SHAH ALAM 4 NOV: Drama sebabak yang kononnya beberapa kumpulan ahli
PAS mengambil keputusan menyertai Umno pada satu program dihadiri
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom
semalam merupakan penipuan memalukan dan tidak bermaruah.
Menurut laporan Harakah Daily hari ini, drama sebabak itu dilakukan
dengan menjadikan penduduk kampung sebagai alat penipuan mereka demi
meraih undi di saat-saat akhir sebelum menjelang hari pembuangan undi
esok.
Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap
diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir
dengan janji akan diberi wang RM100.
Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah
borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.
“Saya diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan
yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat
wang RM100.
“Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah
terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno,” katanya.
Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa
menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.
“Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap
hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat
saat-saat akhir kempen baru ada,mereka baru ingat agaknya.
“Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul,
terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada
ahli PAS masuk Umno,” jelasnya.
Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.
Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara
sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang
mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS.
No comments:
Post a Comment