Gombak : Sempena cuti sekolah yang akan bermula November
ini, Kelas Tuisyen Latih Tubi Sujek Kritikal (LASAK) dengan kerjasama Sekolah
Seri Al Huda, Exco Hal Ehwal Agama, Sallehen Mukhyi, ADUN Gombak Setia,
Hasbullah Ridzuan, Badan-badan Kerajaan dan NGO, Masjid, Surau dan Ketua-ketua
Kampung bakal mengadakan Kem Smart Solat (1) pada 22 sehingga 24 November,
2013.
Pengarah Program Kem Smart Solat, Khaulah Azwar berkata,
program yang dirancang pada September, 2013 adalah bertujuan untuk membantu
memperbaiki ibadah pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah lagi.
Insya-Allah program yang berjalan
selama 3 hari 2 malam di Kem Alang Sedayu akan memberi perkongsian ilmu kepada
pelajar antaranya untuk memperbaiki
mutu solat pelajar, menerangkan konsep ibadah yang sebenar; untuk
mempertingkatkan jati diri, belajar hidup berdikari, memantapkan rohani dan jasmani pelajar;
mendedah teknik penghayatan bacaan di dalam solat . Selain itu pelajar juga akan diberi teknik
membuat hafazan Al-Quran, mengambil air wudhu dengan cara yang betul, mandi
hadas besar dan berbagai lagi.
Menurut Khaulah sepanjang kem diadakan pelajar bukan sahaja di
dedahkan cara memperbaiki mutu solat tetapi berbagai aktiviti tahan lasak
diadakan antaranya Jungle tracking, Night walking, Flying fox , Ikhtiar hidup, Repelling,
Rempuh halangan, memanah, paintball dan sebagainya. Namun sekiranya pelajar ada
masalah kesihatan kita sediakan slot lain.
Khaulah yang juga merangkap Jawatankuasa Pembangunan SERI AL Huda
menambah lagi, tergerak hati untuk adakan Kem Smart Solat untuk pelajar sekolah
rendah adalah satu tanggungjawab untuk membantu ibubapa penjaga yang tidak
berkesempatan untuk menyemak dan memperbaiki solat anak-anak. Setiap kali
melihat pelajar sekolah rendah saya akan terbayang anak-anak yang kecil ini
merupakan kain putih yang perlu perhatian dan bimbingan agama.
Perkara pertama yang akan disoal Allah SWT adalah Solat. Jika solat,
mandi hadas tidak betul maka ibadah lain yang dilakukan tidak akan diterima
Allah. Maka di peringkat usia dari kecil inilah kita harus membetulkan ibadah
anak-anak, katanya.
Jelasnya lagi, semenjak promosi Kem ini diadakan ramai ibubapa penjaga
yang hubungi mengatakan Kem Smart Solat memang perlu diadakan di peringkat
sekolah rendah kerana pendedahan ilmu yang melbatkan fardhu ain perlu dari
kecil lagi. Mereka tidak menafikan kesibukan ibubapa penjaga kerana kerja dan
tidak ada waktu untuk menyemak bacaan solat anak, doa iftitah, doa qunut dan lain-lain yang bersangkut paut dengan solat
menjadi ibadah anak-anak tunggang langgang walaupun ibubapa sudah hantar
anak-anak ke sekolah agama. Tetapi apabila ibubapa menyemak ibadah anak-anak
menjadi satu kekecewaan kerana masih banyak perlu diperbaiki.
Justeru dengan usaha kecil ini saya dan teman-teman yang telah lama terlibat dalam kem motivasi pelajar selama 12 tahun bersama pakar-pakar motivasi
seperti Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Amin Idris, Ustaz Zamri (Mari Mengaji),
dan beberapa penceramah Motivasi terkenal banyak memberi pengalaman kepada saya
untuk membantu pelajar-pelajar lain. Apa
yang saya lihat ramai pelajar yang telah
ikuti kem – kem yang kami anjurkan selama ini tidak hanya ikut satu kem tetapi
jika peluang kem lain diadakan mereka tidak ketinggalan untuk ikuti kem lain. Kepercayaan
ibubapa dengan kem yang kami anjurkan telah dibuktikan apabila ramai pelajar
yang kami lahirkan menjadi remaja muslim yang beribawa seperti yang di tuntut
dalam Islam iaitu mesti menjadi mukmin yang berjaya dunia akhirat dan disegani
dan akhirnya memberi infaq besar kepada masyarakat luar.
Antara Kem yang pernah diadakan seperti Kem Anak Solih, Kem Kelab
Remaja Islam Selangor (KRIS), Kem Belia , Kem Anak Pintar, Kem Sayangi diri
sayangi keluarga, Kem Remaja Islam Hebat, Kem Solat Memang Best dan banyak lagi.
