Gombak : Umat islam disarankan agar
tidak meninggalkan solat lima waktu sehari semalam bagi membendung diri
daripada melakukan kemungkaran.
Penyampaian sumbangan dana pembangunan seri alhuda daripada Tuisyen LASAK |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzuan dalam ucapan penutup proram Kem Smart Solat anjuran kelas Tuisyen LASAK berkata, “Sesungguhnya solat itu satu kewajipan. Allah SWT juga menyatakan sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji, mungkar. Maka tidak ada sebab umat islam meninggalkan dan melengahkan solat”.
Fenomena hari ini amat membimbangkan ibubapa, guru-guru dan masyarakat apabila jenayah semakin meningkat dikalangan golongan remaja dan belia . Perkara ini berlaku adalah salah satu sebab apabila seseorang indvidu islam itu tidak menunaikan solat. Di dunia mereka akan melakukan apa sahaja tanpa memikirkan natijah yang akan mereka perolehi di padang masyar dengan amal perbuatan mereka sendiri.
Menurut Hasbullah, untuk menjadi individu muslim dan mukmin yang baik selepas khalimah syahadah adalah perlu menjaga solat kerana apabila setiap perbuatan keji dan mungkar yang dilarang Allah hendak dilakukan mereka tidak akan lakukan kerana hati mereka akan ingat Allah.
Peserta Kem Smart Solat kusyuk dengar ucapan ADUN Gombak |
Sehubungan itu beliau juga mengharapkan agar program yang dianjurkan Kelas Tuisyen LASAK mampu memberi semangat kepada semua peserta Kem Smart Solat selepas balik daripada program ini mereka tidak akan tinggal solat lagi. Solat lima waktu dan perlu berjemaah. Semoga amalan mereka lakukan ini mampu menyejuk hati kepada semua ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke kem ini, ujarnya.
Hasbullah yang juga merangkap Timbalan YDP PAS Gombak merakamkan tahniah kepada ibubapa yang sanggup menghantar anak-anak ke kem selama tiga hari dua malam sempena cuti sekolah yang panjang bagi memastikan ibadah anak-anak dapat di perbaiki dari semasa ke semasa.
Bagi saya Ini adalah satu usaha murni semua pihak bukan sahaja kepada pihak penganjur bahkan usaha ibubapa untuk memastikan solat anak-anak diterima Allah SWT walaupun ibubapa tidak sempat menyemak bacaan solat anak-anak namun telah mengambil langkah yang baik dengan menghantar anak-anak ke kem smart solat, ujarnya dalam ucapan majlis pernutup Kem Smart Solat di Kem Alang Sedayu Batu 12 semalam.
Saya juga difahamkan kem ini tidak akan terhenti sempena cuti sekolah namun akan diadakan program lain pada bulan Disember ini oleh Kelas Tuisyen LASAK. Perancangan yang cukup teliti dan kemas telah dilaksanakan dengan sebaiknya maka saya harap ibubapa tidak lepas untuk mengikuti kem seterusnya demi memastikan cuti sekolah yang panjang dapat diisikan dengan program yang berfaedah, katanya.
Sementara itu, Pengarah Program kem Smart Solat Khaulah Azwar pula berkata, alhamdulilah program selama tiga hari dua malam mampu dilaksanakan dengan diadakan aktiviti seperti Usrah kaum ibu dan peserta “Kenapa Perlu Solat, kesan meninggalkan solat” yang telah disampaikan oleh Prof Dr Norasiah Mohammad. Ice Breaking LDK 1, Jungle trekking Survival Wudhu, Pengisian akidah, tahsian Al fatiha dan kuliah bagaimana mendapat kesempurnaan solat (LDK2), Aspirasi diri serta persembahan kebudayaan amal islami, Panduan mencari arah kiblat dengan menggunakan bintang dan lain-lain lagi
, katanya.
Menurutnya walaupun program ini sangat singkat namun peserta telah diberikan teori dan pratikel yang berkesan untuk mereka memperbaiki mutu solat selepas mengikuti kem ini.
Apa yang kita harapkan agar ibubapa juga perlu memainkan peranan dengan memastikan anak-anak solat berjemaah, membawa anak-anak ke masjid dan surau apabila tiba waktu solat magrib dan isya. Ini bertujuan untuk memupuk anak-anak agar tidak tinggal solat berjemaah dan hati mereka tertaut di rumah-rumah Allah.
Sepanjang tiga hari berkampung di Kem Alang Sedayu, peserta telah berjaya bangun 4 pagi untuk berqiammulail, solat tepati waktu dan berjemaah. Maka selepas program ini saya amat berharap ibubapa mampu juga mengadakan qiammulail bersama ahli keluarga dirumah. Jika ini dapat dilakukan saya yakin kita mampu membentuk keluarga islam yang sempurna kerana menghidupkan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW,katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kem smart solat.
Tambah beliau lagi, alhamdulilah ramai ibubapa yang hubungi saya dan AJK selepas tamat program mengucapkan terima kasih atas bimbingan anak-anak sepanjang tiga hari di kem. Nampak juga perubahan dalam diri anak-anak setelah ikut program. Mereka juga minta agar adakan satu kem lagi sebelum sekolah buka.
Insya-allah jika Allah izinkan demi kebaikan generasi islam ini saya akan usahakan. Doakan semoga pihak pengurusan kami dimudahkan urusan. Dan program terdekat adalah pengambilan pelajar baru sesi 2014 tuisyen subjek kritikal (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab taun 1-6) pada bulan 7 Disember, 2013,ujarnya.
Fasi dan AJK Kem Smart Solat gembira setelah selesai menjalankan tugas |
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian replika cek RM2000 daripada Kelas Tuisyen
LASAK kepada Sekolah Seri Al-Huda bagi pembinaan kompleks pendidikan Seri Al Huda, Penyampaian sijil anugerah kepada peserta dan fasilitator, penyampaian hadiah kepada pemenang -pemenang yang telah disampaikan oleh ADUN Gombak.
Hadir sama Ketua-ketua kampung daerah Gombak, Nazir –nazir masjid peringkat Daerah Gombak dan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah SERI Al Huda Tuan Haji Syed Ismail Noh Al Habshi.
No comments:
Post a Comment