah
kepada sesiapa, ujarnya.
Penduduk meraikan kemenangan PR ..Tahniah |
Sehubungan itu, saya juga
merakamkan terima kasih kepada semua petugas Pakatan Rakyat (PR) DUN Batu Caves
yang tidak jemu menjalankan tugas, sanggup korbankan masa untuk keluarga dan
kerjaya.
Bagi pengundi negeri Selangor dan
DUN Batu Caves, Terima kasih kerana membuat pilihan yang bijak dalam PRU13 yang
telah berlangsung semalam.
Kita akui walaupun berbagai
provokasi dan tomahan, video seks dan
banyak lagi dilakukan oleh pihak lawan dengan niat merampas Selangor namun
ianya bagaikan satu tamparan hebat kepada UMNO apabila rakyat Selangor tidak
termakan dengan kata-kata mereka.
Insya-Allah saya yakin dalam
tempoh 10 tahun PR Selangor memerintah rakyat boleh menilai sendiri pengurusan parti
yang manakah lebih telus, kata Amirudidin kepada pemberita di Dataran Kampung
India settlement Batu Caves semalam.
No comments:
Post a Comment