Jelasnya lagi, apa yang kita lihat ramai peserta yang telah ikuti Kem
kami alhamdulilah walaupun bekerja duduk di perantauan namun mereka masih
berhubung dengan kami. Akhlak mereka terjaga. Bahkan adik-adik ini juga sedia
berkhidmat dengan kami untuk menjadi fasilitator setiap kali kem diadakan. Inilah
produk-produk yang bermutu mampu kami lahirkan sebagai pelapis kami akan
datang. Kemesraan antara peserta, jurulatih, penceramah sangat kuat seperti saudara kandung sendiri.
Disini juga pelajar diajar agar menyayangi rakan sebaya, menghormati
guru-guru dan orang yang lebih tua. Mereka diberi kesedaran betapa pentingnya
hidup ini dengan berlandaskan konsep islam yang sebenarnya. Hidup untuk memberi
yang terbaik kepada keluarga dan masyarakat. Apabila asas imannya kuat
insya-Allah mereka tahu menghargai diri mereka serta keluarga dan jauh dari
terjebak aktiviti kurang sihat seperti rempit, pergaulan rambang dan sebagainya
yang sekaligus membimbangkan ibubapa dan masyarakat luar. Ibubapa yang ingin
maklumat lanjut hubungi 013-6893185, 017-2436875, 013-3237743, 019-7547574,
013-2783695, ujarnya selepas mesyuarat
Kem Smart Solat di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), semalam.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Sallehen Mukhyi pula
berkata program Kem Smart Solat yang dianjurkan Kelas Tuisyen LASAK pada musim
cuti sekolah merupakan satu insatif yang amat baik untuk semua pelajar ikuti.
Ibubapa penjaga sewajarnya mengambil peluang ini dengan memastikan anak-anak
ikuti progam ilmiah seperti ini. Jangan biarkan cuti anak-anak selama hampir dua
bulan tidak diisi dengan sebaiknya. Perancangan balik kampung dan lain-lain boleh
di kemudian. Kita yang merancang jadual keluarga maka sewajarnya ibubapa
memastikan jadual pada 22-24 November diisi untuk anak-anak menuntut ilmu fardhu
ain wajib setiap insan menuntutnya.
“ Bagi saya progam ini bukan sahaja perlu diadakan untuk pelajar
sekolah rendah tetapi perlu diberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah
juga. Jika boleh ibubapa juga perlu ikuti kem ibadah membetulkan solat kita
yang saya rasa memang banyak perlu kita baiki dan pelajari. Saya percaya ramai antara kita tidak kira umur
yang masih tidak menjaga solatnya. Baik pelajar sekolah rendah, sekolah
menengan, IPT tetapi peringkat usia warga emas juga”.
Ramai diantara kita yang terleka dengan kesibukan urusan dunia mereka
tidak mencari peluang dan adakan masa untuk menuntut ilmu fardhu ain dan ilmu
kifayah. Sedangkan apabila kita sudah meninggal perkara pertama yang akan Allah
SWT tanya adalah solat. Kesibukan kerja kadangkala solat pun buat “part time”,
kadangkala solat, kadangkala tidak solat. Solat dibuat main-main. Sudah tidak
nampak pintu masjid dan surau, ujarnya.
Menurut Sallehen, Solat adalah tiang agama. Jika tiang agama tidak
dijaga akan runtuhlah agama. Allah SWT tidak tanya amal jariah kita, sedekah
kita, ibadah lain tetapi yang pertama ditanya adalah solat.
Tambahnya, Jika solat tidak di lakukan kita adalah manusia paling
rugi. Kenapa? Sebab dengan solat kita adalah insan yang bersyukur kepada Allah
kerana dahi ini mencecah ke tikar sejadah, dengan solat kita mendoakan ibubapa,
keluarga, memohon kebaikan dunia akhirat. Dengan solat hidup kita rasa hidup
bertuhankan satu. Tetapi apabila solat tidak dilakukan jiwa kita kacau, hati
sering memberontak, kita tidak tahu dosa dan pahala, kita akan terus menerus
membuat dosa kerana iman dihati tidak ada.
Justeru saya menyeru agar semua rakyat Malaysia terutamanya di negeri
Selangor merebut peluang untuk memastikan anak-anak mengikuti Kem Smart Solat
pada 22 – 24 November ini. Saya difahamkan oleh penganjur program ini mendapat
sambutan dari Sabah dan Sarawak. Ini bermakna masyarakat luar di Sabah dan
Sarawak yang duduk jauh juga sanggup hantar anak-anak mengikuti kem ibadah.
Jadi mengapa kita di Selangor, Kuala Lumpur tidak, soalnya yang merangkap ADUN Sabak.
No comments:
Post a Comment